Pages

Sep 18, 2013

Wordless Wednesday: Hidup

Assalammualaikum. Hai. 


Aku datang dari keluarga sederhana.
Bapak seorang nelayan kemudian buruh.
Mak seorang pembantu cikgu tadika.

Zaman kanak-kanak aku sama seperti orang lain.
Cuma aku ada pengalaman yang sangat berharga.
Aku menemani bapak ke laut untuk mencari rezeki.
Jaring ikan, ketam dan udang.
Candat sotong dan tangkap obor-obor.
Aku bantu mak jual nasi lemak dan kuih muih.
Sekolah dan dari rumah ke rumah.

Zaman selepas graduasi aku seperti orang lain juga.
Mencari dan terus mencari.
Aku tak pernah lupa.
Aku turun naik bas di pekan ipoh.
Pergi dari satu syarikat ke satu syarikat.
Aku naik bas ke KL.
Naik LRT ke KLMU.
Aku naik komuter ke Subang.
Teksi hantar tempat yang salah.
Aku berjalan kaki 2 kilometer.
Rupanya Taylor's College dah berpindah.
Aku naik teksi ke Lakeside Campus.
Make up 'semadi nadai' cair.
Kemudian rezeki aku di Ipoh.
Alhamdulillah cukup untuk kami suami isteri dan anak yang dikandung.
Alhamdulillah lengkap segala persediaan untuk menyambut kelahiran pertama.

Siapa aku kini.
Datangnya dari diri aku yang dulu.
Perit payah yang aku lalui.
Buat aku berusaha mencari hala tuju.

Aku tak sempurna.
Nyata aku juga manusia. 
Cuma bila aku ditanya.
Jawab ku jangan pernah putus asa.

Ingatkan aku.
Tegur aku.
Jika aku kelihatan angkuh.
Jika aku berubah bongkak.

Maafkan aku.
Ampuni aku.
Jika aku kasar menegur.
Jika aku lancang berkata.
Kerana aku sayang.
Tapi bila aku diam.
Kau tiada makna lagi buat aku.

XOXO,
Mak Arissa. 

7 comments

Kesuma Angsana said...

terbaiklah.. kita hari ni adalah siapa kita di masa lalu !

Nursaila Norman said...

saya suka baca entry ni..teringat susah senang dulu :)

adyna said...

Pahit akan manis akhirnya ;) setiap kejayaan bermula dari kepayahan kan

zulhilmi tempoyak said...

kadang kita lupa siapa kita..

Umi Qi said...

Sangat2 terkesan dihati....dari keluarga susahlah kita belajar apa itu hidup!...ternyata sekarang mak arissa berjaya kan...tahniah kerana anda kuat...kuat dari semenjak kecil :)

Cik Puan Rara said...

knp sedih sedih ni? kdg2 susah tu mengajar kita erti hidup.rara pon bukan org senang.tp berusaha,dan sederhana itu bahagia~

Fifi Nadhrah said...

subhanAllah.. hebat mama arissa ni.. terkedu kejap bace..

Blog design by Rainy Day