Pages

Oct 4, 2013

Pasangan Hujung Minggu

Assalammualaikum. Hai.

Tajuk Semanis Kurma malam tadi sangat menarik - Pasangan Hujung Minggu. Saya sempat tengok separuh. Lupa bila asyik bersembang dengan roommate tentang hal dunia. Hihi. Alhamdulillah sempat juga walaupun sekadar separuh masa terakhir. Cewaah! =P Oktober ini, kami dah 1 tahun 3 bulan menjadi pasangan hujung minggu. Dan satu hal yang 'menyakitkan' saya ialah bila saya yang perlu berpisah dengan anak - menjadi weekend mum selain weekend wife.

Tapi, kupasannya memang lebih kepada pasangan suami isteri sendiri. Betul. Perkara yang paling penting dalam sebuah hubungan jarak jauh ialah; kepercayaan, kejujuran, dan kesetiaan. Kalau tiada ketiga-tiga perkara nih, runtuhlah sebuah institusi keluarga. Na'uzubillahhiminzalik. Semoga Allah menetapkan hati dan menguatkan iman pasangan suami isteri yang duduk berjauhan. Aamiin.

Mari saya kongsikan tips dari Ustaz & Ustazah untuk pasangan hujung minggu;
  1. Buat keputusan yang bijak
  2. Tanam dalam diri 7T; Tahan, Tabah, Teknologi, Tunggu, Telus, Tekad, Takdir
  3. Mohon petunjuk Allah ketika buntu, dan
  4. Kalau ada pilihan, pilihlah perkahwinan jarak dekat

Dalam kepahitan, ada manisnya. Allah sahaja yang mengetahui bagaimana perasaan pasangan suami isteri ini bila hari Jumaat kunjung tiba. Keterujaan sepanjang perjalanan nak berjumpa dengan suami dan anak tercinta tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Lewat 10 minit dari jadual sepatutnya boleh menimbulkan tekanan. Hihi. Selain tu, perasaan malu-malu terhadap suami juga semakin menebal. Kadang-kadang, bila masuk dalam kereta lidah kelu tak tahu memulakan bicara. Seperti baru berkenalan lagaknya. Haha.

Hikmah disebaliknya; Allah menjadikan saya lebih kuat dalam menjalani kehidupan seharian. Allah sedang melatih saya untuk berdikari. Allah melatih saya untuk hidup sendirian. Allah memberi saya ruang dan peluang untuk sentiasa mengadu kepadaNya tanpa gangguan. Dan juga, suami saya berupaya menjaga anak dari usianya 7 bulan hingga sekarang. Walaupun menumpang di rumah mentua, tapi Arissa tidak pernah berenggang tidur dengannya kecuali ketika dia tak sihat meragam. Alhamdulillah.

Pasangan Hujung Minggu, mari kita sama-sama berdoa semoga Allah menetapkan hati kita masing-masing dan kuatkan iman kita. Semoga kita dapat melawan segala godaan syaitan dan nafsu. Semoga juga jarak jauh ini menjadikan kita suami isteri lebih saling menghargai dan menyayangi. Aamiin Ya Rabb.

Biarpun jauh jarak
Kasih rindu makin semarak,
Biarpun jarang bertemu
Mengajar kita erti merindu,
Biarpun tak nampak di mata
Mengajar kita erti setia,
Biarpun kita dilanda hujan
Mengajar kita erti berkorban,
Biarpun kita rasa pedih 
Mengajar kita erti sedih,
Biar org memandang sengsara
Mengajar kita erti bahagia,
Biar kita saling percaya
Bahagia dan derita adalah kita,
Biarpon sakit setengah mati
Itu mengajar yakinkan Ilahi,
Percaya pada tuhan
Kita hamba di beri ujian.

9 comments

Edat_Uzair said...

Rugi sy tak tengok semanis kurma semalam...tertido awal....thanks for sharing...

Hana Soffelia said...

Hana dah pernah merasa hubungan suami isteri hujung minggu ni. Ada seronok dan tak. Opcoz la yg tak tu, siapa yg nak berjauhan dari suami kan bila dah kahwin. Tapi demi mencari rezeki, so redha jelah.

Tapi yg bestnya, perasaan rindu tu membuak2. Susah nak cakap bila weekend je jumpa mcm pasangan kekasih. Gila loving lah. hahaha

Mimy Hamid said...

suka la tips 7 T tu...pasangan hari hari ni pun kadang ada pro kontra nya....jumpa selalu gaduh pun selalu

♥ ROS ♥ said...

Ros tgk gak smlm... Syok tgk pasangan jauh ni siap berskype sgala.. Semoga allah memudahkan urusan kita..hehe

humble.yat said...

sy pun tengok semalam,pernah PJJ selama setahun lebih....waa..tapi moment nak tunggu hari jumaat tu mmg best gile..

~ NANA ~ said...

dah 2 tahun lebih kawin dan masih lagi jarak jauh...sebulan sekali je jumpa...huhu...harap2 Allah permudahkan semuanya nanti

Danial Haiqal said...

Semanis Kurma: Pasangan Hujung Minggu
Semoga Bermanfaat ^^

LYAfrina said...

Lya PJJ waktu sakit. Walaupon dekat, x bersama.. Alhamdulillah dikurniakan psangan y penyabar . Adakalanya jarak juga makin merapatkan kt.. Cuma kna tanam sifat kesetiaan dlm hati

berrybiru said...

saya pasangan hujung minggu..saya ama mengerti apa yg anda lalui dan rasai..apatah lg kini saya berjauhan dgn dua anak yg masih kecil..semoga hati2 kita tabah dgn ujian ini..

Blog design by Rainy Day