Pages

Sep 10, 2013

Cerekarama: Walau Airmata Darah

Assalammualaikum. Hai.

Siapa ada tengok Cerekarama Sabtu lepas, sila angkat tangan! HewHewHew. 

Drama minggu lepas memang mengingatkan kita supaya beringat, berhati-hati dan berwaspada. Dengan siapa? Dengan mulut yang berkata-kata ni ha. Pernah dengar kan pepatah ni, "kerana mulut badan binasa". Ha.. Siapa yang ada tengok fahamlah maksud saya nih. Huuu.

By the way, kisahnya pasangan yang baru berkahwin; Irfan dan Su. Irfan nih jaga mak dia yang nyanyuk. Dah nama pun nyanyuk, kencing berak bersepah makan berterabur orang kata. Jadi, si Su ni macam tak tahan. Su dan Irfan pun gaduh. Gaduh besar. Si Su nih memang tak nak mengalah terjerit-jerit walaupun si Irfan macam nak cool. Tapi Su asyik je terjerit-jerit kata mak mentua dia macam-macam sampai si Irfan tampar si Su. So si Su ni pun cakap dia nak balik rumah ayah dia.

Dan si Irfan pun cakap, "kalau Su keluar dari sini, abang ceraikan Su". Su cakap, "abang sanggup ceraikan Su demi mak abang yang nyanyuk tu?" Si Irfan pun cakap lagi sekali dengan jelas dan terang "kalau su keluar, abang ceraikan su dengan talak tiga. Talak tiga Su!" Then tiba-tiba entah macam mana saya pun tak perasan - si Su terkeluar. Makanya, masing-masing tergamam tengok muka masing-masing. Maknanya, talak dah jatuh. Sebab tu saya cakap, "KELANCANGAN MULUT ISTERI. KETERLANJURAN MULUT SUAMI." Nauzubillahiminzalik.

Tak perlu nak ulas sampai habis cerita nih. Hahaha. Cuma nak cerita bagaimana ketika amarah menguasai diri. Bila si isteri dengan lancangnya bersuara mengikut kata hati. Dan suami tidak mampu mengawal rasionalnya pemikiran sebelum berkata-kata. Akhirnya semua benda tak boleh tarik balik. Walau airmata darah sekalipun, Irfan dengan Su tak akan boleh bersatu. Irfan dan Su merancang nak guna cina buta. Tapi akhirnya Su kahwin dengan kawan diorang dengan tujuan asal ialah untuk mempergunakan. Akhirnya cinta berputik tak jadi bercerai. (Cerita jugak ending. Hahaha.)

Apa pun. Kita suami isteri kalau ada yang tak puas hati, jangan sama-sama bawa bara api. Pastikan salah seorang bawa ais. Kalau tak puas hati, cakap elok-elok. Bincang dari hati ke hati. Hidup suami isteri kena ada toleransi. Tolak ansur. Bertuahnya kita kalau suami kita nak pikul tanggungjawab jaga mak. Bak kata kawan saya, seorang lelaki yang sanggup menjaga mak nya insyaAllah dialah lelaki yang akan melayan isteri sebaik-baiknya sepertimana dia layan mak dia. Ha.. Bertuah kan? Walaupun mak mentua kita tu nyanyuk dah tua tapi itulah salah satu tiket atau saham syurga. InsyaAllah.

Talak tiga nih memang tak boleh buat main. 

"Jika dia mentalak isterinya (talak tiga) maka tidak halal baginya setelah itu, sampai dia menikah dengan lelaki yang lain.." (Al Baqarah; 230)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kamu tidak boleh kembali kepada suamimu yang pertama hingga suamimu yang kedua merasakan “madu”-mu dan engkau merasakan “madu”-nya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)*

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “(Sang wanita) tidak halal bagi suami yang pertama hingga suami yang kedua mencampurinya.” (HR. An-Nasa’i)


satunotahati: semoga kita terhindar dari mengeluarkan perkataan yang Allah benci itu.
ingat, tiga kali lafaz maka jatuh talak 3 juga. 
wallahhualam.

XOXO, 
Mak Arissa.

8 comments

penyisir rambut said...

cite ni memang perpengajaran betul..takut sangat dengan mulut ni..

Mimy Hamid said...

kita tunggu citer ni la malam berebut remote ngan megat..sekali dia ada channel lain...geram

puansazusarin said...

Sempat tgk cte ni 5min terakhir jer sbb kluar sblm tu..melepassss..

S.n.Fariza said...

dh tgk. byk pengajaran. lebih baik berhati2 skrg dan akan dtg :)

Chekgu Azrine said...

sedap citer dia..cuma tak logik sikitla ending dia tuh..huhu

permatabiru said...

tgk juga citer nie..perempuan la perlu bih bersabar dalam menjaga keharmonian rumahtangga..

permatabiru said...

tgk juga citer nie..perempuan la perlu bih bersabar dalam menjaga keharmonian rumahtangga..

Masya said...

tgk jugak.. sedih jugak cerita u sdhnya irfan meningaldunia.. p mmg bnyk pengajaran tgk cerita tu

Blog design by Rainy Day