Pages

Sep 25, 2013

YES to Pneumococcal Disease (PnD) Protection

Assalammualaikum. Hai.

Sebelum scroll ke bawah, mari sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat adikku Awang Firdaus Awang Bakar dan buah hati Erina, Aqil Hamzah


Alhamdulillah. Semalam, Mak Arissa berjaya mengepos ketujuh-tujuh kad Kempen YES dari Erina. Semoga istilah ekspres itu seperti bas ekspres lajunya untuk sampai ke Shah Alam. InsyaAllah. Terima kasih Erina sebab kirimkan kita tujuh kad. Syukur Alhamdulillah, berjaya juga mengisi ketujuh-tujuh kad tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga buat mereka yang menyokong kempen ini;

Puan Suryani Supani
Puan Amiruniza Kamil
Puan Shahara
Encik Amin Kadir
Encik Fairuz Hamidi

dan




Mak Arissa
*seriously lama gila tak selfie*
*hihihi*

Gambar bersendirian bersama kad YES! I AM PROTECTED itu adalah atas permintaan Erina untuk menunjukkan sokongan kita pada kempen ni. Ikutkan hati nak ambil gambar semua yang 7 orang yang sokong kempen ini bersama Mak Arissa. Apakan daya. Hehe. Dan mohon ampun dan maaf tak sempat nak ambil gambar details yang dihantar kepada Erina atas sebab tengahari tadi kebetulan staffs Mak Arissa nak ke pejabat pos. Kelam kabut kirim. Ampun dan maaf dari Mak Arissa.

YES to PnD Protection campaign marks another step towards making pneumococcal vaccine available to all Malaysian children to ensure ther are able to lead healthy and fulfilled lives.

Marilah sama-sama kita mendoakan semoga usaha dalam kempen ini berhasil. InsyaAllah. Nur Arissa Batriesya dapat suntikan Pneumococcal Vaccine di KPJ Ipoh Specialist bersama Dr. Jasmine. Alhamdulillah. Kita berusaha dan selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT. Setiap ibu bapa punya pilihannya sendiri dan setiap pilihan itu semestinya telah difikirkan buruk baiknya. 

satunotahati: semoga mama dan ayah Aqil Hamzah terus tabah.
dan semoga juga kita diberi kekuatan sebegitu.
insyaAllah.

XOXO,
Mak Arissa.

4 comments

Chekgu Azrine said...

InshaAllah..

erin said...

ada ambik gambar kad je, tp nak jugak update nanti :)

Cik Puan Rara said...

rara xsempat nk follow up pasal ni.

Edat_Uzair said...

tudung by Indiana Boutique ke? Hehehe...pink jugak sama cam kaler kad...

Blog design by Rainy Day