Pages

Sep 23, 2013

Daging Dendeng Resepi Mak Mentua

Assalammualaikum. Hai.

Panjang kemain tajuk kan? Hehe. Tapi tetap nak highlight jugak resepi Mak Mentua sebab mak masak SEDAP SANGAT dan SIMPLE SANGAT. Haha. Baru tahu minggu lepas kekdah nya masa tolong mak masak kat dapur. Tolong kacau. Hihi.

So, bahan-bahannya;
Daging (potong nipis, tumbuk dan goreng)
Bawang merah (kisar)
Cili kering (kisar)
Gula melaka
Kicap manis
Belacan (option)
Minyak menumis

Cara;


Mak cakap masak dendeng kena pakai bawang merah banyak. So, kat atas ni daging seketul kecik saya pakai banyak tu bawang. Tak ada sukatan yang tepat. Main agak-agak je. Hohoho.


Daging tu kena rebus. Mak kata beli seketul, rebus seketul, lepas tu baru potong nipis, tumbuk sikit-sikit dan goreng sekejap je bagi kaler dia macam digoreng. Errr. Korang paham ke? Hahaha. Goreng kejap je. Jangan sampai hangus. Wat cukup syarat kot. HewHewHew. 

Tumis bawang merah tu sampai betul-betul garing. Maksud garing bila tumis bawang kisar, bila warna bawang dah gelap2. Hehehe. Saya tau korang tau. Ni nak bagi ingat kat diri sendiri je. Haha. Then, masukkan cili kisar. Tumis sampai naik minyak. Ikut korang nyer nak banyak mana. Nak pedas bagi banyak. Ha gitu.

Dah tu masukkan daging, gaul2 kejap. Masukkan air rebus
PMasuk sikit belacan, gaul rata. Masuk gula melaka, gaul rata lagi. Masuk kicap manis, masuk garam masuk perasa. Gaul-gaul rata - siap! 

Angkat!
Hidang!
Makan dengan nasi putih!
Terangkat!
Hihi.


Makan malam hari Sabtu bukan setakat daging dendeng. Tapi tomyam Arissa turun temurun bak kata ibu princess. Saya menuntut ilmu dari Rara, Rara dari Anis dan Anis pulak dari Nana. Resepi korang korek la dari teratak diorang hokey! Cuma Mak Arissa letak cendawan dan cili padi separuh. Nak kasi pedas sikit kata nya. HewHewHew.


XOXO,
Mak Arissa. 

7 comments

Cik Puan Rara said...

mak rara dulu suka buat dendeng.time sahur makin sedap mkn.hehehe.eh daging tu letak sudu masa rebus kan.sama ngan mak kita.bila rebus daging mst suh letak sudu.hahaha

~misshuny~ said...

xpenah dgr daging dendeng tu..leh cuba..tq for sharing.=)

~ NANA ~ said...

tq for the recipe! boleh la cuba buat nanti...hehe

Fifi Nadhrah said...

nampak memang sedap.. selamat tengah tak lalu nak makan.. kalau tak mesti tergedik nak buat.. tggu ade selere.. boleh la try buat..

mrs kayrul said...

suka makan jer...bila la nak pandai buat macam nie

Mimy Hamid said...

ni klu ganti paru boleh kan

mynameismy said...

errr... kenapa kena letak sudu mase rebus eh kikiki

Blog design by Rainy Day