Pages

Sep 27, 2013

PPZ: Zakat Pendapatan

Assalammualaikum. Hai.

Dah lebih 3 tahun bekerja, saya baru terbuka hati nak bayar zakat pendapatan. Sobs! :'( Semalam, selain menjenguk PTPTN saya ambil peluang ke PPZ juga. Suasana PPZ berbeza dengan di PTPTN. PPZ sunyi sangat berbanding PTPTN. Tak perlu menunggu giliran. Hehe.

Saya nak kongsikan sedikit bagaimana pengiraan ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR oleh seseorang;

kiraan zakat oleh pegawai PPZ sendiri

NISAB
2012 - RM13,113
2013 - RM14,066
(Nisab berubah dari tahun ke tahun mengiut nilai emas)

Kalau tengok dekat panduan atas tu, ada Cara 1 dan Cara 2. Kiraan untuk saya ialah Cara 2. Maaf, tidaklah pula Mak Arissa nih perasan ada Cara 1 dan Cara 2 di kaunter tadi. Sobs! Huuu. Dekat panduan tu memang ada contoh dan pegawai PPZ buat catitan situasi saya di sebelah hujung.

A. Pendapatan dari semua sumber (setahun)

Makluman

Ok, korang sedia pen kertas kalkulator semua ye kalau berminat untuk kira. Hehehe. 

Contohnya saya dari Jan-Jun, gaji A. Kenaikan bulan Julai-Disember nanti, gaji B. Maka kiraan gaji tahunan saya, ((A x 6) + (B x 6)) = C. Bila ada ekstra pendapatan yang tetap (side income) andaikata bermula Ogos, maka kiraan gaji tahunan (C + (D x 5)) = E. Ingat! Pendapatan nih pendapatan kasar. Gaji pokok + elaun + cola dan bukan yang dah tolak pinjaman atau KWSP. 

B. Tolak perbelanjaan yang dibenarkan (setahun)
Diri
Isteri
Anak
Pemberian kepada ibu bapa
KWSP
Caruman berzakat

Jumlahnya F.

C. Pendapatan yang layak dizakat ialah

E - F = G

D. Zakat yang wajib dibayar
(kerana pendapatan layak adalah melebihi NISAB yang diatas)

G x 2.5% = H

bersamaan dengan RM1,234.00 untuk Mak Arissa. 
Pegawai PPZ terus kata, 'cantik nombor ni puan'. :')

E. Jumlah potongan gaji zakat sebulan.

H / 12 = I

Faham tak? Boleh agak tak berapa korang kena bayar? Kalau tak faham, boleh tanya Mak Arissa atau boleh terus pergi kaunter. Lagi afdhal. Hehe. Hasil dari kiraan tuh, Mak Arissa boleh buat bayaran bulan RM103 untuk mencukupkan jumlah zakat yang wajib dibayar. Since ada 2 bulan sahaja lagi 2013 akan melabuhkan tirainya, semoga Allah mempermudahkan Mak Arissa untuk bayar jumlah nombor yang cantik itu. InsyaAllah. Doakan ye kawan-kawan. :)

Bagi persediaan tahun hadapan, pegawai PPZ dah bagi borang untuk KEBENARAN POTONGAN GAJI ZAKAT (SKIM THOHIR). Tak perlu risau, tiap-tiap bulan dah siap potong. InsyaAllah.


Tadi, saya juga sempat tanya. Adakah pinjaman peribadi, ansuran rumah dan ansuran kereta tidak diambil kira. Pegawai PPZ cakap, hanya perbelanjaan yang dinyatakn di atas sahaja yang dibenarkan. Hujung minggu ni nak kirakan untuk Ayah Arissa pulak. Kalau jumlah pendapatannya suami setahun melebihi nisab, Ayah Arissa wajib bayar zakat jugak. Ha gittew. Selama ni bayar Zakat Fitrah je kan. Heee.

Sekadar untuk pengetahuan bersama, ada empat lagi zakat;

Zakat Wang Simpanan
(baki simpanan terendah dalam setahun)**
Zakat KWSP 
(jumlah wang yang dikeluarkan)
Zakat Saham
(saham yang disimpan melebihi setahun)**
Zakat Emas
(emas yang disimpan  dalam setahun tidak dipakai)**

**jika melebihi nisab kecuali KWSP

NotaKaki; Rebat Atas Cukai Pendapatan - Semua bayaran zakat boleh ditolak dari Cukai Pendapatan individu tahun semasa [Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 6A(3). Makanya, akan terhapus satu nota 'potongan gaji berjadual' dalam slip gaji. Hehe. InsyaAllah.

satunotahati: 
tagline PPZ; berzakat menyucikan harta dan jiwa.
amin ya rabb.

XOXO, 
Mak Arissa.

6 comments

Chot said...

thanks for sharing kak..terkobar2 lak nk tgk berapa perlu kuar zakat..terima kasih kerana mencetuskan perasaan itu.. :)

Cik Puan Rara said...

aah sblm ni byr zakat fitrah je.hehehe

Umi Qi said...

Sgt2 membuka mata...lepas nih Umi Qi nk pi pusat zakat yg berdekatan mcm mana...nk minta diorg tlg kirakan...bgus mama arissa nih...byk benda yg difikir...baru gaji kita bersih dan suci dipandangan mata Allah...good job!

humble.yat said...

best..yang ni yati dah buat dah, start dari keje lagi...setiap kali berubah status dari bujang, kahwin dan ada nak, mesti kena update,,gaji naik pun kena update..tapi suami prefer bagi zakat secara personally..

Fifi Nadhrah said...

alhamdulillah.. moge makin berkat rezeki mak arissa..

puansazusarin said...

Aishhh wani ni hah tertangguh2 nak pergi pusat zakat..

Blog design by Rainy Day