Pages

Sep 3, 2013

Hello September!

Assalammualaikum. Hai.

Ehem. Dah masuk bulan September. Maknanya ada kurang seminggu lagi contest potret raya berakhir. Sesiapa yang nak join tapi belum lagi join tu, sila la rajinkan diri join ye. HewHewHew. Arissa dah sihat Alhamdulillah. Dah tak sabar nak ber-magic ball katanya. Hehehe.

Oh ye. Salam merdeka Semenanjung Malaysia. Dulu-dulu, daku bersemangat juga. Tapi bila dah ada Hari Malaysia, kiranya daku lebih patriotik pada 16 Sept nanti. Hehehe. Sabtu weols busy sambut merdeka dengan projek encik suami. Hehe. Ada jugak yang teka. Nanti-nanti iols reveal lah ye. Hoho. Tak sempat nak amik gambo. Busy ngan Rendang Cili Padi resepi Mami Asyraf. Hehehe.

Semangat weh nak makan Rendang Cili Padi. Mommies semua kata sedap rendang si Mami Asyraf. Nak makan air tangan Mami Asyraf tak daya. So kena rajin. Nasib baik angin kus kus rajin sudi datang menjengah ahad. Siap beli lemang sebatang yang pada ketika daku menaip entri ini sambil berperang dengan Arissa - lemang dah habis masuk 2 perut. Wahaha. Lemang buluh kuruih. Tu pasal nyer. (Ewah cover line pelahap sebatang lemang makan 2 orang. Haha.)

Korang nak resepi? Korang sila terjah belog Mami Asyraf. Beliau masak ayam seekor. Daku masak tiga ketul ribs je. HewHewHew. Maka resepi semuanya daku letak half half. Bawang holand half, bawang merah 2, bawang putih 2, halia lengkuas masing2 seinci, serai 3 batang, dan korang tengok la sendiri kat blog Mami Asyraf. Yang daku nak highlight - jumlah cili. Hahaha.

Mami Asyraf letak around 20 - 30 cili. Daku letak jugak half. 15 biji cili. Berasap telinga uols!!! Haha. Kebas lidah. Panas dada. KahKahKah. Iols terpaksa tambah air tambah santan tambah gula merah. Kalau Mami Asyraf kata letak sikit je gula merah, iols letak dalam 3 sudu kot. HewHewHew. Bila dah siap, fuhh! Nasib baik sedap! Tapi spoil sebab over pedas. Kalau iols pun berasap, husband iols lagi la berasap. Sebab encik suami sangat tak tahan pedas. Tak pasal dapat 8 over 10 stars. Pedas nyer pasal! Heh!

Tapi itu la. Pedas tuh sebenarnya pembangkit selera kot! Hoho. Walaupun pedas, lemang habis sebatang. Tak cukup lemang, makan dengan nasi putih panas. Terangkat! Terima kasih banyak-banyak Mami Asyraf oi! Sodap heh! Tapi kalau makan Mami Asyraf masak, mesti lagi sodap kan?! Hehe. Rasa nak peknen cepat pastu ngengada nak makan rendang air tangan Mami Asyraf. Eh??? Hahaha.

Mami Asyraf nyer kuning macam masak lemak cili api.
Mak Arissa nyer macam rendang biasa.
Camner tu?
Hoho.

satunotahati: hari ni bawa Arissa pergi KPJ lagi.
semoga hari ni hari yang terakhir.
Alhamdulillah Arissa dah sihat.
cuma mak geram nak kupas semua 'bekas' benda alah tu. 
hehehehe.

XOXO, 
Mak Arissa. 

3 comments

LYAfrina said...

salam september..

lya dah join tau contest tu, dari blog ga.. hehe.. x sbr tgu result ;-)

aaumm..sedapnyer nmpk.. rajin mak arissa ni.. lya cuti ni memerap kt rmh je cz lakibini x sihat

Kesuma Angsana said...

sedap nampaknyer tu !

Fifi Nadhrah said...

nampak sangat sedap.. meleleh air liur..

Blog design by Rainy Day