Pages

Nov 1, 2013

Hi November

Assalammualaikum. Hai.

November. Sekejap rasanya masa berlalu kan? Pejam celik dah masuk bulan November. Pejam celik, dua bulan lagi dah nak masuk tahun baru. Phew~! Kesat peluh nak pastikan SKT 2013 tercapai dengan jayanya. Kesat peluh jugak nak fikir SKT tahun hadapan. Phew!~ Double Phew!~ Haha. Sebut pasal SKT 2013, kami akan ada Retreat. Dekat Retreat kita akan persembahkan SKT 2013 yang berjaya mahupun tak berjaya. Tak berjaya tuh kena bagi alasan yang boleh diterima akal ya tuan puan. Tak boleh kata tak sempat. Haha. Selain nak cerita pencapaian, kita kena persembahkan apa yang kita nak buat tahun 2014. Haaa. Tahun 2014 pun tak masuk lagi, dah kena fikir tau. Hihi. Ateeee... Dah namanya Perancangan Strategik. Yer dak? =P

Nak dijadikan cerita, tarikh yang dirancang bertukar-tukar. Sampailah tiba-tiba tarikh yang dipilih tepat pada tarikh yang jika saya jadi pergi Lahad Datu, saya akan fly. 22hb. Gelabah weh. Mak Arissa ni penakut sikit nak minta pelepasan dekat bos. Haha. Pulaknya Mak Arissa yang jaga statistik kat sini. Kami sebenarnya tak beli tiket lagi sebab tak confirm lagi nak pergi ke tidak. Alih-alih tengah malam Rabu Ayah Arissa call bagitau dia tengah nak urus beli tiket. Agaknya mimpi kot sebab tu bangun tengah malam beli tiket. Haha. So, makanya kami confirm pergi. Tiket dah settle siap dengan beg  dan seat lagi. Hover dak Ayah Arissa? Hihi. Gedup gedap jugak lah jantung masa nak apply cuti kat sistem tu ha. Haha. But then, tadi.

Pengarah: Isnin ni ada apa?
Lain-lain: Cuti. Ramai yang cuti.
Pengarah: Ha. Dayang la salah sorang nyer.
Saya: Eh mana ada.
Pengarah: Eh? You tak cuti? (wat muka pelik)
Saya: Aah. Sebab saya mintak cuti tarikh lain.
Pengarah: Ohhh...
Timb. Pengarah: Dengar tu puan, minta tarikh lain kata nya.
Pengarah: Ha tu la..

Seeee. Daku memang muka sambung cuti lah kan kalau kata ada cuti dekat tengah-tengah tuh. Haha. Tapi kali ni tak. Nak ke LD punya pasal. Sobs! Tercakap jugak dekat pengarah yang saya ke LD excatly pada tarikh yang dirancang untuk diadakan Retreat. Pengarah cakap, 'kalau tu susah sikit'. Saya cakap tiket dah beli. Hoho. But nak dijadikan cerita tiba-tiba 22hb tu ada Board Meeting. Pengarah kena hadir. Haha. So, Retreat cancel tarikh tu. Ambil awal bulan 12 pulak. Lega tak iolssss??! Hihi. Tak payah nak susah hati sangat hal serba salah nak tak pergi Retreat walaupun sedikit sebanyak, 'alah... baru jer nak terlepas dari kerah otak. Haha.' Cuma sekarang nih nak dapat persetujuan bos dan lokasi. Mula diorang cadang Johor, daku ok je. Tapi tak boleh la bawa family. Jauh ooo nak drive Ipoh - Johor. Dan tadi timbul cadangan dekat Lumut. Haruslah iolss setuju walaupun dah pernah pergi bawa Arissa kan. Hihihi. Kalau dekat Lumut, insyaAllah leh bawa mak ayah mentua juga bagi depa release tension. Heeee. 

Semua ni perancangan Allah kan? Allah dah susun cantik. Sememangnya Allah nak kami ke LD ikut rombongan sepupu Ayah Arissa. Allah jadikan tarikh Retreat tu sebagai penyebab aje. Kalau tak, mungkin sampai sekarang kami teragak-agak nak beli tiket ke tak. Nak pergi ke tak. Ha gittew. So, InsyaAllah ke LD lah kita dan kemudian ke Lumut. Hehe. Lepas tu dok diam-diam sebab cuti dah takder. Duit tak berapa nak ramai. Kita tunggu tahun depan pulak. Masih tak dapat bayang lagi tahun depan nak bawa Arissa pergi mana sempena birthday dia. Cousin saya first birthday anak dia hari tu bawa pergi KK, Sabah. Saya hari tu bawa Arissa pergi Colmar Tropicale (satuduatiga, empat). Ada idea tak nak bawa pergi mana? Haha. Eksaited weh nak tunggu taun depan. Hahahaha.

satunotahati: semoga dipermudahkan dan diizinkan Allah untuk perancangan tahun depan serta akan datang.
insyaAllah. aamiin.

XOXO,
Mak Arissa.

2 comments

Chekgu Azrine said...

Kemain lg berjalan..hehe..syioknya arissa ek..hehe

Ailyl Rozanna said...

Dah november lepas tu disember. Lepas tu dah masuk tahun baru 2014. Uwaaa cepat betul masa berlalu :/

Blog design by Rainy Day