Pages

Sep 26, 2013

Terima Kasih

Assalammualaikum. Hai.

Dulu Mak Arissa ada seorang kawan. Dulu Mak Arissa ingatkan dia kawan baik Mak Arissa. Tapi, sebenarnya mungkin kawan rapat je kot. Atau sekadar kawan. Entah. Mak Arissa jadi keliru. Keliru bila tiba-tiba dia menjauh. Sikapnya luar dari kebiasaan sebelum ni. Caranya. Segalanya. 

Memang, Mak Arissa jenis yang suka berfikir. Hal sendiri. Hal keluarga. Hal kawan. Hal kerja. Remeh pun fikir apatah lagi yang besar. Kerana kawan saya ni buat saya berfikir sampai saya rasa agak sesak fikiran. Ayah Arissa pernah marah. Marah sebab benda remeh sebegini saya perlu berfikir banyak. Mak Arissa selain keluarga, kawan-kawan juga agak penting dalam hidup.

Dan saya disedarkan oleh beberapa orang yang menjadi tempat saya meluahkan rasa. Bertapa saya merugikan waktu-waktu berharga saya untuk memikirkan dia yang semakin menjauh. Hanya dia seorang sedangkan disekeliling saya ada ramai lagi orang. Contohnya, Allah hadirkan saya Mommies Gojez. Alhamdulillah. 

Pernah juga saya terlintas untuk bertanya pada dia. Kenapa? Tapi saya tak mahu keruhkan keadaan. Suatu ketika dahulu kami pernah berkongsi rasa berkongsi cerita, saya yakin dia lebih mengenali saya. Sekiranya saya pernah berbuat salah tanpa saya sedar, saya harap dia memaafkan saya. Saya terima jika begini kesudahannya.

Saya harap suatu hari, jika ada salah saya atau apa jua perbuatan saya yang tidak disenangi oleh dia atau mungkin sahaja sebarang kemusykilan tentang diri saya; dia akan bagitahu/tegur saya. Walaupun saya tak layak lagi menjadi kawan rapat dia, tapi sekurang-kurangnya saya boleh perbaiki kesilapan saya.

Alhamdulillah. Terima kasih Ayah Arissa. Terima kasih Kak Yatie. InsyaAllah Mak Arissa terus berfikiran positif, mengenepikan sebarang perkara yang remeh temeh dan terus sentiasa berusaha untuk mensyukuri nikmat Allah dengan erti kata yang sebenar. Kita tak berupaya untuk memuaskan hati semua orang.

Dan dia, terima kasih kerana dulu menjadi tempat aku berkongsi cerita meluah rasa. Terima kasih kerana meladeni aku.
Terima kasih.

satunotahati: tarik nafas dalam-dalam... hembus kuat-kuat... 
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahhuakbar

XOXO,
Mak Arissa

5 comments

♥ ROS ♥ said...

kawan kan.. susah nak mencari yg terbaikkk :(

SweetLikeWhat said...

itulah rencah kehidupan..
sabar ye..

Cik Puan Rara said...

sama mcm rara,kalau pape salah bgtau je.jgn pendam taw.hehehe

hayati hashim said...

Btoi.
klu ada yg x kena even bnda kexik pun.. bgtau la kan.. jgn pergi tiba tiba n diam2.. sesih hatiku nti. ..

Umi Qi said...

Anda sgt2 seorang yang positif...sebab itu anda pernah menjadi jurulatih PLKN kan...ada semangat tidak pernah kenal erti apa itu putus asa...Umi Qi suka semangat itu...semangat menyenangi semua pihak termasuk suami :) good luck!

Blog design by Rainy Day