Pages

Oct 18, 2013

Mak Redha Wahai Anak..

Assalammualaikum. Hai.

Al kisahnya dalam dua minggu sudah.
Arissa tak sihat.
Bangun malam menangis kemain.
Tunjuk sana tunjuk sini.
Lebih susah hati.
Masa Maghrib dia nangis dengan kuat.
Tak nak dekat semua orang.
Tunjuk sana tunjuk sini.
Dah letih nangis dia tidur.

Kalau korang apa korang fikir?
Mesti fikir yang bukan-bukan kan?

Hujung minggu saya balik.
Arissa masih juga begitu.
Bangun tengah malam.
Nangis macam kena pukul.
Tunjuk sana tunjuk sini.
Bincang.
Nak bawa jumpa ustaz.
Darus Syifa.

Ahadnya.
Berdua sahaja dengan Arissa.
Saya pelik.
Takkan siang-siang pun nampak.
Huuuuuuuu.
Dia terjaga je tunjuk sana sini.
Nangis.
Hari itu dia tidur sepanjang hari.
Jaga hanya untuk makan dan menyusu.
Bila jaga jugak menangis.
Tunjuk sana sini.
HehhH!
(serius menguji kesabaran jugak sebenarnya. huu.)

Kali ketiga dia terjaga.
Saya pegang tangan dia.
Saya cakap meh bawa mak.
Arissa nak apa.
Dia cakap balik.
'ukong..ukong..'
Haha.
Akur.
Dukung.
Dia tunjuk atas rak pinggan mangkuk.
Saya bawa.
Dia tengok tak ada apa.
Dia tunjuk atas peti sejuk.
Saya bawa.
Dia tengok tak ada apa.
Dia tunjuk dekat rak pinggan basah.
Dia tengok tak ada apa.
Diam.

Saya terfikir.
Mungkinkah candu??
Saya bawa dia masuk bilik.
Saya buka laci.
Saya ambil candu dia.
Saya tunjuk dekat dia.
'nak?'

DIA SENYUM.
DIA SENGIH.

Saya cuci.
Saya bagi.
Dia hisap.
Dengan muka bahagia.
Dia tidur.

WAHHHHHH!~

Penangan rindu candu.

SMS Ayah Arissa.
Cerita.
Ayah Arissa cakap.
So tak payah jumpa ustaz?
Saya cakap KIV.
Dan malam itu.
Dia tidur dengan nyenyak sekali.

WAHHHHH!~

HAHAHAHAHA.


mak redha wahai anak
asalkan tidak mengganggu tidur mu
asalkan kamu tidak demam merindu
terpaksa jua
mak melucutkan tanda
'arissa dah besar'
hahahahahaha


koleksi terkini bersama candu

balik kuching

in flight

camewhore dengan puting

bila kata jangan tunjuk puting

tengok tangan dia elok simpan puting

hehehehehehe

nak ceraikan puting 
saya dah berhati kental
tapi kalau keadaannya begitu
siapa mampu kental?

nasib baik tak jumpa ustaz.
hihihihihihi.
anak oh anak.

satunotahati: kompius nih nak ke sabah ke idak? ahhhh!

XOXO,
Mak Arissa.

15 comments

Ibu Dilah said...

Alahai.. ciannya arissa.. kalo dah mcm tu x sampai hati nak ceraikan puting kan..

Ibu Dilah said...

Alahai.. ciannya arissa.. kalo dah mcm tu x sampai hati nak ceraikan puting kan..

Zee Suhaini said...

siannya sampai camtu sekali merindu..nampak gaya nak kena tunggu lagi la baru dapat bercerai..

Nurul Aziz said...

Samalah tak kental.. ni pun sebab puting tercicir kat mana ntah time keluar.. dan nasib baik jugak ayra tak ek ek nak puting.. setakat tanya 'mana ating?' kalau dia ek ek ekk nangis, memang zass g kedai beli puting baru. huhu..

Chot said...

hoh..bikib suspen je arissa ni..puting rupanya..haha

Umi Qi said...

Arissa.....Umi Qi plak rasa nak nangis baca...mcm kisah Qi jek...pernah buat simpan candu dia...tp menangis seharian...cm ne ye nak ceraikan candu tuh ek huwaaaaaaa

erin said...

hahaha rindu candu dia rupanya, xpelah, nanti bila dia dah faham, boleh la psiko dia, slow2 berhenti la tu nanti..:D.

Chekgu Azrine said...

teringat anak akk kak cik yaya..sampai skang pun dok mntk2 lagi kekadng..haih..
dah 6 tahun tahun depan..

aznor ibrahim said...

alahai arissa..rindu candu rupenye..huhu

MimahAjil said...

aduhai...rindukan candu rupenye.acik dah meremang baca tau Arissa...hehe~tkpela..nnt lame2 ilang la tu rase nk candu...:)

♥ ROS ♥ said...

Olor cian arrisa.. Xpe kak, asalkan dia xnangis bg jer la.. Xde lg susah kan :)

hazlina azmi said...

anak2 saya dua2 masih hisap puting.even si kakak yg berumur 4 thn still berputing...blogwalking,jom follow dan bertukar2 link
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Cik Puan Rara said...

kalo jumpa ustad,udahhh nayeee.Ya Allah sama lah mcm princess.kalo tido mst nk..tak tau dh nk buat cane.kalo nk putuskan puting mmg kena kental.tapi sanggup kah?!

Mimy Hamid said...

heheh candu...betul la itu yang dia still mau..redha la mak arissa ye

atam ayu said...

Lorhhhh..sian arissa..sib kasih dah ok..setakat ni mmg xmintak dah..

xapa arissa t akan tglkan sndiri gak...

Blog design by Rainy Day