Pages

Sep 13, 2013

Keputusan Rayuan Kemasukan IPTA

Assalammualaikum. Hai.

Hari ni keputusan rayuan kemasukan IPTA. Tanpa pengetahuan adik, Mak Arissa SMS check. Nasib baik kebetulan dua hari lepas mak hantar nombor IC kami anak beranak untuk sistem keselamatan gomen. Bila Mak Arissa baca perkataan dukacita, Mak Arissa yang nak menangis. Sobs! Mak Ude Arissa tak berjaya nak masuk IPTA. Mak Ude Arissa lepasan STPM Sastera. 

Tak tahu nak kata macam mana. Just forward the result to her tanpa ada kata-kata. I've nothing to say melainkan otak tengah ligat fikir apa nak buat nih dan hati resah memikirkan masa depan adik. Yelah, saya ni anak sulung. Then kami cuma empat beradik setelah arwah adik pergi dulu. Mak Ngah Arissa memang bakal surirumah sepenuh masa. Dan boleh kata, kami tiga beradik nih harapan keluarga. Yang no 4 a.k.a bongsu ganti baru Tingkatan satu di SMKA.

Bila dah tahu result, baru saya boleh buat perancangan seterusnya untuk dia. InsyaAllah saya akan bawa dia ke sini bila saya dah dapat rumah yang sesuai. Mungkin buat sementara waktu, dia akan tolong jaga Nur Arissa Batriesya sementara nak cari tempat yang sesuai untuk hantar Arissa. Then, bila dah comfortable baru dia cari kerja yang lain kalau in any case tak dapat tawaran yang baik.

Errrr. Daku bajet macam kompom aje kan nak pindah tak lama lagi. Hahaha. Semoga dipermudahkan Allah untuk dapatkan rumah yang ok dengan persekitaran yang ok. Phew! Awat la office nih kat Maluri? Huhu. Tapi kan, dengar khabar angin macam nak confirm aje bakal pindah dekat area The Mines. ArgghH! Kalau pindah pun mungkin 2 atau 3 tahun akan datang. Kalau nak tunggu time tuh memang lambat la si Arissa tu nak ada adik. Dah la mommies gojez dah masing-masing tunjuk dua line. Heh!~ Hehehe.

Apa pun, buat adik ku yang tercinta. Kak Long sentiasa mendoakan yang terbaik buat Imani. Tak perlu nak bengkak mata bagai nangis. Hehe. Yakinlah Allah akan memberikan kita rezeki yang lebih baik. Kak Long yakin adik Kak Long pasti boleh berjaya asalkan dia tak pernah berhenti berusaha untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Doakan Kak Long cepat dapat rumah. Ok? Btw, kawen muda pun ok. Lalala.

satunotahati: bapak ada tanya kat adik, nak kawen tak?
kak long yang jawab, kawen la haha.

XOXO,
Mak Arissa.

4 comments

Budak Kampung said...

IMAN SDG LALUI SGT2 SUKAR

Dhya Surya said...

Semoga segala yg di rancang brjln dgn baik....=)

Dhya Surya said...

Semoga segala yg drancang brjln dgn baik....

BUNDA a.k.a KN said...

mungkin takder rezki lagi tu...boleh kerja dulu sementara memohon lagi ..

Blog design by Rainy Day