Pages

Oct 21, 2013

150 juta

Assalammualaikum. Hai. 

Seratus Lima Puluh Juta

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta apa kau pura-pura suka
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas jujur apa adanya
Aku lagi kenal dia
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua


Kekdahnya baru aje nak dengar betul-betul lagu ni camner. Terus fefiling. Haha. Fefiling sampai sebak-sebak tau. Sebab cam terkena kat batang hidung sendiri. Masa baca entri Mama Fayel tentang lagu ni hari tu nyibuk sebak baca apa Mimi tulis. Bila diri sendiri menghayati terkena batang hidung sendiri. Haha. Berpuluh kali dengar. Siap letak dalam belog lagi ha. Maaf yer korang wat semak telinga korang sekarang. Hahaha. Adeh!

Staffs saya dah tahu saya macam mana. Sebab kadang-kadang encik suami kol masa diorang ada dalam bilik saya. Siap kerut-kerut dahi confuse saya tengah cakap dengan siapa. Hahaha. Outstation minggu lepas memang cakap kat staff sebilik supaya jangan pelik kalau saya cakap dengan suami kasar. Hihi. Ye. Memang kasar. Macam kawan. Macam member. Macam teman gaduh. Ha gittew. Tapi idak ler sampai guna perkataan kau dan aku. Itu kurang ajo namanya kalau cakap dengan laki guna aku kau kan. Haha.

Dia kasar. Daku pun kasar. Eh yeke? Haha. Bak kata mak bapak daku, 'yatie ni nampak je lembut tapi hati dia kental keras macam batu'. Ha gitteww. So jangan terpedaya dengan apa yang korang nampak sekali dua. Jangan simply cakap aku lemah lembut. Ramai yang cakap saya gitu. Realitinya bila seseorang itu kenal saya lama sikit dan dah rapat sikit; dia akan tahu macam mana kasarnya saya. Tapi kalau saya kasar menegur, maknanya orang itu adalah orang yang saya sayang. Tapi kalau saya buat dek je tak tegur apa, memang orang itu doesn't mean anything. Peranan seorang kawan ni kan kena tegur bila kita ada nampak yang tak kena. Mungkin sebab saya kasar, orang tak suka. (Apa hal lah suka melalut nih? )

Aku lagi kenal dia.
Saya kenal sayang saya.

Tak kisah pun kalau orang cakap itu ini tentang suami saya. Saya lagi kenal dia. Segala kekurangan dia saya yang lengkapkan. Sama juga dengan kekurangan saya, dia jugak yang akan lengkapkan. 

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Suka sangat rangkap ini. It means lot to us. Bahagia itu kita aje yang rasa. Tak boleh nak diungkap dengan kata-kata pun. Sebab tafsirannya bagi seseorang itu berbeza. 

Apa pun. Jangan pernah sesekali nak bandingkan pasangan kita dengan orang lain. Terimalah pasangan kita seadanya. Cuma sentiasalah juga perbaiki diri dan perbaharui hubungan. Gunakan masa bersama sebaiknya terutamanya hujung minggu. Sebab itulah masa bersantai bersama tengok tv sambil pegang tangan lepas tu anak sibuk nak join jugak. Hahaha.

Sebenarnya kan. Rasa melalut nih. Hahahahaha. Tak tau nak kata apa yang sebetulnya sebab lagu tu dah cukup represent us. Dah dasar mulut suka pot pet pot pet, jari pun join sekali. Haahaha. Oh ye. Ini scheduled entry. Sekarang dalam train nak balik jumpa suami dan anak. Ngeee. Ahad nih kena gerak awal ke LCCT. Outstation ke Miri pulak oi. Huuu. Harap-harap tak banyak masa terluang. Daku dah bawa buku banyak dah ni nak buat baca nanti. Hihihi.

satunotahati: abis la gemuk...huuuu..
outstation aka makan tion.. haha..

XOXO,
Mak Arissa. 

7 comments

Cik Puan Rara said...

lirik dye mmg sempoi kan! best je.

Chekgu Azrine said...

akk suka sgt ayat jgn bndingkan psgn kita dgn org lain..so true!!

neway tq sharing ths entry

Hana Soffelia said...

1st time dengar lagu ni versi fyn jamal nyanyi terus menusuk kalbu. Betul tu, tak payah cerita bahagia kita rasa, walaupun org tgk laki kita tak romantik mcm org lain, cakap ksar depan org tp kita tetap stick with him. Sebabnya, manja dia hanya kita yg rasa. tak perlu ditunjuk depan orang. Gituuuuu

hahaha

Azwanie Hisham said...

suka sangat lagu ni versi fynn jamal.. hihi
salam perkenalan..

Mimy Hamid said...

heheheh lagu ku la..ehhhhhh nama aku di sebut

Nurul Aziz said...

tahu lagu ni masa tahun 2009 ke 2010 camtu.. terus suka.. terus tuju lagu kat incik suami. hahaha.. eh eh tapi kan, kadang tu sy dgn suami memang cakap aku-kau je... muahaha..

MimahAjil said...

mungkin bila dh kawen ppuan mmg camtu kot...same la kite.tp saye dr blum kawen mcm dalam lirik ni..wahaha~~

Blog design by Rainy Day