Pages

Sep 26, 2013

PTPTN: Ujrah 1%

Assalammualaikum. Hai.

Tadi, Mak Arissa minta kebenaran ke PTPTN. Mak Arissa dah selalu sangat tunda nak menjenguk PTPTN. Lepas baca entri Umi Qi pagi tadi, Mak Arissa kuatkan hati nak pergi juga. Kalau tak kuat hati memang malas. Huuuu. Lokasinya, sudah tentu UTC Plaza Rakyat je.

Teruja bila baca Umi Qi dah habis bayar PTPTN. Terus tak sabar rasanya nak habiskan juga. Hehehe. Teruja juga Umi Qi buat simpanan tetap sebanyak itu. Mak Arissa jumlah itu memang peruntukan untuk mak bapak dan adik-adik di kampung. Sekarang, tambahann dengan Cik Puan Ava.


Masa nampak je ini, terus cakap 'eh ada diskaun ke?' Adik PTPTN jawab, "ada. laaa. akak tak tau ke." Atas sebab tak baca abis Mak Arissa jawab, 'tak tau. eh... ala.. kalau bayar sebelum 30 Sept. mana nak cekau duit nyer dek oi nak bayar full.' Hahaha. So, korang tengok lah jumlah PTPTN Mak Arissa kalau lepas potongan tuh. Dah tak dapat bayar full, nan hado la nilainya banyak itu kan. Huuu. Oh ye, Mak Arissa nih dulu aliran sains. Loan banyak sikit dari sastera. Pengajian 3 1/2 tahun pulak. :)

Mak Arissa nih pun tanya la, 'kalau akak nih kan sebenarnya berapa minimum akak bayar barulah betul-betul akak ni bayar hutang. bukan bayar kos pentadbiran je?' Straight to the point kata ko! Haha. Adik PTPTN tak jawab terus. Cuma dia hulur 1 borang suruh isi. Akak isi Ujrah ni dulu. Nanti diorang akan kira semula berapa minimum akak. Kalau sekarang dalam RM50+ nanti dalam RM20+ je kalau dapat Ujrah. Huuu. Dan akhirnya Mak Arissa isi jugak.
 

Sebelum ni Mak Arissa memang tak nak isi benda nih sebab renyah. Ramai yang kata ada yang tak berjaya tukar. Huuu. Lagipun dulu macam kawan-kawan buat, ada je documents yang nak kepilkan. Tapi yang Mak Arissa isi nih tak ada nak apa pun. Even nombor pinjaman pun dia kata tak payah isi. Nanti diorang isi kan. Sebab dah ada nombor IC. Ha.. Senang gila. Apa lagi. Isi je lah. Huuuu. Then katanya, benda ni akak di proses dalam masa 14 hari. Nanti diorang call suruh tandatangan agreement baru. Ha gittew.

Mak Arissa tanya juga, kalau nak bayar KWSP macam mana. Of course kena refer KWSP. Dan masa mohon kita refer PTPTN untuk dapatkan semua dokumen yang PTPTN perlukan. Akaun KWSP yang boleh dikeluarkan ialah Akaun 2. Sobs! Ciput jek. Huuuu. Diorang pun jawab sambil gelak-gelak, 'aah kak, akaun 2 sikit je.' Haha. So sekarang nih tengah nak pertimbangkan, nak keluarkan KWSP tu tak. Hoho.

satunotahati: korang apply ujrah tak? 

XOXO,
Mak Arissa.

4 comments

humble.yat said...

samalah..sy pun minta apply lepas raya..dah dapat atwaran..alhamdulilah mmg untung hehe..bab kos pentadbiran fixed..
skrg ni tgh nak settlekan dokumennya aje.tapi tgh kebuzian la pulak waa...

Acik said...

Maaf, tumpang iklan ye. Untuk anak tersayang.

Jom ajarkan anak atau adik kebaikan menabung. Nanti gerenti dia akan pandai mengira wang juga.
Nak habiskan tabung ni .... Tinggal 4 saja lagi ... Jom grab!

Umi Qi said...

Good action my dear ibu arissa!...
Masa Umi Qi zaman 2010 belum lagi diperkenalkan dengan sistem ujrah...dah kena blacklist baru Umi Qi kena byr denda kt 2k lebih...kan rugi...so alih2 kena byr, ada duit masa bujang byr je lumpsump...insyaAllah buat pembayaran guna KWSP sgt menguntungkan diri sendiri...kawan2 teman seopis umi Qi pun byr guna KWSP...dan menyenangkan kerja mereka...lepas dh hbs byr baru pelan2 menabung ye ibu arissa...Umi QI bg semangat ye!!! Go mama arissa go! :)

Fifi Nadhrah said...

boleh lagi ye buat ujrah? fifi pon nak kene mule bayar la kalau macam tu.. nak buat ujrah jugak.. sampai bile ye boleh ujrah?

Blog design by Rainy Day