Pages

Oct 24, 2013

Hotel Four Points by Sheraton, Kuching

Assalammualaikum. Hai.

Jom jalan-jalan dalam bilik hotel.
Ini kisah masa kat Sarawak dua minggu lepas.
Encik Suami balik Sarawak hari Jumaat untuk sama-sama sambut raya haji.
Encik Suami ajak bermalam berdua di Kuching sebelum balik kampung.
Kiranya ber hanimun atau ber dating atau ber dua dua an.
Wahh gitteww.
Heee.

Pada mulanya nak sambung duduk Pullman Hotel.
Tapi penuh sebab orang Petronas buat Majlis Sekalung Budi.
Kalau ikut saya nak duduk hotel bajet je.
Tapi balik dari airport hantar kawan.
Encik Suami terus singgah ke Hotel FourPoints.
Ngeri oi Mak Arissa tengok bangunannya gah aje.
Mampu ker idak?
Hahaha.

Check tanya;
RM215 net bagi orang gomen,
termasuk makan pagi dua orang.
Ingatkan mahal beno.
Huuuuuu.
So check in dapat tingkat 11.
@_@

naik lift hujung sebelah kiri.
bilik paling hujung sebelah kanan.
kalau jalan sorang-sorang boleh bayang paranormal activity.
HewHewHew. 




Bilik mandi nyer mak oi.
Lebih kurang macam Pullman.
Beso bebeno.
Nak berangan gini rumah sendiri nan hado.
Agaknya bilik mandi rumah sendiri saiz lebih kurang beso tab tu.
Hahahahaha. 





Bilik of course luas.
Suka jugak nak berangan.
Alangkah best nya kalau bilik ku seluas ini.
Hihihi. 
Berangan aje la mampu.
Ruang tamu rumah daku sebesar bilik ini kot.
Alhamdulillah. 
Ada jugak rumah sendiri.
Kan?

So malam tu fefiling lah kami laki bini.
Sekejap-sekejap ingat anak.
Huhuhu.
Tapi bak kata kawan-kawan.
Sometime kena ada masa berdua aje dengan suami.
So sejarah kami.
Di usia Arissa setahun lapan bulan.
Kami ber dating ber dua.
Heeee. 

Eh.
Nak cerita pasal hotel sebenarnya.
Huhuhuhu.
Hotel nih kalau dari airport Kuching sangat dekat.
Recommended dari segi room dia.
Ngetops.
Tapi makan pagi as compared with Pullman.
Pullman is much better.
Lokasi dengan pekan agak jauh.
Pullman sangat-sangat tengah pekan.
Tapi kalau korang plan nak ke Serikin.
Boleh duduk Four Points sebab tak jauh dari Batu 7.
Dekat nak masuk kawasan Bau.
Ha gitttewww.

Ok la eh.
Mungkin hotel ni boleh jadi pilihan kalau pergi Sarawak nanti.
Heeeee.

satunotahati: 
menyesal tak ambil gambar bilik Pullman.
boleh buat comparison dengan jelas dan nyata.
hahaha.

XOXO, 
Mak Arissa. 

5 comments

Kesuma Angsana said...

walla bestnyer !

Mimy Hamid said...

ehememmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm honeymoon berdua ...

Ibu Dilah said...

Wahhh.. bestnye dapat dating berdua jer.. kat hotel lak tu.. ehemmm.. ehemm.. hehehe

Fifi Nadhrah said...

waahh.. dapat adik tak ni honeymoon? hihi..

SweetLikeWhat said...

oooo buat adik arissa ehhh..haha

Blog design by Rainy Day