Pages

Sep 2, 2013

Al Quran Pelangi Terjemahan Darul Aman

Assalammualaikum. Hai. 

Tengahari Jumaat, saya upload gambar hasil dari meroyan dekat bookstore. Hihi. Langgar pantang kata nya. Pantang tengok kedai buku. Tak boleh tak masuk. Tak boleh tak beli. Haa gitew. 


Mami Asyraf tegur buku yang kalerpul tu. Hehe. Ok. Buku yang colorful tuh sebenarnya Quran Pelangi serta Terjemahan. Saya dah lama berkenan nak sambar satu tapi belum ada rezeki nak tambah satu lagi Terjemahan. Maksudnya, Terjemahan dah ada so kiranya Quran Pelangi nih merupakan satu kehendak. Ha. Faham tak? Hehe. Alhamdulillah kebetulan terjumpa Quran Pelangi depan mata, ada rezeki lebih maka saya pun grab 1. Alhamdulillah. Dalam hati banyak suka! Suka! Suka!  Suka! Heeee. 


Ini rupa paras dalam Quran Pelangi. Cantik kan? Helaian yang saya pilih ialah Surah Yassin, Kahf dan An Nisa'. Warna-warna ini sangat soft. Sejuk mata memandang. Seronok. Lebih seronok lebih sejuk lebih tenang dari melihat pelangi selepas hujan. 

Ada yang tanya, Quran ini dari Indon ke? Terjemahan ni dari Malaysia. Terbitan Pustaka Darul Iman dengan terjemahan Resm Uthmani. Ada banyak pilihan warna dan sudah tentu Mak Arissa pilih yang warna pink. Kalau nak tahu lanjut tentang Quran ni, boleh rujuk link ini. Menurutnya, Quran ni melalui semakan Lajnah Pentashih Mashaf Al Quran, JAKIM yang terdiri daripada 4 orang pemeriksa yang bertauliah dan berpengalaman, dapat kelulusan Bahagian Penerbitan Teks Al Quran dan satu-satunya Al Quran terjemahan Malaysia bersaiz kompak yang mendapat kelulusan JAKIM. InsyaAllah terjemahan ini tak diragui. :)

Harga? Saya beli di KEDAI BUKU 1 MALAYSIA di UTC, KL. Saya suka beli buku dekat KB1M sebab harganya lebih murah dari harga normal yang tertera pada belakang buku-buku. Tapi Quran Pelangi ini tak ada tanda harga. Kalau di website harganya RM85. Saya beli buku ini dengan harga RM72.25. Alhamdulillah. Jimat banyak. Boleh beli buku hard cover dak muncit. Hehe. Oh ye. Normal harga buku di KB1M akan kurang dalam RM5. Kalau buku harga RM30, dekat situ RM25. Dan saya paling suka kumpul Majalah Solusi yang isu-isu lama sebab dekat situ jugak harganya RM5 sahaja. ^_^

Sebelum ni, sebelum saya jumpa Quran ini depan mata. Saya dah berkenan dengan Quran Pelangi yang satu tempoh ada banyak yang jual dekat FB. Mushaf Al Burhan. Boleh tengok dekat belog dak Intan nih. Kalau berkenan boleh order dekat dia jugak. Details, tanya dia. Eh? Tak pasti dak Intan nih masih jual lagi tak. Haha. Korang tanya lah ye kalau berkenan. HewHewHew. 

Eh. Daku macam promoter Quran Pelangi lak kan? Haha. Benda baik, kita kongsi. Nak kongsi Terjemahan,  daku tak layak. Huuu. Quran; Pelangi atau tidak kita tetap kena baca kena faham. Sebab semuanya dari Al Quran. Kitab yang Allah turunkan kepada kita sebagai panduan. Pelangi ini sebagai pakej untuk lebih menarik perhatian terutamanya bagi saya yang sering alpa. Ampuni dosa hamba Mu ini Ya Allah. :'( Semoga saya Istiqomah. Aamin. InsyaAllah. Kalian juga, InsyaAllah. Aamiin.

satunotahati: maaf di fb & ig saya guna perkataan Tafsir. 
ternyata Tafsir & Terjemahan itu berbeza.

XOXO, 
Mak Arissa. 

3 comments

Asyifa Mustaffa said...

Mcm teringin juga nak satu...padahal..dah ada 2 tafsir kat umh ni...:-)

Cik Puan Rara said...

wahhhh murah lah quran pelangi tu.kalau tempat lain 100++ taw.

Umi Qi said...

Sonok tgk ada terjemahan berwarna warni...semangat nk tahu maksud dalami al-quran ....pernah Umi qi beli buku kt UTC kl tuh...bestttt sgt...nanti nk terjah lah..tq dear

Blog design by Rainy Day