Pages

Oct 1, 2013

Hello October!

Assalammualaikum. Hai.

Pejam celik dah bulan 10. 2 bulan lagi dah nak masuk tahun baru. 2 hari lagi dah genap 27 tahun umur suami. Hahaha. Kisah pulak orang yang baca ni dengan umur suami ku bukan suami mu ni kan? Hihihi. Umur 27, ada anak umur 1 tahun 8 bulan. Alhamdulillah. Eh. Iols pun 27. Tapi tua beberapa bulan dari encik suami. (Nakkk jugggaaakkk! :P)

October. Hari ini dan esok, Mak Arissa ikut Program Familiarisation MPOB anjuran kementerian. Kat Bangi aje. Tapi pengalaman hari ini memang sangaattttt menarik. Slot pertama buat daku rasa nak jadi seorang pemilik ladang kelapa sawit. Slot kedua tak buat daku rasa apa-apa sebab buat roti dan muffin. Hihi. Dan slot ketiga buat daku rasa nak ulang semula Tingkatan 6; nak belajar balik Biologi dan Kimia supaya aku bukan P dengan gred C semata - nak jadi nutritionist pulak katanya. Hahaha.

Banyak ilmu yang daku dapat hari ni. Syukur Alhamdulillah dengan peluang yang diberi. Ilmu manusia kan diumpamakan setitik dari seluas lautan. Kalau daku saja-saja nak baca tentang pokok sawit, minyak sawit dan marjerin - memang tak lah kot. Huuuuu. Makan tak perlu nak kata. Biasalah Program/Kursus memang makan 6 kali sehari. Phewwwww! Semput nak berjalan dengan baju korporat dan seluarnya. Heh! (Gara-gara baju korporat, bulan lepas daku terpaksa beli skirt dan seluar slack 2 helai. Mencik! Huuu.)

satunotahati: sabtu ni akan terbang ke Sarawak bersama anakanda tercinta.

XOXO,
Mak Arissa.

1 comment

Mimy Hamid said...

hi oktober...bulan untuk ku juga...my birthday

Blog design by Rainy Day