October 29, 2013

Dua Ratus

Assalammualaikum. Hai.


Blog tahap melukut di tepi gantang.
Tengok followers tetiba 200.
Hati terus bunga-bunga.
Kembang setaman.
Hahaha.

Follower yang ke dua ratus.

Terima kasih awak.
Kita doakan semoga awak dan suami sentiasa kuat dan tabah.
Kita doakan semoga awak dan suami akan dapat bersama dengan Qayyum nanti.
Janji Allah itu pasti.

satunotahati:
saya juga tidak bersama anak hari-hari.
tapi Allah bagi saya jumpa anak setiap hujung minggu.
ujian buat Mama Qayyum lagi besar dari Mak Arissa. 

XOXO,
Mak Arissa. 

October 28, 2013

Rambling #3

Assalammualaikum. Hai.

Saya selalu buka blog yang iklankan kerja kosong. Kalau yang rasa bersesuaian dengan diri sendiri, saya mohon. Kalau tidak, saya laporkan kepada orang-orang yang saya rasa nak laporkan. Hihi. (Informer tak bergaji.) Tapi, bukan hal nak memohon yang saya nak bebelkan nih. Saya pelik dengan situasi yang sebegini;

**********************************************

Tajuk : Jawatan Kosong di Jabatan Highway
Jawatan: Pegawai
Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda
Gaji: Sekian Sekian

Maklumat lanjut dan untuk permohonan sila klik sini: ww.contohje.com

dan bila scroll dekat bawah


Hantar Ulasan:

Saya merupakan seorang graduan dari Universiti Sekian Sekian dengan Ijazah Sarjana Muda sekian sekian CGPA sekian sekian. Saya sangat berminat dengan tawaran yang diberikan dan akan bekerja bersungguh-sungguh bla bla bla. Bla ............ Bla............. Bla................. RESUME pendek......................

***************************************************

Kalau tawaran kerja untuk budak SPM, okay fine saya boleh terima. Budak baru habis sekolah kan. Tapi saya rasa macam nak terkeluar biji mata bila yang komen tersebut ada Ijazah. Whatt???? Stress tengok. Kalau adik beradik saya yang buat begitu ada yang nak kena sekeh kat dahi sekali. Adui! Kadang-kadang saya rasa macam tak boleh masuk akal. Ada juga manusia macam ni. Adeh!!!

Saya faham yang semua orang sekarang struggle untuk meneruskan kelangsungan hidup. Tapi tolonglah. Jangan jadikan diri kita macam orang yang 'kurang bijak' dan 'kena gelak'. Please la jadi seorang yang berpijak di bumi nyata. Komen dekat belog orang buat ala-ala rumusan resume pendek itu tidak langsung menunjukkan anda seorang yang bijak. Tujuan pemilik blog supaya kita mudah tak payah nak pergi cari satu satu website untuk tengok ada kerja kosong ker tidak. Diorang bukan agen untuk maklumkan kepada setiap pemilik iklan jawatan kosong tersebut. Huuuu.

Apa pun. All the best to all job seekers. Janji Allah itu pasti. Jangan pernah berhenti berusaha.

XOXO,
Mak Arissa.

Do You Still Love Me?

Assalammualaikum. Hai.


speechless :'(

satunotahati: Mari kita sama-sama mendoakan semoga manusia yang bertindak tanpa perikemanusiaan itu segera diberkas dan mendapat balasan yang setimpal. 

XOXO,
Mak Arissa.

BBM for Android

Assalammualaikum. Hai.

Mak Arissa pantang ada apps baru. Sibuk nak install nak cuba nak tengok rupa. Kebiasaan yang jadi mangsa Ayah Arissa. Tapi handphone Ayah Arissa yang canggih ittew tidak layak untuk install app bernama BBM ini. Haha. Makanya, BFF nun yang jauh di Sarawak lah teman ber'jakun'. HewHewHew.

Oh ye. Kot la ada yang tak tahu. BBM sekarang dah ada untuk Android. Kengkawan yang sebelum ni pakai BB semua happy sebab dah boleh berhubung semula dengan kawan-kawan BB yang lain. Jejak kasih. Heeee. Masing-masing dok share bar code dan pin no. Tak pernah guna BB so cuba try dan selam perasaan guna BB. Haha.

Saya ada Whatsapp, Line dan Wechat. Saya lebih selesa guna Whatsapp. Line dan Wechat biasanya kalau saja nak seronok-seronok dengan emoticon yang comel. Nak buang Wechat tapi ada group Geng Opah Tijah. Hihi. Opah Tijah tu opah Ayah Arissa. Daku cucu menantu nih kebiasaannya nengok la aje apa yang deme sembang. Sobs.

Errrr. Entri ini semata-mata nak bagitau BBM ada untuk android. Hahaha. Bukan nak bagi tunjuk ajar step by step register ke hape. Hee. Dan..ehem!


silalah add kita kalau sudi
hahahaha

satunotahati:
hukum akikah bagi anak yatim makan ke?

XOXO,
Mak Arissa. 

October 25, 2013

Makan Sedap di Miri

Assalammualaikum. Hai.

Hari tu makan sedap kat Kuching kan. So kali ni makan sedap kat Miri pulak. Tapi, satu je sebenarnya yang betul-betul sedap. HewHewHew. Eh! Ini bukan mengeji. Ini jujur dari jiwa yang suci murni. Haha. Umi, tak berkesempatan nak ke Selera Segar ke apatah namanya tu. Nampak aje dari kejauhan. Hihi.

Ok. Makanan yang paling sedap nak lagi nak lagi aka belalak ialah nasi lelapan. Dan nasi lelapan yang betul-betul sedap hanya dekat Restoran Muara. Umi tau ler kat mana tu. Heee. (jalan kaki uols dari hotel nak ke sana malam kelmarin. naik teksi lokasi walk distance dia caj dua belas ringgit. grrrr.)

nasi lelapan ikan tongkol

Inilah dia nasi lelapan. Tahu kenapa lelapan? Sebab ada lapan lauk tu ha. Sila kira. Hahaha. Saya pilih lelapan ikan tongkol. Ada beberapa pilihan, ikan bawal, ayam, empal, kembung, keli dan tenggiri. Ala.. ala-ala ayam penyet jugak. Rahsia kesedapan lelapan dia ni ialah sambal nya. Phewww! Sedap weh. Menangis makan. Makan hari-hari pun saya tak jemu. Ayam penyet kat Pandan Cahaya pun tiap-tiap petang daku makan. Hihi.

Makanan lain so so aje. Kitorang banyak makan nasi campur. Nasi campur sama juga macam dekat sana. Heee. Apa lagi yang saya makan?

mi kolok sapi

asam pedas ikan bawal claypot

satunotahati: nasib baik Umie takder kat Miri sekarang.
kalau tak daku suh umi masak.
hahahahaha.

XOXO,
Mak Arissa. 

Temuduga: Pentingnya Komunikasi

Assalammualaikum. Hai.

Kawan saya share artikel ni di Facebook. Saya 100% setuju. HewHewHew. Pengalaman beberapa kali interview. Ada yang berjaya. Ada yang tidak. Beberapa yang tidak itu dah tentu interview dengan government dan dua kali dengan Maybank. Sobs! Tak ada rezeki nak kerja dengan Maybank. Haha. 

Interview dengan Maybank as CSR on 2010. Interview ini bagi pengajaran kepada saya on communication skills. Kita mesti jadi diri sendiri tapi tak boleh terlalu sempoi. Ha gitteww. Bila terlalu sempoi, interviewer anggap kita tak begitu serius. This is serious dan Alhamdulillah tak dapat sebab saya mmemang tidak begitu berminat dengan kerja yang direct bekerja dengan orang ramai. (statement cover diri? haha.) Tak. Ini benar.

Eh. Macam lah orang nak baca hal kegagalan ko kan Mak Arissa?  Semoga artikel ini berguna untuk semua.



XOXO,
Mak Arissa. 

Brunei Laksana Hukum Hudud

Assalammualaikum. Hai.


Mesti semua dah tahu kan yang Brunei dah secara rasminya melaksanakan hukum hudud. Tahniah saya ucapkan. 

credit: ben ashaari

XOXO,
Mak Arissa. 

Kurangkan Berat Badan - MESTI!

Assalammualaikum. Hai.

Semalam lepas dinner makan nasi goreng ikan masin dan minum milo tabur, saya rasa perut ketat macam ada baby tengah menegang dalam perut. Bila tunduk tengok perut; dah rupa macam mengandungkan Arissa masa 7 bulan. Penangan perut kecik masa mengandung, sekarang daku buncit dah serupa orang mengandung. Ngeri tau tak? 

Dalam lift cakap dengan colleague. Dia kata perut dia pun sama. Saya cakap perut saya lagi nampak. Tunjuk dekat dia realiti perut tanpa nak tahan nafas bagai. Terus dia cakap 'eh aah la macam ngandung bentuknya. elok je bulat dari atas.' Memang tahu. Tapi bila dengar dari mulut dia buat pengakuan gitu, terguris rasa hati. KahKahKah. 

Tempoh hari balik kampung jumpa BFFs. Masing-masing tegur pipi dah bulat, pipi dah penuh. Walhal masa raya diorang cakap saya kurus badan ala-ala model. Uwwweeekkk! Haha. Eh siyes. Betul. Tapi tu raya hari tu. Raya Aidilfitri ye. Bukan Aidiladha. 2 bulan lalu. Sobs! Dan hakikat yang perlu diterima, sejak timbangan 2 bulan lalu sekarang saya naik 6 kg. 

Ngeri weh! Berat sekarang lebih kurang berat masa ngandung Arissa 8 bulan. Haa. Kalau sekarang tengah ngandung adik baby takper jugak. Huuuu. Kelakarnya colleague saya siap cakap 'entah-entah memang ngandung.' Hari tu masa loya-loya pun dia ingat gitu. Hahaha. Idok lerr. =P

So kesimpulannya sekarang nih memang kena diet. Uwwweeekkk nak muntah sekali lagi sebut perkataan diet. Tak pernah oi dalam hidup nih nak diet bagai nih. Kebiasaannya melantak aje dengan senang hati. Haaa. Amekkaw Mak Arissa oi. Sekarang kau dah gelabah aw aw. 

satunotahati: camner nak diet ah? 
tak reti. sobs.

XOXO,
Mak Arissa. 

Amuk: 2 Cedera 2 Maut

Assalammualaikum. Hai.

Sekarang nih banyak kes bunuh-bunuh. Takut weh. Lagi takut bila kes bunuh tetiba. Contoh macam yang pegawai bank semalam dan terbaru yang mengamuk dekat LRT. Allah. Seakan begitu 'murah' nyawa manusia kan. Sesuka hati diorang nak tarik nyawa orang lain. 

Yang kes ngamuk nih. Usianya baru 26 tahun. Muda lagi dik. (Adik la kan muda setahun dari saya. Wakaka.) Kalau betullah ajaran sesat; apa yang ajaran sesat tu bagitau kat adik agak nya. Bunuh orang? Huuu. Kalau stress, lagi elok bawak van pergi langgar masjid then masuk masjid solat. Allah. Entahlah. Benda-benda macam ni kadang-kadang rasa macam tak masuk akal. But it happens. 

Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.
Berita Harian Online difahamkan, suspek adalah seorang penuntut ajaran sesat dan ketika ditangkap mulutnya membaca sesuatu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, mengesahkan suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan mangsa maut di lokasi kejadian.
"Suspek kemudian larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta Toyota Prius yang dipandu remaja lelaki.
"Suspek kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.
Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.

Dalam news kata juga dipercayai mengalami tekanan jiwa. Errm. Kebiasaan kalau melibatkan tekanan jiwa ni kena hukuman tak? Takut juga bila memikirkan lokasinya dekat LRT. Huuu.

credit to norhayati berahim

satunotahati: semoga kita sentiasa mendapat perlindunganNya InsyaAllah. 

XOXO,
Mak Arissa. 

October 24, 2013

Spontaneous Thursday: Si Tukang Kiwi

Assalammualaikum. Hai. 


Dia bukan si tukang kiwi.
Dia suami ku.
Yang tolong mengiwi.
Sebab isterinya.
Tiada kepakaran mengiwi.
Heeeee.

Ini bukan kes buli laki.
Ini namanya toleransi laki bini.
Give & Take.
Tak gitu?

Balik dari beli barang Sabtu lepas.
Ayah Arissa terus tolong kiwi.
Sebab esoknya Mak Arissa nak fly ke Miri.
Kasut Mak Arissa dah nampak super lusuh.
Dari bulan 7, bulan 10 baru nak kiwi.
Ngeeeeeee.

Terima kasih Ayah Arissa. 
Heeeee.

Menjawab kepada tajuk entri MommyCha;
Seromantik bagaimana suami kamu.

Saya jawab,
Sebegini; tolong kiwi kasut isteri.
Alhamdulillah. 
Hihihi.
(kopipes sat g nak komen mommycha)

satunotahati:
sebelum Zohor tadi colleague ajak pergi handicraft.
tapi lepas saya solat je dia dah tidur sedap.
errrrr.
line pun kejap elok kejap tak.
lagi errr.

XOXO,
Mak Arissa.



Hotel Four Points by Sheraton, Kuching

Assalammualaikum. Hai.

Jom jalan-jalan dalam bilik hotel.
Ini kisah masa kat Sarawak dua minggu lepas.
Encik Suami balik Sarawak hari Jumaat untuk sama-sama sambut raya haji.
Encik Suami ajak bermalam berdua di Kuching sebelum balik kampung.
Kiranya ber hanimun atau ber dating atau ber dua dua an.
Wahh gitteww.
Heee.

Pada mulanya nak sambung duduk Pullman Hotel.
Tapi penuh sebab orang Petronas buat Majlis Sekalung Budi.
Kalau ikut saya nak duduk hotel bajet je.
Tapi balik dari airport hantar kawan.
Encik Suami terus singgah ke Hotel FourPoints.
Ngeri oi Mak Arissa tengok bangunannya gah aje.
Mampu ker idak?
Hahaha.

Check tanya;
RM215 net bagi orang gomen,
termasuk makan pagi dua orang.
Ingatkan mahal beno.
Huuuuuu.
So check in dapat tingkat 11.
@_@

naik lift hujung sebelah kiri.
bilik paling hujung sebelah kanan.
kalau jalan sorang-sorang boleh bayang paranormal activity.
HewHewHew. 




Bilik mandi nyer mak oi.
Lebih kurang macam Pullman.
Beso bebeno.
Nak berangan gini rumah sendiri nan hado.
Agaknya bilik mandi rumah sendiri saiz lebih kurang beso tab tu.
Hahahahaha. 





Bilik of course luas.
Suka jugak nak berangan.
Alangkah best nya kalau bilik ku seluas ini.
Hihihi. 
Berangan aje la mampu.
Ruang tamu rumah daku sebesar bilik ini kot.
Alhamdulillah. 
Ada jugak rumah sendiri.
Kan?

So malam tu fefiling lah kami laki bini.
Sekejap-sekejap ingat anak.
Huhuhu.
Tapi bak kata kawan-kawan.
Sometime kena ada masa berdua aje dengan suami.
So sejarah kami.
Di usia Arissa setahun lapan bulan.
Kami ber dating ber dua.
Heeee. 

Eh.
Nak cerita pasal hotel sebenarnya.
Huhuhuhu.
Hotel nih kalau dari airport Kuching sangat dekat.
Recommended dari segi room dia.
Ngetops.
Tapi makan pagi as compared with Pullman.
Pullman is much better.
Lokasi dengan pekan agak jauh.
Pullman sangat-sangat tengah pekan.
Tapi kalau korang plan nak ke Serikin.
Boleh duduk Four Points sebab tak jauh dari Batu 7.
Dekat nak masuk kawasan Bau.
Ha gitttewww.

Ok la eh.
Mungkin hotel ni boleh jadi pilihan kalau pergi Sarawak nanti.
Heeeee.

satunotahati: 
menyesal tak ambil gambar bilik Pullman.
boleh buat comparison dengan jelas dan nyata.
hahaha.

XOXO, 
Mak Arissa. 

Doa Ketika Difitnah

Assalammualaikum. Hai. 

Nak kongsi dengan semua doa ini.
Doa dari buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman.
Muhd Kamil Ibrahim.

○tidak pernah terfikir fitnah-memfitnah, tikam belakang, iri hati, cemburu dan hasad dengki memberi kesan kepada kekuatan dan ketenangan diri○

Kecewa bila difitnah.
Perasaan itu bercampur baur.
Tak terungkap dek kata.
Diseru untuk sabar.
Kemudian sabar dalam bersabar.

Sukar.
Tapi hanya pada Dia kita berserah.
Dia yang akan menunjukkan kebenaran.
Dia yang mengetahui segala sesuatu.
Dia yang mengatur jalan hidup manusia.

satunotahati:
pasti akan ada sedikit luka bila ada yng percaya. :')

XOXO,
Mak Arissa. 

October 23, 2013

Wordless Wednesday: Keluarga Sakinah

Assalammualaikum. Hai.

◆terima kasih encik suami◆

Semoga rumahtangga kita sentiasa beroleh Sakinah.

InsyaAllah. 

XOXO,
Mak Arissa. 

Wordless Wednesday; Nyawa Ku

Assalammualaikum. Hai. 

Sabtu. Lepas makan, lepas Arissa main; kami photoshoot dekat Sticker Photobooth. Haha. Dekat photobooth aje. Kalau dengan OP, nan hado daku nak beraksi gittew. Iols kan pemalu miau miau. Haha. Terima kasih wahai Arissa sebab sangat cooperative. Puas hati mak ayah mu masuk kan 13 token dalam kotak tuh. Hahaha. 

* eh, wordless kan *

tanpa kamu berdua
diri ku seakan tidak sempurna
kamu yang menjadikan aku isteri
kamu yang menjadi aku emak
terima kasih
YA ALLAH


tangis tawa
racun penawar
aku bahagia
terima kasih
YA ALLAH

YA ALLAH
kekalkan kebahagiaan
dan
 keharmonian rumahtangga kami
permudahkan urusan kami
aamiin ya rabb

p/s: buku yang saya bawa betul Nana salah satunya, Now I Am A Mother tapi ada bawa 3 buku lain jugak. Haha. Travelog Haji, Reclaim You Heart dan Tuhan Sedang Menguji Kita.
p/s: mama fayel, InsyaAllah nanti semua gathering kite akan join. Heee. Doakan ye semoga semuanya dipermudahkan. 
p/s: mama kina, betul lah tu Ipoh Parade depan sekolah cina tu. Hee.

XOXO, 
Mak Arissa. 

CPUV???!

Assalammualaikum. Hai.


Setelah sekian lama beralih ke url http://notadyatie.blogspot.com, Oktober 2013 daku dapat CPUV buat kali pertama. Dok la mengomen bila si mommy gojez Rara dan si dara hot Ayu 'tak pernah dapat cpuv'. Tup Tup semalam saja bukak bahagian earning, daku tengok eh ada 2 cpuv. Terkejut weh. Hahaha.

Terima kasih wahai Encik Nuffnang bagi peluang kat Mak Arissa. Tempoh hari offer buat iklan ESCAPE Celcom. Terharu Mak Arissa nih ha. 

(Hahaha. Poyo lah kau. Bajet macam dapat awards the best blogger dari Nuffnang. KahKahKah.) 

Ye, tak banyak. Tak meriah. 2 aje pun tapi at least boleh membantu menambah tabung dana Nur Arissa Batriesya. Memang dah niat dah, kalau nanti first cash out dari Nuffnang nak masukkan terus dekat TH Arissa. Second, third, fourth nanti kena bahagi dua; Arissa dan adik/adik-adik.

(Hahaha. Bajet macam nuff nak bagi kau lagi la? Dan eh? Kau dah conceive second baby ke?)

Haaa.. Ai tau apa yu sedang fikir. Sebijik yang dalam kurungan tu kan? Hihi.

Ok then.
Terima kasih nuff.
Terima kasih Digi.
Terima kasih Levi's.
Heeee.

XOXO, 
 Mak Arissa. 

October 22, 2013

AEON Fantasy Playground, Ipoh Parade, Ipoh

Assalammualaikum. Hai.

Hihi. Sambung lagi part Ipoh Parade nih. Mana tahu dengan entri nih Rara & Anez nak singgah Ipoh Parade bawa Princess & Hannah bila balik Ipoh. Kata nya dah lama tak pergi kan.. HewHewHew. Mak Arissa pun sekali sekala aje pergi sini. Pergi kebiasaannya nak ke Novel Hut cari buku second hand. Ngeeeee.

Lepas makan, kami singgah sekejap dekat indoor playground. Compare to yang ada dekat Aeon Stat 18, of course yang dekat Ipoh Parade nih suku gitu je kot ruang nya. Tapi ok jugak la sebab budak pun tak berapa ramai. Dan sistem nya jugak berbeza. Mungkin sebab diorang pun tahu budak-budak tak kan bertahan lama main. Haha. 20 minit awal, RM5. (Ok siyes. Urat ingatan banyak putus kot. Dah ingat-ingat lupa. Sobs!)

Ha..kome layan lah gambo dak ucuk saya ni. Heee.

suka panjat pintu kereta
bukan buka pintu
sampai jatuh dihempap kereta
hebat tak hebat
?

kemain menunggang si kuda pink
walhal di aeon stat 18 dia takut
takder kuda pink ye nak
?

fav wooden toy
?

nak main wooden xylophone
tapi tak ada kayu untuk ketuk
sentuh aje

new fav wooden toy
mak pun berkenan oiii
ada siapa-siapa yang jual macam ni
?

lautan bebola warna warni
tapi takut nak ke tengah
ni panjat nak ambil bola
tak suka sepah kata nya
haha

keluar masuk kerja nya
tapi tetap tak nak ke tengah

lokasi saya ambil gambar ada slide
bila disuruh pergi dekat saya
dia panjat nak keluar
bukan nak redah lautan bola
heh!

Bagi dia main 20 minit je. Hehe. Kelakarnya, Arissa takut dekat si Kuda Belang. Kemain dia menjerit sambil berlari-lari dalam playground tuh. Haha. Apa lagi saya lagi kuat ngusik. Hohoho. Dia lari ke kanan, daku tunggu siap-siap kat sebelah kiri. KuiKuiKui. Menjerit-jerit sampai sakit perut daku gelak. Haha. Tak teringat langsung nak suruh ayah nya ambil video. HewHewHew.

Lepas tu, kami main la yang permainan machine tu. Of course ayah Arissa dengan Racing Car nya. Arissa main bola jaring. Hahaha. Tapi tak ada satu pun masuk. Dia angkat bola, tolak je bola masuk dalam. Bukan campak ye. So memang nan hado la dia nak target masuk jaring. Hahaha. Mak nyer je. Ngeeeee.

Eh ok lah korang especially orang Ipoh. Boleh la kalau nak tukar angin kan. Heeee. Sekali sekala. =P

satnotahati: tadi bervideo call dengan anak.
dia dah besar dah boleh response dengan baik bila voice call dan apatah lagi video call.

XOXO,
Mak Arissa. 

Ganjaran Diri

Assalammualaikum. Hai.

Setiap bulan setelah penat ting tong cari rezeki, saya akan bagi ganjaran terhadap diri saya sendiri. Sebulan sekali lepas dapat gaji, tentunya. Hehe. Ganjaran untuk diri sendiri ni maksudnya memang beli untuk kegunaan diri. Bukan kongsi-kongsi. Ha gitteww.

Cara masing-masing dah tentu berbeza. Ada yang ke saloon. Ada yang beli pakaian. Ada yang manicure pedicure. Ada yang bercuti. Ada yang makan besar. Ha.. Macam-macam cara. 

Macam saya pulak, saya reward diri saya dengan beli buku. Ye, buku. Tak kira buku tu nipis ke tebal ke asalkan berkenan. Pernah jugak kena gelak dek Hani yang kat UK tu tentang tabiat saya nih. Haha. Ye Hani, memang agak ganjil tapi benda ni possible. Awak jumpa kita yang agak ganjil nih ha. Hahaha.

half of my unread collection

Jumaat lepas, saya bawa buku-buku saya balik. Buku yang belum baca. Sebab saya ada satu tabiat; kalau tak bawa rasa rugi takut rasa nak baca, kalau bawa entah baca entah tidak. Haaaaa. Sebab itu juga saya confuse nak bawa buku apa untuk ke Miri. Aptb!~ Nak pilih buku untuk dibaca pun susah. Huuuu. Buku-buku ni semua saya ada baca macam 2 3 muka surat gitu. Bila dah terlebih buku saya rasa macam semua saya nak baca pada satu masa. *my bad*

Korang agak-agak buku yang mana satu Mak Arissa bawa? Ini bukan contest ye. Ini saja tanya-tanya main teka-teka. Sebab contest hari tu pun tak sempat lagi nak buat cabutan. Jumaat lepas saya ingatkan nak print out the 62 numbers tapi tak cukup masa nak settlekan semua benda sebelum outstation minggu nih. Haru biru rasanya. Dan I hate outstation. Penat!

satunotahati: selalu cuba mengelak nak singgah kedai buku.
sebab kalau singgah tak sah tak amik satu.

XOXO,
Mak Arissa. 

October 21, 2013

Food Court Ipoh Parade, Ipoh

Assalammualaikum. Hai.

Entri ini eksklusif untuk orang Perak or orang yang dok Perak. Heee. Minggu lepas tengok Mama Iskandar nyer entri makan-makan kat sini. Sebagai seorang yang suka dan kuat makan, sudah tentu saya teruja tak sabar nak pergi makan. Haha. 

Oh ye, sebenarnya Ipoh Parade dalam renovation. Entah sejak bulan berapa tah hari tu. Huge renovation dekat 4th floor if not mistaken. And good news untuk orang Ipoh, Parkson akan mula beroperasi 23 Oktober ni. Ke 24 eh? Lebih kurang ar tu. Ngeeeee. Minggu depan boleh lah pergi lagik window sopping sambil bawa anak main (nanti iols share ye). Heee.

Food court Ipoh Parade kali ini sangat menarik dan ada variety of foods. Ada 2 parts, halal & non halal. Kedai minuman tengah-tengah. Haa gittewww.

Ok meh layan sikit gambar.




view food court

chicken porridge Arissa

papaya juice Mak Arissa

nasi ayam percik Mak Arissa
Ayah Arissa makan apa? Heee. Ayah Arissa makan nasi ayam tapi nasi dia terlupa nak amik gambar. Eh. Wajah nasi pun mempengaruhi jugak sebenarnya nak ambil gambar atau tidak. Hahaha. Arissa tu idak ler abis makan dan tak bagi dia kuah tu sangat sebab berminyak.

Lepas makan, kitorang balik la. Semata-mata ke pekan untuk makan kat situ. Heee. Demi makan daku sanggup. Wahaha. (Sebab tu la dah gemuk sekarang. Sobs!)

satunotahati: saya rindu cinta-cinta hati saya. Sobs!!!

XOXO,
Mak Arissa. 

150 juta

Assalammualaikum. Hai. 

Seratus Lima Puluh Juta

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta apa kau pura-pura suka
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas jujur apa adanya
Aku lagi kenal dia
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua


Kekdahnya baru aje nak dengar betul-betul lagu ni camner. Terus fefiling. Haha. Fefiling sampai sebak-sebak tau. Sebab cam terkena kat batang hidung sendiri. Masa baca entri Mama Fayel tentang lagu ni hari tu nyibuk sebak baca apa Mimi tulis. Bila diri sendiri menghayati terkena batang hidung sendiri. Haha. Berpuluh kali dengar. Siap letak dalam belog lagi ha. Maaf yer korang wat semak telinga korang sekarang. Hahaha. Adeh!

Staffs saya dah tahu saya macam mana. Sebab kadang-kadang encik suami kol masa diorang ada dalam bilik saya. Siap kerut-kerut dahi confuse saya tengah cakap dengan siapa. Hahaha. Outstation minggu lepas memang cakap kat staff sebilik supaya jangan pelik kalau saya cakap dengan suami kasar. Hihi. Ye. Memang kasar. Macam kawan. Macam member. Macam teman gaduh. Ha gittew. Tapi idak ler sampai guna perkataan kau dan aku. Itu kurang ajo namanya kalau cakap dengan laki guna aku kau kan. Haha.

Dia kasar. Daku pun kasar. Eh yeke? Haha. Bak kata mak bapak daku, 'yatie ni nampak je lembut tapi hati dia kental keras macam batu'. Ha gitteww. So jangan terpedaya dengan apa yang korang nampak sekali dua. Jangan simply cakap aku lemah lembut. Ramai yang cakap saya gitu. Realitinya bila seseorang itu kenal saya lama sikit dan dah rapat sikit; dia akan tahu macam mana kasarnya saya. Tapi kalau saya kasar menegur, maknanya orang itu adalah orang yang saya sayang. Tapi kalau saya buat dek je tak tegur apa, memang orang itu doesn't mean anything. Peranan seorang kawan ni kan kena tegur bila kita ada nampak yang tak kena. Mungkin sebab saya kasar, orang tak suka. (Apa hal lah suka melalut nih? )

Aku lagi kenal dia.
Saya kenal sayang saya.

Tak kisah pun kalau orang cakap itu ini tentang suami saya. Saya lagi kenal dia. Segala kekurangan dia saya yang lengkapkan. Sama juga dengan kekurangan saya, dia jugak yang akan lengkapkan. 

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Suka sangat rangkap ini. It means lot to us. Bahagia itu kita aje yang rasa. Tak boleh nak diungkap dengan kata-kata pun. Sebab tafsirannya bagi seseorang itu berbeza. 

Apa pun. Jangan pernah sesekali nak bandingkan pasangan kita dengan orang lain. Terimalah pasangan kita seadanya. Cuma sentiasalah juga perbaiki diri dan perbaharui hubungan. Gunakan masa bersama sebaiknya terutamanya hujung minggu. Sebab itulah masa bersantai bersama tengok tv sambil pegang tangan lepas tu anak sibuk nak join jugak. Hahaha.

Sebenarnya kan. Rasa melalut nih. Hahahahaha. Tak tau nak kata apa yang sebetulnya sebab lagu tu dah cukup represent us. Dah dasar mulut suka pot pet pot pet, jari pun join sekali. Haahaha. Oh ye. Ini scheduled entry. Sekarang dalam train nak balik jumpa suami dan anak. Ngeee. Ahad nih kena gerak awal ke LCCT. Outstation ke Miri pulak oi. Huuu. Harap-harap tak banyak masa terluang. Daku dah bawa buku banyak dah ni nak buat baca nanti. Hihihi.

satunotahati: abis la gemuk...huuuu..
outstation aka makan tion.. haha..

XOXO,
Mak Arissa. 

October 18, 2013

Mak Redha Wahai Anak..

Assalammualaikum. Hai.

Al kisahnya dalam dua minggu sudah.
Arissa tak sihat.
Bangun malam menangis kemain.
Tunjuk sana tunjuk sini.
Lebih susah hati.
Masa Maghrib dia nangis dengan kuat.
Tak nak dekat semua orang.
Tunjuk sana tunjuk sini.
Dah letih nangis dia tidur.

Kalau korang apa korang fikir?
Mesti fikir yang bukan-bukan kan?

Hujung minggu saya balik.
Arissa masih juga begitu.
Bangun tengah malam.
Nangis macam kena pukul.
Tunjuk sana tunjuk sini.
Bincang.
Nak bawa jumpa ustaz.
Darus Syifa.

Ahadnya.
Berdua sahaja dengan Arissa.
Saya pelik.
Takkan siang-siang pun nampak.
Huuuuuuuu.
Dia terjaga je tunjuk sana sini.
Nangis.
Hari itu dia tidur sepanjang hari.
Jaga hanya untuk makan dan menyusu.
Bila jaga jugak menangis.
Tunjuk sana sini.
HehhH!
(serius menguji kesabaran jugak sebenarnya. huu.)

Kali ketiga dia terjaga.
Saya pegang tangan dia.
Saya cakap meh bawa mak.
Arissa nak apa.
Dia cakap balik.
'ukong..ukong..'
Haha.
Akur.
Dukung.
Dia tunjuk atas rak pinggan mangkuk.
Saya bawa.
Dia tengok tak ada apa.
Dia tunjuk atas peti sejuk.
Saya bawa.
Dia tengok tak ada apa.
Dia tunjuk dekat rak pinggan basah.
Dia tengok tak ada apa.
Diam.

Saya terfikir.
Mungkinkah candu??
Saya bawa dia masuk bilik.
Saya buka laci.
Saya ambil candu dia.
Saya tunjuk dekat dia.
'nak?'

DIA SENYUM.
DIA SENGIH.

Saya cuci.
Saya bagi.
Dia hisap.
Dengan muka bahagia.
Dia tidur.

WAHHHHHH!~

Penangan rindu candu.

SMS Ayah Arissa.
Cerita.
Ayah Arissa cakap.
So tak payah jumpa ustaz?
Saya cakap KIV.
Dan malam itu.
Dia tidur dengan nyenyak sekali.

WAHHHHH!~

HAHAHAHAHA.


mak redha wahai anak
asalkan tidak mengganggu tidur mu
asalkan kamu tidak demam merindu
terpaksa jua
mak melucutkan tanda
'arissa dah besar'
hahahahahaha


koleksi terkini bersama candu

balik kuching

in flight

camewhore dengan puting

bila kata jangan tunjuk puting

tengok tangan dia elok simpan puting

hehehehehehe

nak ceraikan puting 
saya dah berhati kental
tapi kalau keadaannya begitu
siapa mampu kental?

nasib baik tak jumpa ustaz.
hihihihihihi.
anak oh anak.

satunotahati: kompius nih nak ke sabah ke idak? ahhhh!

XOXO,
Mak Arissa.

October 16, 2013

Wordless Wednesday: Aidiladha 2013

Assalammualaikum. Hai.

Rezeki tahun ni sambut raya korban di Sarawak jugak.
Alhamdulillah. 

Bila berkumpul semua.
Mak Bapak lebih semangat nak meraikan raya.
Walaupun anak, menantu dan cucu cuma bersama lebih kurang setengah hari.
Kami pun semangat.
Heeee. 


Inilah juadah kami.
Kek lapis.
Satay ayam.
Ketupat pulut.
Dagung dendeng.
Popia seaweed.

Dan.

Buah-buahan jeruk tiada dalam gambar.

Ya.
Memang meriah. 
Heee.
Alhamdulillah.
Saudara mara semua datang pagi-pagi.
Sampai terlupa nak ambil gambar ramai-ramai.
Hehh!

Arissa tak tengok orang sembelih lembu pun.
Dah kata tetamu awal pagi dah ada kat rumah kan.
Dia duduk rumah aje.
Teman mak nya packing.
Sobs!
Pagi-pagi raya dah packing.
Sedih woo.
Haha.
























Last but not least, 
SALAM AIDILADHA
dari
Nur Arissa Batriesya
sekeluarga

XOXO,
Mak Arissa. 

October 11, 2013

Makan Sedap di Kuching

Assalammualaikum. Hai.

Haha. Tajuk tak ley blah kan? HewHewHew. Eh. Tapi memang sedap. Bak kata orang Sarawak, "belalak" yang maksudnya nak lagi nak lagi. Hahaha. Siapa yang ada follow instagram dan facebook Mak Arissa mesti ada tengok gambar. Ngeeeee. 


Banana cheese! Sedap weh, sedap! Hahaha. Gambar nih makan kali kedua. Wakakaka. Selama ni saya tengok kawan-kawan yang upload gambar banana cheese nih. Mak Arissa kan selalu balik time raya je. So, tak berkesempatan nak menikmati banana cheese nih. Rasa sekali nak lagi wa cakap lu. Ni dalam menaip nih masih terasa banana nyer, cheese nyer, susu nyer.. argh! Petang nanti nak lagi lah. Hahaha. =P


Seafood. Kali pertama juga weh. Dah kata kan balik raya je. Memang tak rajin lah nak pergi bandar makan seafood. Kampung daku pun dekat laut. Makanan fresh dari laut pun kebiasaannya makan rebus. Sambal-sambal ke goreng ke rasa tak puas. Rebus manis-manis gittew. Orang kampung kekdahnya. Hihi. Kat sini, Top Spot namanya. Dekat aje ha dengan hotel kami duduk. Jalan kaki saja. Tapi kami naik kereta sebab balik dari meronda. Ngeee. Kami makan kat Muslim Food. Kebanyakan kedai cina yang katanya ada sijil halal. Wallahualam. 


Udang goreng tepung, midin masak belacan, kerang rebus dan lobster; jumlahnya seperti diatas sahaja untuk makan 2 orang. Puas hati gila! Kawan saya cakap dia bawa anak pergi kat restoran area Ampang; 100gram aje RM17. Nasib baik susah nak dapat yang fresh, kalau tak kawan saya ni dah borong bawa balik KL gamaknya. Hahaha. Air kedai lain. Fresh orange & apple - RM10.

Hotel? Kami duduk Pullman Hotel. Malas nak ambil gambar; korang google lah eh. Tapi nak cakap dok sini memang tip top. Puas hati gila jugak. Breakfast superb. 5 hari dekat sini tak bosan makan. Hari pertama dah boleh organize esok lusa tulat nak makan apa. Haha. Keadaan bilik jugak terbaik! Dan bilik mandi dia sebesar bilik tengah daku. Besar sangat! Terkejut jugak kami tengok masa hari pertama masuk. HewHewHew. Oh ye, kalau tak silap hotel ni 4 atau 5 bintang gitu. 

Daku dah macam pelancong di negeri sendiri. Hahaha. Hari ni husband daku sampai. Eh. Dah sampai dah kat airport nun ha. Ngeeee. Rindu wooo. Hari ni dan esok boleh la ber hanimun ngan ayah Arissa. Nak conceive second baby. Wakakaka. Idak ler. Belum. Belum. Hahaha. Cau Cin Cau!

satunotahati : arissa baik2 kat kampung ye.
bagi mak ayah satu hari je.
ngeeeee.

XOXO,
Mak Arissa. 

Blog design by Rainy Day