Pages

Oct 4, 2013

Tukar IC & Renew Lesen D

Assalammualaikum. Hai.

Sama hari dengan saya pergi PTPTN dan PPZ tempoh hari, saya juga pergi JPN dan JPJ. Semua sekali ada dekat satu tempat. Senang. Hoho. Cuma rasanya TH kot yang tak ada. Tak tahu pulak kalau tak perasan. Huuu. Pergi JPN sebab nak tukar IC baru. Alang-alang tukar IC, saya tukar alamat sekali. Tukar alamat rumah Ayah Arissa. Alhamdulillah. Perasaan nak tukar nama ke alamat sendiri iaitu rumah sendiri tuh lain macam. Haha. Even pemilik rumah sebenar tersebut pun tak tukar alamat IC dia lagi tau. Haha. Sekarang pemilik rumah tu dengki semacam dekat Mak Arissa ni ha. KuiKuiKui. 

Sarawak - Perak
tak sabar nak ngundi 4 tahun lagi
LOL
Caranya tak susah dan tak lama. Pergi JPN, ambil nombor. Bila dah kena panggil, bagitau nak tukar IC baru. Kalau nak tukar alamat, tukar alamat. Lepas tu bayar sepuluh ringgit sahaja untuk tukar IC. Dapat resit, duduk sekejap - tunggu orang panggil untuk ambil gambar. Tak perlu risau nak ambil gambar kat luar. Semua ada dekat situ. Percuma! Dah ambil gambar, esok datang ambil. Ha.. Senang je kan?? Heee. Btw, beza antara 2 IC ni tak banyak. Ada gambar kecik tu je yang hitam putih. Lepas tu muka korang tukar la muka baru. Haha. Gambar lama kena gelak encik suami gambar zaman tok kaduk. Gambar sekarang katanya nampak gemuk. Heh! Huuuu.

Dan semalam, saya bergegas ke UTC lagi sekali untuk renew lesen. Pada mulanya nak renew bila dah lepas 7hb sebab nak buat 5 tahun terus. Sebab hari tu pergi katanya kalau nak buat 5 tahun kena on the expire date atau lebih. Kalau sebelum tarikh, dapat buat setahun je. Atas sebab esok dah nak bertolak ke Sarawak, lesen pun mati - maka wajiblah saya renew segera. Kang tak boleh bawa kereta dekat sana pulak. Haaa. Kan haru? Dah la nak jemput encik suami dekat airport sorang-sorang lepas survey hari Jumaat. So, lupakanlah hajat nak buat 5 tahun. Takperlah kan? Ada reason tiap tahun nak tukar lesen baru. Haha.

budak baru belajar
hahaha
 
Kalau korang tengok tuh ada dua gambar. Yang atas adalah yang lama. Dan yang dekat bawah yang telah di renew untuk setahun semalam. Terkejut bila dia bagi yang tu. Sama je dengan yang lama. Saya tanyalah, 'bukan sekarang lesen yang baru ke?' Dia tanya balik, 'nak yang baru ke?' Saya cakap, 'ha la'. Dia cakap, 'puan baru nak dapat lesen penuh. kalau nak kena renew lagi setahun'. (tah kenapa saya rasa itu alasan semata. huu.) Saya cakap, 'ok takper nak renew. saya nak yang baru'. Dia, 'jom kita ke kaunter sebelah'. Ok. Nak buat lesen nih korang cuma perlukan gambar sekeping dan duit RM30. Dan of course jangan lupa bawa IC dan lesen lama ye adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik, pakcik, saudara saudari sekalian. Heee. Tapi, mungkin sebab saya baru nak dapat lesen penuh, first payment saya RM45 dan second payment RM30. Maknanya hari ni saya renew 2 tahun. Ha.. Gittewwww.

dah dapat driving license yang baru
cantik
ala-ala ic
hahaha

satunotahati: kerja berlambak hokey atas meja.
nasib baik survey seminggu lepas raya tukar orang.
tengahari nanti nak kena bertapa dalam bilik siapkan kerja.
tak masuk office sampai raya haji oi, semput kang! =P

6 comments

♥ ROS ♥ said...

Eh lesen dah lain ea?? Kita punya lesen dh tamat tempohhhhh :(

Edat_Uzair said...

jeles mak icha dah buat ic dgn lesen baru....lesen baru is cantik kan? hehehe...

erin said...

mak oiii rajin beno mak arissa lately ni, g ptptn, g jpn, rin pun x tukar ic lagi, masih address pahang, somi pun sama, x berani nk letak address umah sendiri, sbb fikir2 nanti nak jual..hahaha boleh tak fikir gitu..keh2

S.n.Fariza said...

cntiknnya lesen br.
alamat thn dpnlah br renew..
hahahaha

Hana Soffelia said...

Sume benda hana tak tukar lagi.. Adoi, bila nak rajin mcm awak ni yat..

LYAfrina said...

Sebut psl lesen, bru tringat.. Dh hampir sethn x renew lesen.. Sbb dh x drive trus x igt.. Nk g samb balik.. Syg gak biarkn.

Blog design by Rainy Day