Pages

Nov 8, 2013

Misi 2014: Permohonan Kuarters

Assalammualaikum. Hai.


Dalam persediaan perancangan masa hadapan yang termasuk dalam harapan di tahun baru, kami suami isteri masih lagi dalam perbincangan samada mohon kuarters atau menyewa. Beli belum lagi termasuk dalam senarai buat masa sekarang. Kalau saya duduk kuarters samada dengan nama diri sendiri, automatik EPW saya akan terhapus dan Elaun Wilayah terpotong separuh. Kalau saya duduk nama suami, saya akan dapat ITP sahaja (elaun wilayah dapat ke tak eh? lupa nak tanya. lol.) Kalau duduk menyewa, kos pun lebih kurang juga tetapi atas pandangan mommies gojes yang duduk kuarters; lagi berbaloi duduk kuarters rather than menyewa rumah yang kecil dengan nilai enam ratus. Betul jugak kan?

Semalam saya call BPH semula. Hari Isnin saya dah call tetapi bukan dijawab oleh orang yang betul-betul jaga bab kuarters. Katanya, 'kuarters ada lagi'. Even hal kuarters di Jalan U Thant pun dia cakap hanya terbuka untuk pegawai gred 48 ke atas sedangkan saya tengok di web gred 41 ke atas. Tadi, saya bercakap sendiri dan tanya tentang kekosongan. Jawapannya, 'sekarang baru agihan yang mendaftar Januari 2008. Sebab pergerakan kuarters 3 tahun.' Tergamamlah saya. Huuu. Ni 2013 kot. Sobs! Dan kuarters Jalan U Thant pulak terbuka untuk pegawai gred 27 dan ke atas. Secara automatik, maklumat yang diterima hari Isnin adalah salah sama sekali. Huuuuu.

Then, atas sebab nak kena tunggu 2 3 tahun lagi makanya Mak Arissa pun isi; mohon dengan nama sendiri.

status sekarang
Ok. Dah mohon siap-siap. Dengan izin Allah bila kami dah boleh duduk sama, saya akan menggunapakai pengalaman dari mommies gojes yang dah berkongsi pengalaman. Hihi. Apa pun, mohon turut sama mendoakan kami sekeluarga supaya dapat duduk sebumbung bersama menjalani kehidupan baru di tempat baru pada tahun baru. InsyaAllah. Semoga Allah merahmati kita semua.

satunotahati: antara harapan paling terbesar tahun 1435H ini adalah untuk duduk bersama.
semoga diizinkan dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

XOXO,
Mak Arissa.

4 comments

Chekgu Azrine said...

semoga urusan permohonan sis dipermudahkan ye

Mimy Hamid said...

harap di permudahkan....takpe la yatie duk kuarters pun untung banyak pe..dari saya ni hah menyewa aje pun...elaun pun tak de hehe..amin semoga berjaya

::puan ungu:: said...

Gud luck sis. Nanti rajin2 call dorang follow up tau. Daku yang isi 2012 ni pun dalam list menunggu giliran. sobsobsob.

Aty_Fared said...

Gud luck dear... :)

Blog design by Rainy Day