Pages

Nov 28, 2013

Menu Baru Air Asia

Assalammualaikum. Hai. 

Ini bukan iklan sponsor. Hahaha. Kisahnya naik flight baru-baru ni, ada menu baru. Bulan lepas ke Kuching & Miri; tak ada lagi. Atau saya yang tak perasan sebab office dah order siap-siap Nasi Lemak Pak Nassir yang menjadi kegilaan ramai itu. Hihi.

Mee Goreng Mamak



Sekali pandang, nampak tak menyelerakan. Kan? Tapi, sedaaaapppp ooooo. Pedas pun ngam ngam. Phew! So far, makanan Air Asia sedap belaka. Tak pasti samda makanannya memanh sedap atau bila berada di udara makan apa pun sedap. Haha. Tambah pulak dengan kami yang masing-masing lapar flight delay sampai 130pm baru gerak. Nikmat berganda. Hihi. Alhamdulillah. Harganya RM12.

Triple Choc Mufffin


Kesayangan hamba menjadi model tak diiktiraf muffin product Air Asia Cafe. Haha. Kisahnya Ayah Arissa dan adik ipar masing-masing dah tergoda dengan muffin nih masa flight ke Sandakan. Tapi malangnya stewardess cakap hanya ada satu sahaja muffin. So masing-masing dah aim flight balik kl untuk dapatkan muffin nih. Still, ada satu sahaja juga for a flight. Exclusive sangat uols! Kelakarnya husband request for 7 muffin. Hahaha. So, 1 muffin 7 kepala. Nak order online tak sempat sebab mesti 24 hour before depart. Tapi kan, sangggaaatttt seddaaappp jugak. Masing-masing tak puas. Coklat nya umpphhh! Eh tak tau nak cakap. Korang naik nanti korang order lah ye. Hehehe. RM6 / pc.

Vege Beriyani

Takder gambar. Tapi ayah mentua yang order. Adik ipar cakap sedap jugak. Pendek kata semua sedap. Air masak pun jadi sedap. Eh??? Ahahahaha. RM12.

Arissa makan apa? Sepanjang dalam flight dia tidur aje. Dah dekat nak sampai baru dia bangun. Dah dalam bas, suapkan dia muffin portion dia then suap nasi lemak Pak Nassir yang beli khas untuk dia. Berselera betul dia makan. Lapar kot. Minum pagi dalam pukul 8 gitu. Makan nasi dalam pukul 5. Nasib baik tak kembung anakku. Huuuu. Sampai je Ipoh masing-masing dah rasa lembik. Daku dah lapar semula minta tolong suami masakkan maggie. Haha. Senang..

satunotahati: air asia promo sekarang.
iols tutup mata dulu tengok promo ni.
sebab nak tunggu result suami dulu.
lepas tu baru boleh merancang.
ihiks. semoga dipermudahkan. 

XOXO,
Mak Arissa. 

3 comments

S.n.Fariza said...

kena cuba ni.. :)
mmg gmbr nmpak x menyelerakan. hihi

♥ ROS ♥ said...

Kekadang bnda tak sedap, bila mkn kat atasflight jd sdap tu.. Rasa feel umpohhh je..hhahaha

Shasha Azmar said...

macam nakkk je..macam nakk je...hehehehe..

Blog design by Rainy Day