Pages

Nov 1, 2013

Review: Travelog Haji

Assalammualaikum. Hai.

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman

review ringkas dari pembaca

Alhamdulillah. Akhirnya saya berjaya juga habiskan membaca buku ini. Buku ilmiah atau berbentuk pengajaran; saya memang lambat dan liat nak habiskan dengan cepat. Memang kena banyak istighfar. Huuuu. Tapi bila dah betul-betul fokus, baca buku ini sama seperti novel. Terima kasih MKI dengan penulisan ni membuatkan diri saya seolah-olah berada di sana. Terima kasih dengan penulisan yang penuh penghayatan. InsyaAllah semoga berkesempatan satu hari nanti. InsyaAllah. 

MKI bercerita akan pengalamannya sepanjang berada disana. Ibadah yang telah mereka lakukan dengan bersungguh-sungguh. Dan turut dimuatkan dalam buku ini, siapa sebenarnya dia sebelum ini. Sebelum Allah mengirimkan kepada dia Kad Jemputan Haji.

"Sebagai seorang insan, saya bolehlah dianggap sebagai manusia luar biasa. Luar biasa dalam konteks kejahilan diri. Saya tidak tahu membaca Al Quran, sekiranya ada pun, hanya beberapa surah ringkas yang dihafal sejak kecil. Itupun kerana ayah mengajar mengaji dan sembahyang. Namun, ia terputus-putus sehinggakan lebih banyak tiada daripada ada."

Bagaimana MKI mendapat kad jemputannya?

"Akhirnya, surat perlantikan rasmi sebagai seorang profesor berserta dengan tunggakan melebihi RM80,000 diterima. Kata-kata pertama saya kepada Roza, "Allah menunaikan permohonan abang. Abang bersembahyang Hajat hampir setiap malam sejak setahun yang lepas. Abang merayu. Abang minta jawatan Profesor, dia bagi jawatan Profesor, dia bagi duit lagi. Ya Allah, abang tidak sepatutnya berhenti daripada melakukan perkara yang abang lakukan selama ini. Abang hendak pergi haji. Abang hendak bersyukur kepadanya."

Konsep haji menurut pandangan MKI dalam bahasa yang mudah difahami dan disampaikan kepada abah;

"Abah, saya rasa Allah sengaja menganugerahkan ibadat haji kepada orang Islam sebagai tanda atau manifestasi yang Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dalam bahasa yang mudah, saya fikir Allah mahu semua umat Islam masuk syurga. Saya kaji dalam beberapa segi, ibadat haji adalah peluang yang perlu direbut oleh orang Islam. Ia satu keistimewaan. Ia satu kewajipan. Malah ia adalah rukun Islam yang kelima. Bagi mereka yang berfikir, kewajipan ini walaupun nampak sukar, ia adalah anugerah bagi memudahkan manusia ditempatkan di syurga dengan rahmatNya."

Hari pertama,

"Kaabah di depan kami. Saya seperti mahu melompat kerana gembira. Baru sekejap tadi, baru 30 minit yang lalu kami masih di hotel, tidak dapat masuk ke ruang sembahyang dan terpinga-pinga mencari jalan. Kini, Kaabah di depan kami."

"Roza memegang tangan saya dan kami mula berpusing dengan penuh rasa nikmat. Orang ramai bersesak-sesak. Keajaiban berlaku kepada kami berdua. Seorang tua yang bongkok 90 darjah, tawaf di depan kami, berjalan seolah-olah robot, tidak melihat kiri dan kanan. Disekelilingnya sentiasa tiada orang. Dia bergerak pantas. Kami mengikut rapat. Serapat mungkin. Saya rasa seolah-olah hanya kami bertiga sahaja melakukan tawaf walaupun terdapat begitu ramai bayang-bayang manusia."

"Azlina berkata, "Seronoknya, saya todak dapat hendak gambarkan rasa gembira kerana dapat berada di hadapan Kaabah. Saya tidak mahu sembahyang di atas tangga lagi." Kata saya, "Tuhan memberikan rasa nikmat yang tidak terucap apabila dapat bersembahyang di hadapan Kaabah. Begitu hampir dengannya. Kita juga dapat merasai bersembahyang di tempat yang berbeza-beza. Betul, dapat bersembahyang di depan Kaabah, dapat lihat Kaabah, adalah nikmat yang menakjubkan. Jadi, itulah tempat kita. Esok kita bangun pukul 1.30 pagi dan kita bertolak pada pukul 2.00 pagi supaya kita dapat bersembahyang di hadapan Kaabah lagi.""

Hajar Aswad,

"Saya berjalan dan sekali-sekala berlari-lari anak mencari Roza dengan air mata berlinangan. Apabila saya mendapatkan Roza, saya bercerita, "Hari ini Allah mengajar saya sesuatu. Ketika pertama kali saya mencium Hajar Aswad, saya nyatakan kepada awak yang kita memerlukan stamina, kekuatan dan tenaga yang tinggi. Hari ini, ketika kaki saya longlai, letih, malah saya fikir saya cukup lemah, tiba-tiba, saya tergerak hati untuk pergi mencium Hajar Aswad. Hati saya merintih, 'saya hendak cium Hajar Aswad. tetapi aku letih, Ya Allah.' Kaki membawa saya pergi dan berjaya melakukannya dengan lebih cepat, lebih mudah dan lebih senang. Allah mengajar saya, dia yang berkuasa atas segala-galanya. Walaupun kita letih, lemah, tidak berupaya tetapi apabila Allah izinkan, kita dapat melakukannya. Roza, saya sudah bersedia membawa awak mencium Hajar Aswad. Sembahyang Taubat, sembahyang Hajat dan doa banyak-banyak.""

Wukuf,

"Ya Allah, sekiranya kau panggil kami, sekiranya engkau jemput kami, tempatkanlah kami di kalangan orang-orang yang beramal soleh. Ya Allah dengan rahmatMu, masukkanlah kami ke dala syurga  Mu. Syurga yang istimewa. Syurga yang paling istimewa. Syurga Firdaus, ya Allah. Temukan kami di sana Ya Allah."

Jamratul Aqabah,

"Lebih kurang 1km dari Jamratul Aqabah, kami dapat menyaksikan jutaan manusia berpusu-pusu melalui beberapa haluan yang berbeza menuju ke tempat yang satu. Aneh, di hadapan kami sentiasa ada ruang untuk kami bergerak, berasa selesa dan selamat. Tiba-tiba, saya dan Roza sudah berada di hadapan Jamratul Aqabah, di hadapan sekali. Kami mula melontar dengan tenang, tertib dan sopan-santun. Saya menjeling ke kiri. KakMie dan Azlina ada bersebelahan. Saya rasa teruja. Kegirangan yang cukup hebat."

Madinah,

"Madinah adalah bumi yang aman. Keamanannya menyebabkan ramai jemaah menyantaikan diri. Mereka bertenang."

Jubah,

"Subuh, hari terakhir di Madinah. Jelas kedengaran azan Subuh yang pertama. Rakan-rakan sebilik sudah bangun daripada tidur dan mula bersiap. Sambil menunggu azan kedua, kami bersembang-sembang menceritakan perasaan untuk pulang ke Malaysia. Beberapa jemaah lain muncul di bilik kami. Saya tersentuh hati, sebak dan sayu menyaksikan bagaimana beberapa jemaah haji yang sentiasa uzur semasa di Mekah dan Madinah kelihatan riang ria dan bertenaga. Mereka berpakaian cantik. Berjubah kemas. Berserban. Malah mereka nyata sihat sejahtera."

Selamat tinggal,

"Selamat tinggal Madinah. Selamat tinggal Masjidil Haram. Di sanalah tempat aku belajar, diajar dan memahami tentang keesaanMu, ya Allah. Sehingga bertemu lagi. Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah, aku memohon keampunanMu."

Semua perenggan yang betulisan Italic saya cited sepenuhnya dari buku MKI. Sepanjang membaca buku ni, perasaan dalam hati ni bercampur baur. Seolah-olah dapat merasai apa yang mereka sedang rasai. Sebak, sayu dan gembira. Semua menjadi satu. Semoga Allah memberikan saya, seluruh keluarga saya dan kita semua kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji. InsyaAllah.

satunotahati: salam Jumaat semua. =)

XOXO,
Mak Arissa.

6 comments

ily♥ said...

Saya pun dah baca buku ni...Ya Allah, penulisan yang sangat menyentuh jiwa..Tulus dan ikhlas..Sangat terkesan...

S.n.Fariza said...

dh baca. best sgt.
x sabar nk g sana.

Kesuma Angsana said...

bagusnyer buku ni, & tq berkongsi sama yer

adyna said...

Bagus buku ni ;)

P/s: Harga murah beza 20-40 n Ada yg murah depends pada model jam

SweetLikeWhat said...

nak carilah buku ni nanti..tq review yang.. :)

mrs kayrul said...

tak pernah baca lagi...macam menarik untuk di baca

Blog design by Rainy Day