Pages

Nov 20, 2013

Homemade Banana Cheese~!

Assalammualaikum. Hai.


Hari tu saya ada kongsikan pasal makan sedap di Kuching dekat sini. Tekak nih memang masih terbayang-bayang lagi dengan banana cheese tuh. So, hari tu saya try buat. Bukan susah pun. Dan paling penting banana cheese nih ialah korang nyer pisang goreng tuh sodap! Itu lah rahsia kesedepan banana cheese. Saya fail bab pisang goreng (hahaha. semua ko nak fail kan yatie. apa tah yang ko lulus? hahaha.) Buat pisang goreng dengan nisbah resepi 1:3; tepung gandum dan tepung beras. Tapi kan, rasanya tak sama dengan yang makan kat Kuching tuh. Sobs!!! Dan suami cakap, pisang tu yang tak boleh blah sebab pakai pisang berangan. Yeke? Daku main beli jek. KuiKuiKui.

Ok caranya kalau korang teringin nak buat dekat rumah.
1. Buat pisang goreng atau beli pisang goreng panas.
2. Letak dalam pinggan susun elok-elok.
3. Ambik cheese dan korang parut kan tabur atas pisang.
4. Korang ambik susu pekat curah sikit-sikit buat zig zag.
5. Makan!!

Masa dalam mulut korang akan rasa masam, manis, masin, berlemak dan yang hitam-hitam macam dalam gambar tuh tambah lagi satu rasa pahit. Hahahaha. (ada macam nak kena lempang tak? kuikuikui.)

Selamat mencuba korang!

XOXO,
Mak Arissa.

12 comments

Cik Eka said...

dapnyerr,

kak, pisang berangan tak sesuai buat goreng. Hehehe.

Tu makan saje boleh.

Eka nak sgt makan pisang cheese ni..

ZazaMyMoon said...

hahahah goreng pisang beli pon bolehhhh.. haritu ada try buat.. bakar dulu pisang tu atas dapur (dgn kulit) dah sejuk, kopek kulit, then sagat cheese.. sedapppp :)

kalau saya ke bandung/ jakarta mst sy akan mkn pisang goreng keju ni.. :)

DYatie said...

La.. yeke??? Hahahaha.

Patutlah husband cakap mana ada orang goreng pisang tu. Goreng pisang eka. Senang je. Sagat la sebanyak mana cheese eka nak. Hahaha.

DYatie said...

Hahaha. Bolleeehhhh aje kak. Kreativiti + kuasa hujung jari. Hahahaha. Yeke? Sedap kan??! Nak cuba la jugak bakar2 tu. Hihi.

Cik Eka said...

hehehehe ingat nanti beli pisang goreng makcik2 kt tepi jalan tu, balik sagat cheese ngan susu.

Rasa mesti x ori mcm sarawak kan. haha

Mimy Hamid said...

nyumsssssssss nak...

Chekgu Azrine said...

Dulu g bandung ada menu ni..
Memang sedap..
Tapi pisang tu dia xgoreng sis..
Bakar kot..
Nti nk try buat

Hana Soffelia said...

weh, yatie! nampak sedap sgt tau.. hana nk cuba ah nanti..

DYatie said...

Takper eka..

Sipi2 rs mcm yg kt sarawak pun ok. Haha..

Cik Puan Rara said...

woiii mana aci beli goreng pisang yg dh siap goreng tu.wkaakakaka.weh cheese tu pakai cheese apa eh.

Ros Anis Rusli said...

ok terliur!sekiannnn

mrs kayrul said...

terbaik...menarik nie...alamak kena beli cheese la

Blog design by Rainy Day