Pages

Sep 13, 2013

Rambling #2

Assalammualaikum. Hai.

Kisah dari seorang kawan;

A dan B kawan rapat. Ada banyak perkara yang dikongsikan bersama.
Tiba-tiba, ada seorang C mendekati B. C sering bercerita macam-macam tentang A.
Malah C bercerita tentang benda yang sebenarnya tidak berlaku tentang A.
Hakikatnya si C bercerita tentang keburukannya sendiri tetapi menukar pelakonnya kepada A.
Si B tanpa usul periksa terus rasa marah, kecewa, meluat benci kepada si A hingga tak pedulikan si A.
C sudah tentu bersorak gembira dan si A kecewa.

*****************************************************************************

Ok! Pernah tak dengar kisah kawan macam ni? Tak best kan? Kalau saya jadi si A pun sudah tentu saya kecewa. Kecewa yang amat terhadap si B. Sebab B percaya akan si C, tanpa bertanya kepada si A.

Dalam berkawan nih, ada satu benda yang memang nak kena simpan dalam diri. Percaya. Kawan nih bukan sekadar kawan jumpa kat pejabat apa tau. Kawan yang saya maksudkan; kawan yang kita ada berkongsi rasa, masalah dan bla bla bla. Kalau kita percaya akan kawan kita. Kalau kita sememangnya ikhlas berkawan dengan kawan kita. Apabila dengar benda yang tak 'kena', kita kena tanya dia. Jangan terus melulu percaya kata orang lain yang tak pernah kenal sebenarnya kawan kita.

Tapi apa pun, benda nih terpulang pada hati. Kalau hati kita ikhlas berkawan, semestinya kita sayang. Bila kita sayang, akan timbul kepercayaan. Bila kita percaya, hati kita tak akan goyah. Benda-benda macam ni mesti banyak berlaku dalam masyarakat kita. Kalau kita berada di situasi B, muhasabah diri dan tanya si A akan perkara sebenar. Kalau kita berada di situasi A, muhasabah diri juga dan terima seadanya. Dan sekiranya kita si C, insaflah. Istighfar banyak-banyak.

Benar. Rambut sama hitam. Hati lain-lain. Tanpa karenah yang pelbagai, kita tak mungkin jadi diri kita yang sekarang. Tanpa ragam yang pelbagai, kita tak mungkin kenal siapa kawan dan siapa lawan. Apa yang penting, kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan selebihnya kita serahkan pada Allah. Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Adil. Allah Maha Penyayang.



XOXO,
Mak Arissa.

4 comments

yUmiE AzuRa said...

well said yati..
kte bru je hadapi hal2 tikam belakang ni.rse mcm nk rejam je minah tu klu iktkn hati setoooonnn..

Hana Soffelia said...

betul tu yati.. in between relationship is TRUST. Barulah hubungan itu berjaya.

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

Betul tu mama arissa ..yang penting sekali ialah percaya ..baru persahabatan tu berkekalan hingga ke akhir hayat ..amin (^_^)

luvira said...

ira penah hadapi...sebijik sama...
kami kawan baik dah 2 tahun...memang macam adik beradik...tetibe datang sorang nih tak tau kenapa apa dia tak puas hati, dia burukkan ira kat kawan baik ira..

terus kawan baik ira tuh jauhkan diri dari ira sampai pindah rumah sewa duduk ngan si C...

sedih n kecik hati jugak lar...tapi alhamdulillah, lepas masing2 kawen, kami berhubung semula, tapi tak baik sangat macam dulu...cume sampai skang ira tak tau apa sebenarnye punca kenapa kawan baik ira tuh pindah rumah dan duduk ngan si C

Blog design by Rainy Day