Pages

Sep 19, 2013

Arissa dan Puting nya...

Assalammualaikum. Hai.

Nur Arissa Batriesya dilatih dengan puting sejak umur dia 2 minggu. Ya. Dilatih. Dilatih sebab lepas pantang dia perlu naik flight. Itu sahaja cara yang boleh buat dia telan air liur masa dalam flight. Cari info tatacara dalam flight selain dari pasang penutup telinga ialah penggunaan pacifier.

Memang perancangan nak pisahkan Arissa dengan puting bila umur dia 2 tahun. Hehehe. Baaaanyaaak perancangan untuk dilaksanakan bila Arissa dah umur 2 tahun. Nak tambah seorang lagi salah satu nya. KahKahKah. InsyaAllah. Tapi kita merancang, sebaik-baik perancang itu Allah SWT.

Tempoh hari Arissa kan kena HFMD. So benda alah tu ada juga timbul dekat bibir Arissa atas sebab penggunaan puting yang membuatkan air liur rotate dalam mulut. So bermula la proses perpisahan Arissa dab puting nya. Tapi.... Bukan mudah...

Siang; saya boleh bawa dia main masak-masak, tumbuk-tumbuk, guling-guling. Tapi bila malam. Hari pertama dia nangis dari pukul 630 petang sampai 1045 malam. Saya surrender. Apa pun tak boleh nak buat dia tak nangis. 'Nak ni. Nak ni.' Tapi pasang je puting, Arissa terus tidur. Bila dia dah tidur, saya cabut terus.

Itu hari terakhir dia bersama candu dia. Hari kedua hari ketiga sampai sekarang dia tak pernah tengok candu dia. Jangan sesekali sebut puting sebab dia mesti lepas tu teringat. Tapi bila malam dia akan terbangun dari tidur dan terus nangis sambil cakap 'nak ni nak ni'.

So sejak dari hari memisahkan dia dengan puting memang ayahnya kena terima hakikat kena pujuk anak setiap malam. Hoho. Tapi sebenarnya bila dengan saya dia lagi kemain manja. Arissa tak nak kalau setakat tepuk2 montot. Dia nak saya bangun, duduk dan dia akan baring atas riba saya kemudian tidur tanpa rasa bersalah. Haha.

Minggu lepas saya buat tak berapa layan dia. Bila dia nangis saya tanya siapa manja. Dalam menangis dia angkat tangan. Haha. Korang rasa mampu ke mak nyer ni nak marah? Hahaha. Memang tak lah kan. HewHewHew.

Apa pun. Dalam nak memisahkan anak dengan puting memang kena kental. Hati mak ayah kena keras macam batu dengar anak menangis. Kena tegas. Kena menipu. Kena marah. Kena buang rasa simpati. Ha.. Benda nya kecik aje. Puting je pun. Tapi nak memisahkan itu merupakan satu cabaran besar.

Oh. Kawan saya kata Arissa tak nampak jongos. Haha. Maksudnya struktur gigi n gusi nya elok. Alhamdulillah. Bak kata kawan saya dari pembacaannya, puting avent is the best. Dan memang Arissa pengguna setia Avent sejak lahir. Dan puting terakhir dia ialah puting yang leper ada sayap kiri kanan macam si Juna anak teruna Fynn Jamal pakai. Sebijik. Warna hijau jugak. ;)


Belek-belek gambar, ini merupakan gambar terakhir arissa dan candu nya.
Hehehehe.

XOXO,
Mak Arissa. 

8 comments

aThidEaN said...

:)

biasa la budak2.
mak2 lain tak leh judge kenapa kita bg anak kita puting. setiap anak lain...
yg pntg selamat

yUmiE AzuRa said...

good gurl arissa.
good job mak arissa:D

adyna said...

Amni je pernah hisap puting adib mmg tak suka, psst tq gtau website tu akak dah Email dia ;)

Nurul Aziz said...

syabas!!! hahaha.. memang kental lah kan? sy ni tak kental, tak garang, semua pun tak.. anak buat muka sedih sikit pun dah.. okay okay nah amek la hisap puting, tapi malam ni je ye? hahahaha! 'malam ni je ye' tu adalah dialog setiap malam. phew~


tapi nak jugak sebelum dia 2tahun.. mesti bebas puting.. walaupun ayra cuma hisap time tidur je.. takdela kronik sangat.. tapi stil arghh tak suka!! kang jongos :p

atuk nya dah cakap, kang besar kena pakai braces laa camni.. erk atuk la suport? boleh? ekekeke...


ayra pakai tomme tippe.. oh avent bagus eh? nak kena carik avent gak la.. HAHAHA nampak tak? acane nak hentikan anak hisap puting.. still jugak nak belikan puting baru >_<

Kesuma Angsana said...

mmg susah nak pisahkan anak2 dgn puting kan, parents kena kuatlah. Alhadullillah anak2 KA semua 3 tak pernah diajar hisap puting dri kecil lagi heheh so takde masalah !

Fifi Nadhrah said...

comel.. ufairah tak isap puting.. jadi takde pengalaman.. skrg kalau nampak 'nak ni nak ni' arissa mintak lagi tak?

amal said...

hehe comel betul arissa. dalam menangis pun leh angkat tgn lagi ye.. bagusla dah x berpacifier, dah big girl.. mak & ayah bleh start dah tu haha

mrs kayrul said...

Hebat la arissa...satu hari je dah berjaya..good girl

Blog design by Rainy Day