Pages

Oct 25, 2013

Amuk: 2 Cedera 2 Maut

Assalammualaikum. Hai.

Sekarang nih banyak kes bunuh-bunuh. Takut weh. Lagi takut bila kes bunuh tetiba. Contoh macam yang pegawai bank semalam dan terbaru yang mengamuk dekat LRT. Allah. Seakan begitu 'murah' nyawa manusia kan. Sesuka hati diorang nak tarik nyawa orang lain. 

Yang kes ngamuk nih. Usianya baru 26 tahun. Muda lagi dik. (Adik la kan muda setahun dari saya. Wakaka.) Kalau betullah ajaran sesat; apa yang ajaran sesat tu bagitau kat adik agak nya. Bunuh orang? Huuu. Kalau stress, lagi elok bawak van pergi langgar masjid then masuk masjid solat. Allah. Entahlah. Benda-benda macam ni kadang-kadang rasa macam tak masuk akal. But it happens. 

Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.
Berita Harian Online difahamkan, suspek adalah seorang penuntut ajaran sesat dan ketika ditangkap mulutnya membaca sesuatu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, mengesahkan suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan mangsa maut di lokasi kejadian.
"Suspek kemudian larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta Toyota Prius yang dipandu remaja lelaki.
"Suspek kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.
Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.

Dalam news kata juga dipercayai mengalami tekanan jiwa. Errm. Kebiasaan kalau melibatkan tekanan jiwa ni kena hukuman tak? Takut juga bila memikirkan lokasinya dekat LRT. Huuu.

credit to norhayati berahim

satunotahati: semoga kita sentiasa mendapat perlindunganNya InsyaAllah. 

XOXO,
Mak Arissa. 

3 comments

S.n.Fariza said...

Sedih kan..
Itu cara dia meninggal..
Cara kita pun xtau lagi..
Mudahan jika meninggal biarlah dlm keadaan baik.. insyaAllah..

SweetLikeWhat said...

ajal tak kire masa..kite taktau lagi macam mane..bile dkenangkan insaf sangat..

Fifi Nadhrah said...

fifi pon nak hudud.. mgkn ini petanda..

Blog design by Rainy Day