Pages

Nov 13, 2013

Niat & Fafhilat Puasa Muharram

Assalammualaikum. Hai.

Sumber: shofiqalbu



Fadhilat Puasa Muharram


Kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:
 .
1.  Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
.
2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam,nescaya Allah ampunkan segala dosanyawalau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas)
.
3. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.”  (Hadis Sahih)
.
4.  Sabda Rasulullah SAW lagi: “Siapa yang berpuasa tiga hari berturut-turut pada hariKhamis, Jumaat dan Sabtu pada bulanMuharam, nescaya Allah memberi pahalaseperti beribadat 900 tahun.”  (Hadis Sahih)
.
5.  Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasapada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).
 .
6.     Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
.
7. Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.”  (Riwayat Imam Muslim)

satunotahati:
semoga dipermudahkan perjalanan kita.

XOXO,
Mak Arissa. 

3 comments

Hana Soffelia said...

Sedih pulak tak dapat berpuasa.

ZazaMyMoon said...

InshaAllah kalau tak tak bendera merah boleh lah puasa

Nursaila Norman said...

saila rasa diberi peluang oleh Allah :( kebetulan smlm bukak fb,ada yg share psl puasa ni..harap2 dpt la saila puasa 2 hari ni :)

Blog design by Rainy Day