Pages

Sep 12, 2013

Rambling #1

Assalammualaikum. Hai.


Dulu encik suami pernah cakap yang lebih kurang begini; "kita sering terliur dengan apa yang orang lain miliki, tanpa kita sedar sebenarnya orang mahukan apa yang kita miliki". 

Yakinlah setiap seorang kita ada bahagian dia. Rezeki Allah bagi juga dalam bentuk yang pelbagai. Jangan biarkan diri kita diselubungi satu perasaan yang 'wahh.. dia begini begini. aku begitu begitu aje.' No. No. No. Dan please NO. Perasaan itu nanti (Nauzubillahhiminzalik) tak mustahil akan mendorong kita ke arah nak berdengki-dengki. Syaitan suka datang menyelit bila perasaan kita tak menentu.

Manusia. Tipulah kalau tak ada perasaan nak itu nak ini macam Siti Nurhaliza. Haha. Tapi kita ukur baju pada badan kita sendiri. 

Tak ada tv plasma, tv 3D (pinjam perkataan Mummy Airiel) pusaka tok encik suami pun dah ok. Tak ada Astro full channel, Astro bagi Njoi free pun dah ok. Tak ada peti sejuk besar, peti sejuk ihsan orang satu pintu pun dah ok. Tak ada kabinet dapur, rak besi pun dah ok. Tak ada mesin basuh super canggih, mesin auto lama dulu pun dah ok. Tak ada penghawa dingin, kipas angin pun dah ok.

Ada orang kata kedekut. Hoho. Kisah pulak aku dengan orang kata aku kedekut? Hahaha. 

Saya jenis yang berkira. Berkira nak beli barang. Saya akan fikir banyak kali nak beli. Pro. Cons. Bagus. Tak bagus. Guna. Tak guna. Ok. Tak ok. Dan paling penting. Keperluan. Kehendak. Alhamdulillah kami dapat fulfill keperluan yang mana saya rasa bersyukur sangat sebab ada orang yang tak dapat nak penuhi diorang nyer basic needs. Get me?

So, apa pun yang kita nampak. Be positive. Jadikan apa yang kita lihat sebagai inspirasi to be better. To improve your life. Jangan negatif. Nanti timbul hasad dengki. 


satunotahati: dalam tak berharta nih pun ada jugak orang dengki. huuuuu! sobs!

XOXO,
Mak Arissa.

2 comments

Nursaila Norman said...

agree with u dyg :) bersyukur akan bt kita bahagia :)

Hana Soffelia said...

Setuju dengan yatie.. berbelanja ukur baju di badan sendiri. Memang la rasa serba kekurangan jika nak dibandingkan dengan org lain tp apa yg ada ni pun dah kira bersyukur sgt.

Blog design by Rainy Day