Pages

Nov 20, 2013

Putus Cinta

Assalammualaikum. Hai. 

Adik P: Nak dengar cerita sedih tak? Tengah sedih sebenarnya ni.
Kakak D: Ha.. Kenapa?
Adik P: Kita dah kawan dalam setaun jugak la. Tapi tadi perempuan call. Dah 5 taun.
Kakak D: (terdiam tak tau nak kata apa).

Saya tak pandai memberi nasihat bila berdepan. Saya lebih suka menulis bila saya rasa saya perlu menasihati. Saya tak ada kepakaran untuk menasihati secara terus. Biarpun saya boleh dianggap sebagai seorang yang sepatutnya adik-adik dalam rumah ini boleh menumpang bahu untuk menangis. Maafkan kakak wahai adik. Kakak serumah awak biarpun dah kahwin tapi tak semestinya mampu meredakan hati awak yang tengah berduka. Huuuu.

Nasihat spontan saya pada adik P, "ini pengalaman dan pengajaran. bila jadi benda begini dan kita berfikir dengan waras, kita akan lebih dekat pada Nya. sebanyak mana kita mengadu kepada sesama manusia, ketenangan itu hanya datang bila kita mengadu pada Dia. tak perlu menangis kerana lelaki seperti itu. adik masih muda. adik akan dapat lelaki yang lebih baik dari itu, InsyaAllah. tak perlu terlalu bersedih. hari ini dia buat dekat orang lain begini, nanti orang lain pula akan buat dia begini".

Macam berpengalaman je kan? Haha. Tapi, saya yakin adik P suatu hari nanti akan cakap "TERIMA KASIH WAHAI KISAH LALU, KINI AKU BAHAGIA. ALHAMDULILLAH". InsyaAllah. Saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia. Semoga dia dipertemukan dengan insan yang lebih baik. InsyaAllah. 

XOXO, 
Mak Arissa. 

6 comments

MimahAjil said...

putus cinta adalah pengalaman..semoga dipertemukan yg lebih baik dan lebih membahagiakn

Kesuma Angsana said...

mungkin dah tertulis suratan buat kita begitu.. redhalah dan pasti ada yg terbaik utk kita nanti kan... done nuffnang juga yer

ily♥ said...

Bila baca perenggan last tu, Ya Allah, exactly what I feel. Sungguh sekarang ni rasa syukur pada allah yang terhingga sebab bagi saya rasai kesakitan dulu utk saya lebih hargai apa yg ada sekarang, yg mana jauh lebih baik dari yg dulu..Saya fikir, kalau dulu saya tak diuji, mungkin sekarang ni saya tak pandai nak menghargai..Wallahua'lam.

DYatie said...

Pengalaman yang biarpun pahit tapi memberikan kemanisan kemudian hari. Aamiin Ya Rabb.

DYatie said...

Adik P redha dan menerima. Cuma sebab baru sahaja berlaku maka kita biarkan dia menangis untuk satu malam. Thanks KA!

DYatie said...

Ily,

Itulah yang saya rasai sejak 3 tahun lalu dan apatah lagi kini dengan kasih sayang suami dan anugerah amanah Allah, bertapa saya mensyukuri apa yang saya miliki kini. Alhamdulillah. Kan?

Blog design by Rainy Day