Pages

Sep 13, 2013

Kempen Hijau

Assalammualaikum. Hai.


I am currently enjoy saving with this campaign. 

HewHewHew. Ok. Ini bukan kempen Go Green tak pakai plastik dan gas segala. Ini kempen duit hijau. Tempoh hari saya baca tentang kempen hijau sorang kawan muka buku. Kempen hijau nih maksudnya, bila kita dapat duit hijau a.k.a duit RM5 nih kita jangan guna untuk berbelanja. Simpan elok-elok dalam tabung atau sembunyikan tang mana-mana yang korang nak. Heeee.

Saya baru dalam 2 minggu kot. Dan kepingan yang kat atas tuh bermula Isnin sampai Rabu. Banyak dah kan? Tapi kena kental tak guna duit nih. Macam saya every morning memang beli nasi lemak. Walau ada duit hijau nih kena guna duit yang bukan hijau. Tapi saya kalau dapat duit hijau nih simpan siap-siap celah beg tangan yang ada zip supaya tak tertengok. Hahaha.

At first saya nak buat kempen sendiri - tak nak pakai duit biru singgit. Tapi, tak logik nak tak pakai. Takkan hari-hari nak guna duit merah. Haih! Tak mampu. Huuuu. Duit hijau nih dapat 10 keping seminggu pun Alhamdulillah syukur. Hehe. Kekdah nya bukan senang nak menabung oi. Tabung Dana Arissa yang ada dekat saya tak penuh-penuh pun lagi. HewHewHew.


Haaaa. Ini dua Tabung Dana Arissa. Ayah Arissa yang Mickey Mouse. Dah selamat masuk Tabung Haji dah. Mak punya separuh pun tak lagi. Haha. Adeh! Oh by the way, kempen hijau nih pun sudah tentu nak buat simpanan Arissa jugak. Hehe. Dah dia tengah seorang, dia je la yang punya. Dah dua tiga orang nanti kena bagi dua tiga. HewHewHew.

So korang, jom lah join sekali. Cukup bulan kita masukkan duit nih dalam bank simpanan anak-anak. Mula memang susah rasanya. Tapi bila tengok hijau je. Sejuk mata memandang. Best! Enjoy! Hehe. 

satunotahati: rezeki anak. :)

XOXO,
Mak Arissa.

1 comment

penyisir rambut said...

wahhhhhh...nak try jugak lah!

Blog design by Rainy Day