Pages

Oct 3, 2013

Selamat Hari Lahir [27]

Assalammualaikum. Hai.

03102013
selamat hari lahir yang ke dua puluh tujuh sayang
alhamdulillah
masih dipinjamkan usia sehingga hari ini

semoga dikurniakan kesihatan yang baik
semoga dipanjangkan umur
semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat
semoga terus sabar, kuat dan tabah
dalam menjalankan tanggungjawab sebagai
khalifah Allah SWT
anak
suami
ayah
abang
pekerja


terima kasih kerana sentiasa ada
saat suka mahupun duka
saat dekat mahupun jauh

terima kasih kerana sabar
meladeni karenah isteri yang pms
meladeni karenah anak yang tidak sihat

terima kasih kerana meminjamkan segala deria dan anggota
untuk memimpin, membimbing dan melindungi
untuk menegur dan menasihati


terima kasih kerana mengenepikan banyak perkara
demi isteri dan anak tercinta
terima kasih kerana tak pernah meninggalkan kami
dengan tujuan yang sia-sia
terima kasih kerana sentiasa menikmati setiap detik saat bersama
tatkala Allah bagi izin untuk bersama bila hujung minggu tiba
terima kasih

doa kami
semoga lelaki yang kami kasihi ini
akan sentiasa berada dibawah lembayung rahmat Allah
diberkati Allah setiap amalannya
dan
dipermudahkan urusannya dunia dan akhirat

semoga juga kami
akan terus menjadi insan-insan
penyejuk di mata
penawar di hati
dan
membahagiakan

insyaAllah

sayang
kami sayang awak
T________T
*nangis*

satunotahati:
rindu kedua-dua buah hati ini.

XOXO,
Mak Arissa.

3 comments

Pinkbubblegumprincess said...

happy family :)

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

yup, happy family.....
salam kenal!

LYAfrina said...

Happy belated birth buat papa arissa

Blog design by Rainy Day