Pages

Nov 21, 2013

Misi 2014: Rumah Sewa

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam, saya pergi tengok sebuah rumah sewa yang lokasinya tak jauh dari tempat kerja. Dah tentu sumbernya Mudah.My yang tercinta. Haha. Ayah Arissa yang tengok iklan dan minta tolong tengokkan. Tuan rumah upload gambar depan rumah je. So, memang sangat perlu untuk datang sendiri tengok keadaan sebenar rumah. Zaman sekarang manusia kebanyakannya penuh dengan helah. Adakalanya, gambar rumah yang dipamerkan bukan rumah dia. Atau letak gambar rumah masa mula-mula beli dulu. Ha gittew.

Jumpa je dengan tuan rumah, saya terus reject rumah tu. Bukan kerana rumah (sebab tak tengok rumah lagi) tapi dengan sikap tuan rumah yang agak angkuh. Soalan bertanyakan 'ini encik yang saya bercakap siang tadi ke?' sebanyak dua kali dipandang sepi. Tuan rumah buka pintu rumah dan lampu kemudian terus keluar sambil cakap, 'ha tengoklah'. Kami tergamam. Oh ye. Saya pergi dengan kawan. Then, saya pun cukup syarat je tengok rumah. Tak berperasaan. Huhu. Tambahan pula, rumah tuan rumah hanya sebelah rumah yang hanya dipisahkan dengan dinding dan ruang hadapan berkongsi dan tak ada pemisah langsung.


Ini pandangan dari pintu. Tak ada tile saya tak kisah. Boleh beli tikar. Saya bukan asal keluarga senang pun.



Ruang dapur. Ok. Ini yang saya tak boleh terima. Ruang tersebut tertutup dan kalau masak, udara pasti akan masuk ke dalam bilik (kiri). Tak ada pengudaraan keluar. Dan tengok ruang atas menggunakan susunan bata dan asbestos. Saya bukanlah terlalu cerewet tapi..


Ini tandas yang berhadapan dengan dapur. Dinding yang tidak tertutup di bahagian atas. Sedikit pun saya tak rasa keselesaan apatah lagi dengan kos bulanan yang saya perlu bayar untuk rumah ini (nanti).


Nampak kipas dan dinding tu? Ok. Kipas tu perlu dikongsi bagi dua bilik. Dinding pemisah antara dua bilik.

Mungkin orang kata, saya berlagak tak nak duduk rumah begini. Tak. Tak. Tak. Tapi, saya rasa dengan kos sewa RM900 saya boleh dapat rumah flat yang kosnya antara RM600 - RM800 dan lebih selesa seperti rumah sewa yang saya duduk sekarang. (malangnya, flat ni tak ada yang kosong. huuu.) 

Sebelum balik, kawan cuba bawa tuan rumah bersembang dan tanya 'dah ramai ke yang datang tengok?' Katanya lebih kurang begini, 'ramai. tapi saya pilih orang. ada yang empat orang anak, sorang darjah 5, sorang 7 tahun bla bla bla; saya tak nak. tengok basikal-basikal tu. saya nak teratur sentiasa. itu yang penting. tengok depan sana, tepi sana dekat luar. ada nampak sampah? saya pukul 2 pagi pun saya akan sapu. penyapu memang ada dekat sana. korang tengok cat dalam rumah, ada meleleh-leleh? takder kan? tengok cat kat luar tu. ada terkupas? tak der kan. saya memang jaga. kalau kamu sebagai penyewa, kamu nak pilih orang yang ada empat orang anak atau empat orang yang bujang?'

Bila kawan kata, 'nanti apa-apa kami call balik'. Tuan rumah jawab, 'itu memang jawapan biasa. saya dah biasa dengar. semua yang datang cakap macam tu.' Kami bertambah 'errrrr' dan nak segera balik. Masuk je dalam kereta, masing-masing menyatakan tak puas hati dengan cara tuan rumah. Haha. Bayangkan kalau saya duduk rumah itu. Mungkin saya perlu mengikut cara atau gaya hidupnya. Dan tak mustahil segalanya akan dikawal. Oh ngeri! Tak mahu ku bayangkan. 

Ada yang bertanya, 'dah confirm ke dapat pindah?' Ok. Sebenarnya belum lagi confirm, masih dalam proses dan menanti kelulusan. Cuma kami nak bersedia supaya tak tergopoh-gopoh di kemudian hari. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami dan menjadikan kami hamba-hambaNya yang sabar dan redha dengan segala sesuatu yang telah ditetapkan olehNya. Kami merancang, tetapi sebaik-baik perancang itu adalah DIA, Allah SWT.

XOXO,
Mak Arissa.

13 comments

Edat_Uzair said...

angkuh nya tuan rumah tu...kalau sy pun sy xmau...cr lain..insyaallah akan jumpa umh yg sesuai nanti...

CikNaa said...

900 mcm gini umah nye? tak berbaloi mak arissa oi.. kat area mane dear?

Mimy Hamid said...

yatie pendapat saya cari la rumah lain..tak sesuai la...nak duduk bukan sehari dua...

ZazaMyMoon said...

Semoga dipermudahkan segala urusan yatie nnt yer.. InshaAllah..

Kalau mcm tu lah gayanya tuan rumah.. silap2 tekanan dibuatnya siapa jd penyewa dia..

Nadt said...

eiii..kereknye tuan umah tu. kalau nadt pun tak hingin. lagipun conditionnye cam tak baper best je lagi2 tang kipas yg kena share 2 bilik tu. tak sesuaiii..cari rumah lain la. nadt pun hari2 dok hadap mudah.my je. hehehe..

::puan ungu:: said...

Area mana tu?RM 900 camtu...hmm...carik umah lain la dear...dah ler tuan umah pun kerek semacam je...

veelara shamsyul said...

X berbaloi dear dgn harga.area bandar dkat pandan indah..rumah teres..rm900 tp uma lawa.

Ni uma macam tu.tuan uma pn peel semacam

Nur Aida said...

Berdoa dengan Allah..beri yang terbaik.dialsh yang maha mengetahui

Nur Aida said...

Berdoa dengan Allah..beri yang terbaik.dialsh yang maha mengetahui

mrs kayrul said...

mak aii mahal betul tambah2 tuan rumah yg angkuh...better cari rumah lain la

permatabiru said...

mak aii mahalnya umh area mn nie?

adyna said...

Mahal btl tu , tak padan dgn umah , akak pun tak mo hihi ;)

mama ila said...

mak aihhh..eksyen betul ye tuan rumah..pastu nak suruh ikut kepala dia pulak..huhuhu..kalau saya pun..xberminat nk sewa..lagipun tengok macam x selesa jer =)

Blog design by Rainy Day