Pages

Nov 13, 2013

Bebola Donut & Sosej

Assalammualaikum. Hai.

Sabtu; gigih nak cuba buat donut ball. Seperti biasa, fenomena geng gojes nih tak boleh ditafsirkan dengan kata-kata. Lepas sorang buat, sorang lagi. Tak pernah-pernah buat akhirnya berjaya buat. Menurut si Yong, asalnya si Mommycha dan Erin pun ada buat jugak sendiri lepas dia tunjuk donut orang jauh. Haha.

Mulanya Ayah Arissa cakap, "boleh tak jangan nak susahkan diri awak nak buat donut bagai nih. beli je la." Huuu. Ko tengok Ayah Arissa tuh. Camner isteri dia nak terror masak? Nak masak laksa sarawak pun dia cakap, "tak payah buatlah. renyah. nanti seharian awak duduk dapur." Haaa. Ko tengok! Huuu. Tapi, masa dekat Mydin tengah beli barang, tiba-tiba dia ambil sosej dan cakap pulak, "nanti sosej awak salut dengan doh awak tuh mesti sedap." Dah hover pulak?! =P

Lepas Arissa tidur, saya pun mulakan misi mendonut. Kelakarnya, belum apa-apa dah salah. KahKahKah. Malu nak cerita kat sini. Tak baca arahan betul-betul kekdahnya. KuiKuiKui.

campuran gula pasir, susu pekat dan yis

Korang agak-agak kenapa saya buat ala-ala rendam gitu? Hihi. Bila air tak berapa nak suam, masa larutkan gula dan susu air dah sejuk. Jadi, bila masuk yis dah tak boleh nak larut. So, letak air panas dalam bekas. Letak kole tu dalam air panas. Larutkanlah yis tersebut. Wahaha. Nasib baik kebetulan guna kole. HewHewHew.

buih buih cinta yis mauripan

Tak pernah buat kan, so terkejut tengok naik buih gitu. Wahaha. Ingatkan buihnya ala-ala buih halus nescafe 3 in 1. Rupanya tinggi gitu. Nasib baik guna kole besar. Dan teringat kata si erin, jangan lurus sangat nak bancuh semua tu dalam cawan. Hihihi. Masa ni saya cairkan marjerin dan campurkan dengan telur.

adunan yang diharap membesar dengan jayanya

doh mengembang dengan jayanya! yeay!

Lebih kurang 1 jam jugak saya biarkan doh ni. Sempat tidur sebab cerita Hindustan tak berapa best hari tu. Banyak kali dah tengok Dilse rasa macam dah hafal jalan cerita. Huhuhu. Dah siap, daku bulat-bulatkan. Tapi tak licin pun bulatan tersebut. Segan daku nak amik gambar. Hahaha. Dan lilitan dekat sosej tuh Ayah Arissa sebab daku buat tak lawa. Punyalah tak kreatif jari jemari Mak Arissa nih, lilitan sosej pun tak boleh buat. Huhu. Ayah Arissa melilit, daku menggoreng bebola. Part sosej, semua dia goreng. Hehehe.

HASILNYAAA!!!

bebola donut dan sosej (tak tahu nak letak nama apa sebenarnya sosej nih)

empuk!

Terima kasih lah korang semua wahai gojes oi. Sedap weh! Lembut. Empuk. Daku suka sangat. Makan pulak panas-panas layan dengan air nescafe memang tip top. Pulaknya hari tu kebetulan hujan. Tak sedar 3 4 biji masuk dalam mulut nih ha. Sosej tuh pun dua biji jugak daku makan. Bahan-bahannya senang dan ringkas je uols kalau nak cuba; 3 cawan tepung gandum, 6 sudu besar gula, 3 sudu susu pekat manis, 2 sudu besar marjerin , 1 biji telur, 1 paket yis, 1 cawan air suam. Resepi korang tengok dekat blog Yong dan Erin.

satunotahati:
puasa tak hari ni?
insyaAllah Mak Arissa puasa.

XOXO,
Mak Arissa.

10 comments

erin said...

pewiiittt..hahaha kemain lawo ayah arissa mengentel donut sosej dia, kemas kemain

Chekgu Azrine said...

Wow...berjaya..kuih yg plg mls nk buat donut la...hehe

LYAfrina said...

cute2 jer.. hehe
nanti blh cuba jugak

Umi Qi said...

cantik yer donut sosej....geram tgk cantik sgt2...kaloh yg jual di bakery tau...hebatttt

Wawa said...

eh! cane yis tu boleh berbuih cenggitu???ku punye takde pun keluar buih...kne buat lg ni! fenomena gojes sangat...hihi

Ibu Dilah said...

Wah.. rajin nye mak arissa wat donut.. fav si kakak ni... ntah bila la nak rajin wat donut cam mak arissa ni.. hihi

Mimy Hamid said...

kebetulan entry sama ni tapiiii malu baoutan ayah nya kemas ok bye

Cik Eka said...

eka pun ada buat donut camni. Sebijik resepinya. Memang sedap kan. Gebusssss

Edat_Uzair said...

mmg fenomena sungguh..hehehe..sy berhajat nk buat donut sampai ke sudah xbuat2..ingt try this week buat bekal bw ke KL...hihihi....

Fifi Nadhrah said...

wah.. tetibe teringin nak buat sendiri.. macam senang dan gebu je..

Blog design by Rainy Day