Pages

Oct 28, 2013

Rambling #3

Assalammualaikum. Hai.

Saya selalu buka blog yang iklankan kerja kosong. Kalau yang rasa bersesuaian dengan diri sendiri, saya mohon. Kalau tidak, saya laporkan kepada orang-orang yang saya rasa nak laporkan. Hihi. (Informer tak bergaji.) Tapi, bukan hal nak memohon yang saya nak bebelkan nih. Saya pelik dengan situasi yang sebegini;

**********************************************

Tajuk : Jawatan Kosong di Jabatan Highway
Jawatan: Pegawai
Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda
Gaji: Sekian Sekian

Maklumat lanjut dan untuk permohonan sila klik sini: ww.contohje.com

dan bila scroll dekat bawah


Hantar Ulasan:

Saya merupakan seorang graduan dari Universiti Sekian Sekian dengan Ijazah Sarjana Muda sekian sekian CGPA sekian sekian. Saya sangat berminat dengan tawaran yang diberikan dan akan bekerja bersungguh-sungguh bla bla bla. Bla ............ Bla............. Bla................. RESUME pendek......................

***************************************************

Kalau tawaran kerja untuk budak SPM, okay fine saya boleh terima. Budak baru habis sekolah kan. Tapi saya rasa macam nak terkeluar biji mata bila yang komen tersebut ada Ijazah. Whatt???? Stress tengok. Kalau adik beradik saya yang buat begitu ada yang nak kena sekeh kat dahi sekali. Adui! Kadang-kadang saya rasa macam tak boleh masuk akal. Ada juga manusia macam ni. Adeh!!!

Saya faham yang semua orang sekarang struggle untuk meneruskan kelangsungan hidup. Tapi tolonglah. Jangan jadikan diri kita macam orang yang 'kurang bijak' dan 'kena gelak'. Please la jadi seorang yang berpijak di bumi nyata. Komen dekat belog orang buat ala-ala rumusan resume pendek itu tidak langsung menunjukkan anda seorang yang bijak. Tujuan pemilik blog supaya kita mudah tak payah nak pergi cari satu satu website untuk tengok ada kerja kosong ker tidak. Diorang bukan agen untuk maklumkan kepada setiap pemilik iklan jawatan kosong tersebut. Huuuu.

Apa pun. All the best to all job seekers. Janji Allah itu pasti. Jangan pernah berhenti berusaha.

XOXO,
Mak Arissa.

4 comments

MimahAjil said...

ade ke yang buat camtu?erk???hurm....macam2 orang dah skrg ni.felik2..

Ilya Melissa said...

memang ada~ pernah tengok..huhu..apalah yg diorang fikir masa tu eh..

Chekgu Azrine said...

Hehe...kesian jgk kt org2 camni..hmmm

LYAfrina said...

hehehe.. mcm2 peseng...

Blog design by Rainy Day