Pages

Sep 27, 2013

Reminder #1

Assalammualaikum. Hai.


BE POSITIVE ALWAYS


Never give up before you even try.

Nothing is really over until you stop trying.

Never say it's impossible before you pursue the way you think it's possible.

Never make yourself feel less worthy by comparing yourself with others.

Never allow obstacles to stop you.

Confront and transform them to opportunities.

Believe in working hard towards your future.

Take a step at a time to reach your goals.

Always believe in yourself.

Your happiness is in your hands.

For it you keep saying positive.

You can make your dreams come true!

source: positive ideas (bookmark)

XOXO,
Mak Arissa.

PPZ: Zakat Pendapatan

Assalammualaikum. Hai.

Dah lebih 3 tahun bekerja, saya baru terbuka hati nak bayar zakat pendapatan. Sobs! :'( Semalam, selain menjenguk PTPTN saya ambil peluang ke PPZ juga. Suasana PPZ berbeza dengan di PTPTN. PPZ sunyi sangat berbanding PTPTN. Tak perlu menunggu giliran. Hehe.

Saya nak kongsikan sedikit bagaimana pengiraan ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR oleh seseorang;

kiraan zakat oleh pegawai PPZ sendiri

NISAB
2012 - RM13,113
2013 - RM14,066
(Nisab berubah dari tahun ke tahun mengiut nilai emas)

Kalau tengok dekat panduan atas tu, ada Cara 1 dan Cara 2. Kiraan untuk saya ialah Cara 2. Maaf, tidaklah pula Mak Arissa nih perasan ada Cara 1 dan Cara 2 di kaunter tadi. Sobs! Huuu. Dekat panduan tu memang ada contoh dan pegawai PPZ buat catitan situasi saya di sebelah hujung.

A. Pendapatan dari semua sumber (setahun)

Makluman

Ok, korang sedia pen kertas kalkulator semua ye kalau berminat untuk kira. Hehehe. 

Contohnya saya dari Jan-Jun, gaji A. Kenaikan bulan Julai-Disember nanti, gaji B. Maka kiraan gaji tahunan saya, ((A x 6) + (B x 6)) = C. Bila ada ekstra pendapatan yang tetap (side income) andaikata bermula Ogos, maka kiraan gaji tahunan (C + (D x 5)) = E. Ingat! Pendapatan nih pendapatan kasar. Gaji pokok + elaun + cola dan bukan yang dah tolak pinjaman atau KWSP. 

B. Tolak perbelanjaan yang dibenarkan (setahun)
Diri
Isteri
Anak
Pemberian kepada ibu bapa
KWSP
Caruman berzakat

Jumlahnya F.

C. Pendapatan yang layak dizakat ialah

E - F = G

D. Zakat yang wajib dibayar
(kerana pendapatan layak adalah melebihi NISAB yang diatas)

G x 2.5% = H

bersamaan dengan RM1,234.00 untuk Mak Arissa. 
Pegawai PPZ terus kata, 'cantik nombor ni puan'. :')

E. Jumlah potongan gaji zakat sebulan.

H / 12 = I

Faham tak? Boleh agak tak berapa korang kena bayar? Kalau tak faham, boleh tanya Mak Arissa atau boleh terus pergi kaunter. Lagi afdhal. Hehe. Hasil dari kiraan tuh, Mak Arissa boleh buat bayaran bulan RM103 untuk mencukupkan jumlah zakat yang wajib dibayar. Since ada 2 bulan sahaja lagi 2013 akan melabuhkan tirainya, semoga Allah mempermudahkan Mak Arissa untuk bayar jumlah nombor yang cantik itu. InsyaAllah. Doakan ye kawan-kawan. :)

Bagi persediaan tahun hadapan, pegawai PPZ dah bagi borang untuk KEBENARAN POTONGAN GAJI ZAKAT (SKIM THOHIR). Tak perlu risau, tiap-tiap bulan dah siap potong. InsyaAllah.


Tadi, saya juga sempat tanya. Adakah pinjaman peribadi, ansuran rumah dan ansuran kereta tidak diambil kira. Pegawai PPZ cakap, hanya perbelanjaan yang dinyatakn di atas sahaja yang dibenarkan. Hujung minggu ni nak kirakan untuk Ayah Arissa pulak. Kalau jumlah pendapatannya suami setahun melebihi nisab, Ayah Arissa wajib bayar zakat jugak. Ha gittew. Selama ni bayar Zakat Fitrah je kan. Heee.

Sekadar untuk pengetahuan bersama, ada empat lagi zakat;

Zakat Wang Simpanan
(baki simpanan terendah dalam setahun)**
Zakat KWSP 
(jumlah wang yang dikeluarkan)
Zakat Saham
(saham yang disimpan melebihi setahun)**
Zakat Emas
(emas yang disimpan  dalam setahun tidak dipakai)**

**jika melebihi nisab kecuali KWSP

NotaKaki; Rebat Atas Cukai Pendapatan - Semua bayaran zakat boleh ditolak dari Cukai Pendapatan individu tahun semasa [Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 6A(3). Makanya, akan terhapus satu nota 'potongan gaji berjadual' dalam slip gaji. Hehe. InsyaAllah.

satunotahati: 
tagline PPZ; berzakat menyucikan harta dan jiwa.
amin ya rabb.

XOXO, 
Mak Arissa.

Sep 26, 2013

PTPTN: Ujrah 1%

Assalammualaikum. Hai.

Tadi, Mak Arissa minta kebenaran ke PTPTN. Mak Arissa dah selalu sangat tunda nak menjenguk PTPTN. Lepas baca entri Umi Qi pagi tadi, Mak Arissa kuatkan hati nak pergi juga. Kalau tak kuat hati memang malas. Huuuu. Lokasinya, sudah tentu UTC Plaza Rakyat je.

Teruja bila baca Umi Qi dah habis bayar PTPTN. Terus tak sabar rasanya nak habiskan juga. Hehehe. Teruja juga Umi Qi buat simpanan tetap sebanyak itu. Mak Arissa jumlah itu memang peruntukan untuk mak bapak dan adik-adik di kampung. Sekarang, tambahann dengan Cik Puan Ava.


Masa nampak je ini, terus cakap 'eh ada diskaun ke?' Adik PTPTN jawab, "ada. laaa. akak tak tau ke." Atas sebab tak baca abis Mak Arissa jawab, 'tak tau. eh... ala.. kalau bayar sebelum 30 Sept. mana nak cekau duit nyer dek oi nak bayar full.' Hahaha. So, korang tengok lah jumlah PTPTN Mak Arissa kalau lepas potongan tuh. Dah tak dapat bayar full, nan hado la nilainya banyak itu kan. Huuu. Oh ye, Mak Arissa nih dulu aliran sains. Loan banyak sikit dari sastera. Pengajian 3 1/2 tahun pulak. :)

Mak Arissa nih pun tanya la, 'kalau akak nih kan sebenarnya berapa minimum akak bayar barulah betul-betul akak ni bayar hutang. bukan bayar kos pentadbiran je?' Straight to the point kata ko! Haha. Adik PTPTN tak jawab terus. Cuma dia hulur 1 borang suruh isi. Akak isi Ujrah ni dulu. Nanti diorang akan kira semula berapa minimum akak. Kalau sekarang dalam RM50+ nanti dalam RM20+ je kalau dapat Ujrah. Huuu. Dan akhirnya Mak Arissa isi jugak.
 

Sebelum ni Mak Arissa memang tak nak isi benda nih sebab renyah. Ramai yang kata ada yang tak berjaya tukar. Huuu. Lagipun dulu macam kawan-kawan buat, ada je documents yang nak kepilkan. Tapi yang Mak Arissa isi nih tak ada nak apa pun. Even nombor pinjaman pun dia kata tak payah isi. Nanti diorang isi kan. Sebab dah ada nombor IC. Ha.. Senang gila. Apa lagi. Isi je lah. Huuuu. Then katanya, benda ni akak di proses dalam masa 14 hari. Nanti diorang call suruh tandatangan agreement baru. Ha gittew.

Mak Arissa tanya juga, kalau nak bayar KWSP macam mana. Of course kena refer KWSP. Dan masa mohon kita refer PTPTN untuk dapatkan semua dokumen yang PTPTN perlukan. Akaun KWSP yang boleh dikeluarkan ialah Akaun 2. Sobs! Ciput jek. Huuuu. Diorang pun jawab sambil gelak-gelak, 'aah kak, akaun 2 sikit je.' Haha. So sekarang nih tengah nak pertimbangkan, nak keluarkan KWSP tu tak. Hoho.

satunotahati: korang apply ujrah tak? 

XOXO,
Mak Arissa.

Terima Kasih

Assalammualaikum. Hai.

Dulu Mak Arissa ada seorang kawan. Dulu Mak Arissa ingatkan dia kawan baik Mak Arissa. Tapi, sebenarnya mungkin kawan rapat je kot. Atau sekadar kawan. Entah. Mak Arissa jadi keliru. Keliru bila tiba-tiba dia menjauh. Sikapnya luar dari kebiasaan sebelum ni. Caranya. Segalanya. 

Memang, Mak Arissa jenis yang suka berfikir. Hal sendiri. Hal keluarga. Hal kawan. Hal kerja. Remeh pun fikir apatah lagi yang besar. Kerana kawan saya ni buat saya berfikir sampai saya rasa agak sesak fikiran. Ayah Arissa pernah marah. Marah sebab benda remeh sebegini saya perlu berfikir banyak. Mak Arissa selain keluarga, kawan-kawan juga agak penting dalam hidup.

Dan saya disedarkan oleh beberapa orang yang menjadi tempat saya meluahkan rasa. Bertapa saya merugikan waktu-waktu berharga saya untuk memikirkan dia yang semakin menjauh. Hanya dia seorang sedangkan disekeliling saya ada ramai lagi orang. Contohnya, Allah hadirkan saya Mommies Gojez. Alhamdulillah. 

Pernah juga saya terlintas untuk bertanya pada dia. Kenapa? Tapi saya tak mahu keruhkan keadaan. Suatu ketika dahulu kami pernah berkongsi rasa berkongsi cerita, saya yakin dia lebih mengenali saya. Sekiranya saya pernah berbuat salah tanpa saya sedar, saya harap dia memaafkan saya. Saya terima jika begini kesudahannya.

Saya harap suatu hari, jika ada salah saya atau apa jua perbuatan saya yang tidak disenangi oleh dia atau mungkin sahaja sebarang kemusykilan tentang diri saya; dia akan bagitahu/tegur saya. Walaupun saya tak layak lagi menjadi kawan rapat dia, tapi sekurang-kurangnya saya boleh perbaiki kesilapan saya.

Alhamdulillah. Terima kasih Ayah Arissa. Terima kasih Kak Yatie. InsyaAllah Mak Arissa terus berfikiran positif, mengenepikan sebarang perkara yang remeh temeh dan terus sentiasa berusaha untuk mensyukuri nikmat Allah dengan erti kata yang sebenar. Kita tak berupaya untuk memuaskan hati semua orang.

Dan dia, terima kasih kerana dulu menjadi tempat aku berkongsi cerita meluah rasa. Terima kasih kerana meladeni aku.
Terima kasih.

satunotahati: tarik nafas dalam-dalam... hembus kuat-kuat... 
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahhuakbar

XOXO,
Mak Arissa

Sep 25, 2013

Body Part by Nur Arissa Batriesya

Assalammualaikum. Hai.

Pejam celik. Pejam celik.
Hari ini, Nur Arissa Batriesya dah 1 tahun 8 bulan.
Anak demanded nak keluar hari gaji mak ayah.
Hoho.

Alhamdulillah. 
^____^

satunotahati: mak tak bersama kamu setiap hari.
tapi doa mak setiap saat kepada kamu.

XOXO,
Mak Arissa.

Wordless Wednesday : HandSocks

Assalammualaikum. Hai.


Mak Arissa nak kongsi dengan korang tentang handsocks yang sangat selesa dipakai, tebal tapi tak panas. Badan Mak Arissa jenis lebar kata orang. Selama ni handsocks mesti yang rasa macam ketat-ketat lepas tu ada nampak kesan dekat lengan. Jujur, Mak Arissa memang fall in love dengan handsocks nih. Sebelum ni Mak Arissa tengok review dari customers je terutamanya adik Dena Bahrin, ibu Saif. Hehe.

Handsocks yang Mak Arissa beli ada 'lubang' khas untuk digunakan macam yang sebelah kiri tu. Sebenarnya Mak Arissa tak cakap yang Mak Arissa nak yang biasa-biasa je, sebab itu dapat yang ada 'lubang'. Hehe. So, Mak Arissa pakai macam yang sebelah kanan. Mak Arissa lipat sikit bagi lubang tu tak nampak. Kang orang kata handsocks pun tak boleh nak ganti ke - koyak. Huuuu. =P

Kalau korang rasa nak cuba, korang boleh jenguk instagram;


atau

sesiapa yang kat Melaka boleh terus pergi ke

Butik Pesona Syifa, F11 Tingkat 1
Mydin Mall, MITC
Ayer Keroh, Melaka

satunotahati: bukan iklan sponsor. 
bukan agen butik. 

XOXO,
Mak Arissa.

YES to Pneumococcal Disease (PnD) Protection

Assalammualaikum. Hai.

Sebelum scroll ke bawah, mari sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat adikku Awang Firdaus Awang Bakar dan buah hati Erina, Aqil Hamzah


Alhamdulillah. Semalam, Mak Arissa berjaya mengepos ketujuh-tujuh kad Kempen YES dari Erina. Semoga istilah ekspres itu seperti bas ekspres lajunya untuk sampai ke Shah Alam. InsyaAllah. Terima kasih Erina sebab kirimkan kita tujuh kad. Syukur Alhamdulillah, berjaya juga mengisi ketujuh-tujuh kad tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga buat mereka yang menyokong kempen ini;

Puan Suryani Supani
Puan Amiruniza Kamil
Puan Shahara
Encik Amin Kadir
Encik Fairuz Hamidi

dan




Mak Arissa
*seriously lama gila tak selfie*
*hihihi*

Gambar bersendirian bersama kad YES! I AM PROTECTED itu adalah atas permintaan Erina untuk menunjukkan sokongan kita pada kempen ni. Ikutkan hati nak ambil gambar semua yang 7 orang yang sokong kempen ini bersama Mak Arissa. Apakan daya. Hehe. Dan mohon ampun dan maaf tak sempat nak ambil gambar details yang dihantar kepada Erina atas sebab tengahari tadi kebetulan staffs Mak Arissa nak ke pejabat pos. Kelam kabut kirim. Ampun dan maaf dari Mak Arissa.

YES to PnD Protection campaign marks another step towards making pneumococcal vaccine available to all Malaysian children to ensure ther are able to lead healthy and fulfilled lives.

Marilah sama-sama kita mendoakan semoga usaha dalam kempen ini berhasil. InsyaAllah. Nur Arissa Batriesya dapat suntikan Pneumococcal Vaccine di KPJ Ipoh Specialist bersama Dr. Jasmine. Alhamdulillah. Kita berusaha dan selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT. Setiap ibu bapa punya pilihannya sendiri dan setiap pilihan itu semestinya telah difikirkan buruk baiknya. 

satunotahati: semoga mama dan ayah Aqil Hamzah terus tabah.
dan semoga juga kita diberi kekuatan sebegitu.
insyaAllah.

XOXO,
Mak Arissa.

Sep 24, 2013

Episod Akhir Cinta Jannah

Assalammualaikum. Hai.

Korang layan tak Cinta Jannah? Mak Arissa layan tau. Hahaha. Hari ni episod akhir Cinta Jannah. Lambat 15 minit duduk depan tv. Tapi, still ok la. Haha. Puas juga membebel dalam masa 45 minit termasuk iklan tuh. Emosi katanya kann. Huuuu.

Tapi sebenarnya tak puas hati dengan ending tuh. Seolah-olah macam tak ada pengajaran. Arghhh! Seorang isteri yang tinggalkan rumah tinggalkan suami tanpa izin tak ada satu message yang kata itu adalah perbuatan yang SALAH dan berDOSA. Ending nya they live happily dengan lovely husband? Errrr. Dan satu lagi. Episod sebelum ni, si Jannah tu kena halau oleh bapak dia atas alasan dia mengandung anak luar nikah. Ko bahagia hidup dengan suami tanpa selesaikan urusan dengan mak dan bapak ko kat kampung? Errr. 

Arghh! Geram gila dengan ending drama yang tergantung macam nih. Well, kita penonton. Kita menghayati. Kita expect more than that. At least, penghujung yang buat penonton cakap, "oh ok". No more question mark kat atas kepala melayang-layang. Hahaha. Mak Arissa nih memang suka hover. Walhal drama je pun. KuiKuiKui. Tapi itu la, harap nanti-nanti tak ada lagi pengarah yang buat drama yang tergantung. Huuu. Pedih hulu hati oi. Hahaha.


satunotahati: jangan tiba-tiba ada yang suruh mak arissa jadi pengarah pulak sudah. hahaha.

XOXO,
Mak Arissa.

NAB : Life Is Great, GE!

Assalammualaikum. Hai.

Dulu saya pernah janji kat sini nak review bila ada polisi dekat tangan. Ya ampun. Cetek ilmu untuk review setelah baca polisi ala-ala baca Akta dan Pekeliling. Haha. Diri sendiri pun puluh kali ganggu Auntie GE si Arissa, ada hati nak buat review. No. No. No. No. No. Bak kata Arissa nampak lalat singga kat hos paip ayahnya then mengadu, "ayah..." Ceh! HewHewHew. 


Life Is Great tuh kira macam tagline Great Eastern. Kenapa saya pilih Great Eastern? First of all, atas sebab Auntie GE si Arissa ni memang menarik hati saya dari segi writing dia. Sempoi. Senang nak faham. Ringkas. Jelas. Padat. Korang boleh pergi blog dia untuk korek tentang GE nih. ANOTHER STEP. Korang boleh bezakan macam mana cara dia cerita tentang insurans dengan blog agen insurans yang lain. Mak Arissa nih bukannya suka nak formal-formal. Sebab tu bila baca polisi banyak skip tengok yang penting lepas tu pening dah rasa macam baca Akta. Adeh! =P

Second, saya buat baaaanyaakkk comparison dengan insurans lain yang kategori glamor. Wah gitu! Hahaha. Dan terus terang point utama saya pilih ialah jumlah yang di cover. Tahunan. Seumur hidup. Reasons yang lain ada jugak tapi tak berapa ingat. Hehe. Third, insurans ini juga boleh dikira sebagai saving. InsyaAllah masa Arissa dah 20 tahun umurnya, boleh guna untuk dia sambung belajar. Haaa gittu. Fourth, of course Takaful. Cukup ke empat faktor nih? Hehehe.

Saya nak sembang panjang pun tak berapa nak reti. Tapi disini saya nak kenalkan Auntie GE si Nur Arissa Batriesya nih. Dia agen takaful Great Eastern full time. So, maksudnya dia akan sentiasa available untuk semua clients dia. Dan kalau nak tahu, dalam masa yang singkat dia dah beberapa kali dapat Award dari Great Eastern. Good Job Auntie GE Arissa!!! Well Done!! Semoga Allah permudahkan segala urusan dan impian korang suami isteri nanti untuk melebarkan sayap. InsyaAllah.

Ok lah korang. Silalah contact beliau sekiranya nak tahu lebih lanjut tentang Great Eastern. Qyla Aqilah.


Kenapa Auntie GE? Trademark dari Arissa. Auntie Great Eastern. Haha.

Korang terjah je dulu blog dia. Lepas terjah terpulang, korang nak tanya dalam-dalam itu ha ada 3 option. Call. Emel. Wassup. Ngeeee.


Mak Arissa pun ada! Hihihi.

XOXO,
Mak Arissa. 

Sep 23, 2013

Guru Ganti

Assalammualaikum. Hai.

Korang pernah baca tentang kerisauan Mak Arissa kat adik dia? Haha. Bajet macam orang baca kisah merepek daku kan? HewHewHew. By the way Alhamdulillah, walaupun tak tahu lagi ke mana hala tuju dia dan apa yang patut dia buat - hari ini dia akan memulakan tugas baru sebagai guru ganti pra sekolah di bandar Kuching. Hari ini sehingga tiga bulan nanti; InsyaAllah. Faham-faham lah kan kalau dah tiga bulan. Ganti cikgu cuti bersalin lettew! Hihi.

At least, tak ada lah dia duduk umah mendongak tv dan menatap hp semata. At least, boleh la dia nanti hulur seringgit dua kat mak bapak. At least, boleh la belanja Kak Ngah dan Syamilah keropok dua pukuh sen 5 bungkus. Ha gitew. Perumpamaan kekdahnya. Hehe. At least, dia dapat pengalaman yang boleh masuk CV nanti. Kann? At least, pengalaman bersama budak-budak dan dipanggil cikgu. Mak Arissa ni pernah jadi cikgu seminggu pun sampai sekarang student panggil cikgu lagi. Wahaha. Silap sekolah tu la bagi Mak Arissa ngajo BM. Kalau bagi ajar Math dulu mesti daku salah seorang cikgu DPLI. Haha.

Rezeki Allah ada dimana-mana. Allah bagi dengan pelbagai cara. Ada yang perlu mencari. Ada yang dicari. Mak Ude Arissa adalah kategori dicari. Alhamdulillah. Apa pun, kami mendoakan yang terbaik untuk dia. Semoga dia yakin. Semoga dia terus ikhlas dalam setiap pekerjaan yang dia lakukan. Kami yakin dia boleh. :)


Appearance dia dengan saya memang jauh berbeza. Hohoho.


Dayang Nur Imani
(Cilok fb)
^___^

XOXO,
Mak Arissa. 

Daging Dendeng Resepi Mak Mentua

Assalammualaikum. Hai.

Panjang kemain tajuk kan? Hehe. Tapi tetap nak highlight jugak resepi Mak Mentua sebab mak masak SEDAP SANGAT dan SIMPLE SANGAT. Haha. Baru tahu minggu lepas kekdah nya masa tolong mak masak kat dapur. Tolong kacau. Hihi.

So, bahan-bahannya;
Daging (potong nipis, tumbuk dan goreng)
Bawang merah (kisar)
Cili kering (kisar)
Gula melaka
Kicap manis
Belacan (option)
Minyak menumis

Cara;


Mak cakap masak dendeng kena pakai bawang merah banyak. So, kat atas ni daging seketul kecik saya pakai banyak tu bawang. Tak ada sukatan yang tepat. Main agak-agak je. Hohoho.


Daging tu kena rebus. Mak kata beli seketul, rebus seketul, lepas tu baru potong nipis, tumbuk sikit-sikit dan goreng sekejap je bagi kaler dia macam digoreng. Errr. Korang paham ke? Hahaha. Goreng kejap je. Jangan sampai hangus. Wat cukup syarat kot. HewHewHew. 

Tumis bawang merah tu sampai betul-betul garing. Maksud garing bila tumis bawang kisar, bila warna bawang dah gelap2. Hehehe. Saya tau korang tau. Ni nak bagi ingat kat diri sendiri je. Haha. Then, masukkan cili kisar. Tumis sampai naik minyak. Ikut korang nyer nak banyak mana. Nak pedas bagi banyak. Ha gitu.

Dah tu masukkan daging, gaul2 kejap. Masukkan air rebus
PMasuk sikit belacan, gaul rata. Masuk gula melaka, gaul rata lagi. Masuk kicap manis, masuk garam masuk perasa. Gaul-gaul rata - siap! 

Angkat!
Hidang!
Makan dengan nasi putih!
Terangkat!
Hihi.


Makan malam hari Sabtu bukan setakat daging dendeng. Tapi tomyam Arissa turun temurun bak kata ibu princess. Saya menuntut ilmu dari Rara, Rara dari Anis dan Anis pulak dari Nana. Resepi korang korek la dari teratak diorang hokey! Cuma Mak Arissa letak cendawan dan cili padi separuh. Nak kasi pedas sikit kata nya. HewHewHew.


XOXO,
Mak Arissa. 

Sep 20, 2013

ESCAPE! Irresistible moments. Unmissable events. Always yours.

Irresistible moments.
Unmissable events.
Always yours.
@

Hello everybody! Assalamualaikum! Hai Celcom users! =D

Good news to share with you guys, Celcom has launched their new application called ESCAPE for their users – nationwide! You can watch your favorite movies, live events, live news, concert and TV series through your laptop, tablet and smartphone. *I can watch my TV series on my way to Ipoh every Friday! Weeee.*

So, let’s together make the world of entertainment in your hands. *cewah!!*

First, you need to register at www.ESCNow.com
    
Simple as counting 1 2 3 and it is FREE! Yeay!

 

This is what you’ll see thru your smartphone.
ESCAPE Apps.

 

Then, this is your ESCAPE Dashboard.
There are two options.
Watch All & Watch One.

So let me bring you to Watch All option.


Featured.


Which one do you prefer guys?! ;)

 

Movies.
I am interested with that SUSUK.
Hahaha.


TV Series!
The Little Nyonya?!
^___^


However, before you can Watch All, you need to get a pass.
RM25 only to ESCAPE anytime, anywhere and enjoy a movie marathon.
Walllaaa~!!


Okay! So.
This is Watch One.
 



RM6 only to watch Lemak Kampung Santan.
Weee!~


And there’s your wishlist.
Weeehuuu!
So you can enjoy all sorts of movie genres and of course varieties of Hollywood, Korean, Indonesians, Hindi and Local Movies.
There are no more worries to miss a new episode, season or movies as it has Pause & Play function and you can continue watch them on another device.

So guys! Install the ESCAPE application.
Register.
Enjoy!

Sep 19, 2013

Arissa dan Puting nya...

Assalammualaikum. Hai.

Nur Arissa Batriesya dilatih dengan puting sejak umur dia 2 minggu. Ya. Dilatih. Dilatih sebab lepas pantang dia perlu naik flight. Itu sahaja cara yang boleh buat dia telan air liur masa dalam flight. Cari info tatacara dalam flight selain dari pasang penutup telinga ialah penggunaan pacifier.

Memang perancangan nak pisahkan Arissa dengan puting bila umur dia 2 tahun. Hehehe. Baaaanyaaak perancangan untuk dilaksanakan bila Arissa dah umur 2 tahun. Nak tambah seorang lagi salah satu nya. KahKahKah. InsyaAllah. Tapi kita merancang, sebaik-baik perancang itu Allah SWT.

Tempoh hari Arissa kan kena HFMD. So benda alah tu ada juga timbul dekat bibir Arissa atas sebab penggunaan puting yang membuatkan air liur rotate dalam mulut. So bermula la proses perpisahan Arissa dab puting nya. Tapi.... Bukan mudah...

Siang; saya boleh bawa dia main masak-masak, tumbuk-tumbuk, guling-guling. Tapi bila malam. Hari pertama dia nangis dari pukul 630 petang sampai 1045 malam. Saya surrender. Apa pun tak boleh nak buat dia tak nangis. 'Nak ni. Nak ni.' Tapi pasang je puting, Arissa terus tidur. Bila dia dah tidur, saya cabut terus.

Itu hari terakhir dia bersama candu dia. Hari kedua hari ketiga sampai sekarang dia tak pernah tengok candu dia. Jangan sesekali sebut puting sebab dia mesti lepas tu teringat. Tapi bila malam dia akan terbangun dari tidur dan terus nangis sambil cakap 'nak ni nak ni'.

So sejak dari hari memisahkan dia dengan puting memang ayahnya kena terima hakikat kena pujuk anak setiap malam. Hoho. Tapi sebenarnya bila dengan saya dia lagi kemain manja. Arissa tak nak kalau setakat tepuk2 montot. Dia nak saya bangun, duduk dan dia akan baring atas riba saya kemudian tidur tanpa rasa bersalah. Haha.

Minggu lepas saya buat tak berapa layan dia. Bila dia nangis saya tanya siapa manja. Dalam menangis dia angkat tangan. Haha. Korang rasa mampu ke mak nyer ni nak marah? Hahaha. Memang tak lah kan. HewHewHew.

Apa pun. Dalam nak memisahkan anak dengan puting memang kena kental. Hati mak ayah kena keras macam batu dengar anak menangis. Kena tegas. Kena menipu. Kena marah. Kena buang rasa simpati. Ha.. Benda nya kecik aje. Puting je pun. Tapi nak memisahkan itu merupakan satu cabaran besar.

Oh. Kawan saya kata Arissa tak nampak jongos. Haha. Maksudnya struktur gigi n gusi nya elok. Alhamdulillah. Bak kata kawan saya dari pembacaannya, puting avent is the best. Dan memang Arissa pengguna setia Avent sejak lahir. Dan puting terakhir dia ialah puting yang leper ada sayap kiri kanan macam si Juna anak teruna Fynn Jamal pakai. Sebijik. Warna hijau jugak. ;)


Belek-belek gambar, ini merupakan gambar terakhir arissa dan candu nya.
Hehehehe.

XOXO,
Mak Arissa. 

Sep 18, 2013

Wordless Wednesday: Hidup

Assalammualaikum. Hai. 


Aku datang dari keluarga sederhana.
Bapak seorang nelayan kemudian buruh.
Mak seorang pembantu cikgu tadika.

Zaman kanak-kanak aku sama seperti orang lain.
Cuma aku ada pengalaman yang sangat berharga.
Aku menemani bapak ke laut untuk mencari rezeki.
Jaring ikan, ketam dan udang.
Candat sotong dan tangkap obor-obor.
Aku bantu mak jual nasi lemak dan kuih muih.
Sekolah dan dari rumah ke rumah.

Zaman selepas graduasi aku seperti orang lain juga.
Mencari dan terus mencari.
Aku tak pernah lupa.
Aku turun naik bas di pekan ipoh.
Pergi dari satu syarikat ke satu syarikat.
Aku naik bas ke KL.
Naik LRT ke KLMU.
Aku naik komuter ke Subang.
Teksi hantar tempat yang salah.
Aku berjalan kaki 2 kilometer.
Rupanya Taylor's College dah berpindah.
Aku naik teksi ke Lakeside Campus.
Make up 'semadi nadai' cair.
Kemudian rezeki aku di Ipoh.
Alhamdulillah cukup untuk kami suami isteri dan anak yang dikandung.
Alhamdulillah lengkap segala persediaan untuk menyambut kelahiran pertama.

Siapa aku kini.
Datangnya dari diri aku yang dulu.
Perit payah yang aku lalui.
Buat aku berusaha mencari hala tuju.

Aku tak sempurna.
Nyata aku juga manusia. 
Cuma bila aku ditanya.
Jawab ku jangan pernah putus asa.

Ingatkan aku.
Tegur aku.
Jika aku kelihatan angkuh.
Jika aku berubah bongkak.

Maafkan aku.
Ampuni aku.
Jika aku kasar menegur.
Jika aku lancang berkata.
Kerana aku sayang.
Tapi bila aku diam.
Kau tiada makna lagi buat aku.

XOXO,
Mak Arissa. 

Sep 17, 2013

Tiga Hari

Assalammualaikum. Hai.

Cuti tiga hari kali ini lebih kepada family in law time. Cewaah! 

Sabtu, Alhamdulillah Mak Long Arissa dah menjadi tunangan orang. Majlis tunang yang ringkas sahaja. InsyaAllah sekejap sahaja lagi akan bertukar status isteri orang. Semoga dipermudahkan urusan diorang. InsyaAllah.


Tak berkesempatan nak pergi jenguk Princess si Rara. At first majlis katanya selepas Zohor then injak lepas Asar. Tapi rombongan lelaki sampai hampir pukul 6. Lepas Asar la jugak kan. Huuuu. Ingat hari tu nak ngintai Princess n Retis BBTV Hannah. Encik suami pun berulang kali tanya nak pergi nya bila. Nak pergi camno kalau ada banyak benda nak kena toling. Kaannn? Belum jodoh nak jumpa mak2 gojes sekalian. :) 

Ahad, kami bawa Ateh Arissa ngan tok dan mak tok pergi cari barang. Nak beli antivirus dan software autocad katanya. So, walaupun Ayah Arissa tengah sakit perut masa tu. Hoho. Demi adik. Nasib baik tak meragam dengan melampau perutnya sampai ke petang. HewHewHew.


Isnin, balik rumah Mak Tok Arissa awal dari biasa. Tolong masak makan tengahari. HewHewHew. Iols belajar masak daging dendeng. Orang baru nak belajar masak kekdah nyer. Hahaha. Terus rasa nak buat sendiri minggu depan. KuiKuiKui. Then kuar sekejap survey 'kasut' si 'kuda' putih. Huuu. Then meronda ke AEON Kinta dek kerana hujan. Dari weekend ke weekend daku tak berkesempatan ke Padang Polo. Tehehe.

Kalau hari tu kami setuju, sepatutnya kami ke Kelantan dan Terengganu sebab sekolah Ayah Arissa buat trip ke sana. Atas sebab iols memang tak gemar ikut trip trip bagai nih - so, Ayah Arissa pun tak ikut jugak. Benda tak wajib macam diorang ke Hat Yai tempoh hari. Ayah Arissa kalau benda tak wajib memang dia tak pergi kalau anak bini tak pergi. HewHewHew. Tapi kalau dah kena mengiring budak, nak tak nak kena pergi. Huuuuuu.

Survey iols pun ditunda ke tarikh tak pasti bila. Sebab tu kami cakap rezeki Mak Long Arissa kami tak ke mana-mana dan tak rancang apa-apa. Iols ni kan suka jalan-jalan. Tengok tapak kaki la ada taik lalat kiri kanan. Hahaha.

Ok then. Macam orang kisah pulak dengan hujung minggu iols yang tak menarik nih kan. Hahahaha.


Last but not least;
Tuesday Bluess!!
LOL!

XOXO,
Mak Arissa. 

Sep 16, 2013

Selamat Hari Malaysia

Assalammualaikum. Hai. 

Selamat Hari Malaysia uolllsss! 
Sama2 kita mendoakan keamanan dan kesejahteraan negara kita.
Semoga negara dan rakyat Malaysia berada dalam rahmat, berkat dan redha Allah.
InsyaAllah. 


Inilah dia muka yang wish happy malaysia day buat ebelibodi. 
HewHewHew. 

XOXO,
Mak Arissa.

Sep 13, 2013

Keputusan Rayuan Kemasukan IPTA

Assalammualaikum. Hai.

Hari ni keputusan rayuan kemasukan IPTA. Tanpa pengetahuan adik, Mak Arissa SMS check. Nasib baik kebetulan dua hari lepas mak hantar nombor IC kami anak beranak untuk sistem keselamatan gomen. Bila Mak Arissa baca perkataan dukacita, Mak Arissa yang nak menangis. Sobs! Mak Ude Arissa tak berjaya nak masuk IPTA. Mak Ude Arissa lepasan STPM Sastera. 

Tak tahu nak kata macam mana. Just forward the result to her tanpa ada kata-kata. I've nothing to say melainkan otak tengah ligat fikir apa nak buat nih dan hati resah memikirkan masa depan adik. Yelah, saya ni anak sulung. Then kami cuma empat beradik setelah arwah adik pergi dulu. Mak Ngah Arissa memang bakal surirumah sepenuh masa. Dan boleh kata, kami tiga beradik nih harapan keluarga. Yang no 4 a.k.a bongsu ganti baru Tingkatan satu di SMKA.

Bila dah tahu result, baru saya boleh buat perancangan seterusnya untuk dia. InsyaAllah saya akan bawa dia ke sini bila saya dah dapat rumah yang sesuai. Mungkin buat sementara waktu, dia akan tolong jaga Nur Arissa Batriesya sementara nak cari tempat yang sesuai untuk hantar Arissa. Then, bila dah comfortable baru dia cari kerja yang lain kalau in any case tak dapat tawaran yang baik.

Errrr. Daku bajet macam kompom aje kan nak pindah tak lama lagi. Hahaha. Semoga dipermudahkan Allah untuk dapatkan rumah yang ok dengan persekitaran yang ok. Phew! Awat la office nih kat Maluri? Huhu. Tapi kan, dengar khabar angin macam nak confirm aje bakal pindah dekat area The Mines. ArgghH! Kalau pindah pun mungkin 2 atau 3 tahun akan datang. Kalau nak tunggu time tuh memang lambat la si Arissa tu nak ada adik. Dah la mommies gojez dah masing-masing tunjuk dua line. Heh!~ Hehehe.

Apa pun, buat adik ku yang tercinta. Kak Long sentiasa mendoakan yang terbaik buat Imani. Tak perlu nak bengkak mata bagai nangis. Hehe. Yakinlah Allah akan memberikan kita rezeki yang lebih baik. Kak Long yakin adik Kak Long pasti boleh berjaya asalkan dia tak pernah berhenti berusaha untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Doakan Kak Long cepat dapat rumah. Ok? Btw, kawen muda pun ok. Lalala.

satunotahati: bapak ada tanya kat adik, nak kawen tak?
kak long yang jawab, kawen la haha.

XOXO,
Mak Arissa.

Kempen Hijau

Assalammualaikum. Hai.


I am currently enjoy saving with this campaign. 

HewHewHew. Ok. Ini bukan kempen Go Green tak pakai plastik dan gas segala. Ini kempen duit hijau. Tempoh hari saya baca tentang kempen hijau sorang kawan muka buku. Kempen hijau nih maksudnya, bila kita dapat duit hijau a.k.a duit RM5 nih kita jangan guna untuk berbelanja. Simpan elok-elok dalam tabung atau sembunyikan tang mana-mana yang korang nak. Heeee.

Saya baru dalam 2 minggu kot. Dan kepingan yang kat atas tuh bermula Isnin sampai Rabu. Banyak dah kan? Tapi kena kental tak guna duit nih. Macam saya every morning memang beli nasi lemak. Walau ada duit hijau nih kena guna duit yang bukan hijau. Tapi saya kalau dapat duit hijau nih simpan siap-siap celah beg tangan yang ada zip supaya tak tertengok. Hahaha.

At first saya nak buat kempen sendiri - tak nak pakai duit biru singgit. Tapi, tak logik nak tak pakai. Takkan hari-hari nak guna duit merah. Haih! Tak mampu. Huuuu. Duit hijau nih dapat 10 keping seminggu pun Alhamdulillah syukur. Hehe. Kekdah nya bukan senang nak menabung oi. Tabung Dana Arissa yang ada dekat saya tak penuh-penuh pun lagi. HewHewHew.


Haaaa. Ini dua Tabung Dana Arissa. Ayah Arissa yang Mickey Mouse. Dah selamat masuk Tabung Haji dah. Mak punya separuh pun tak lagi. Haha. Adeh! Oh by the way, kempen hijau nih pun sudah tentu nak buat simpanan Arissa jugak. Hehe. Dah dia tengah seorang, dia je la yang punya. Dah dua tiga orang nanti kena bagi dua tiga. HewHewHew.

So korang, jom lah join sekali. Cukup bulan kita masukkan duit nih dalam bank simpanan anak-anak. Mula memang susah rasanya. Tapi bila tengok hijau je. Sejuk mata memandang. Best! Enjoy! Hehe. 

satunotahati: rezeki anak. :)

XOXO,
Mak Arissa.

Rambling #2

Assalammualaikum. Hai.

Kisah dari seorang kawan;

A dan B kawan rapat. Ada banyak perkara yang dikongsikan bersama.
Tiba-tiba, ada seorang C mendekati B. C sering bercerita macam-macam tentang A.
Malah C bercerita tentang benda yang sebenarnya tidak berlaku tentang A.
Hakikatnya si C bercerita tentang keburukannya sendiri tetapi menukar pelakonnya kepada A.
Si B tanpa usul periksa terus rasa marah, kecewa, meluat benci kepada si A hingga tak pedulikan si A.
C sudah tentu bersorak gembira dan si A kecewa.

*****************************************************************************

Ok! Pernah tak dengar kisah kawan macam ni? Tak best kan? Kalau saya jadi si A pun sudah tentu saya kecewa. Kecewa yang amat terhadap si B. Sebab B percaya akan si C, tanpa bertanya kepada si A.

Dalam berkawan nih, ada satu benda yang memang nak kena simpan dalam diri. Percaya. Kawan nih bukan sekadar kawan jumpa kat pejabat apa tau. Kawan yang saya maksudkan; kawan yang kita ada berkongsi rasa, masalah dan bla bla bla. Kalau kita percaya akan kawan kita. Kalau kita sememangnya ikhlas berkawan dengan kawan kita. Apabila dengar benda yang tak 'kena', kita kena tanya dia. Jangan terus melulu percaya kata orang lain yang tak pernah kenal sebenarnya kawan kita.

Tapi apa pun, benda nih terpulang pada hati. Kalau hati kita ikhlas berkawan, semestinya kita sayang. Bila kita sayang, akan timbul kepercayaan. Bila kita percaya, hati kita tak akan goyah. Benda-benda macam ni mesti banyak berlaku dalam masyarakat kita. Kalau kita berada di situasi B, muhasabah diri dan tanya si A akan perkara sebenar. Kalau kita berada di situasi A, muhasabah diri juga dan terima seadanya. Dan sekiranya kita si C, insaflah. Istighfar banyak-banyak.

Benar. Rambut sama hitam. Hati lain-lain. Tanpa karenah yang pelbagai, kita tak mungkin jadi diri kita yang sekarang. Tanpa ragam yang pelbagai, kita tak mungkin kenal siapa kawan dan siapa lawan. Apa yang penting, kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan selebihnya kita serahkan pada Allah. Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Adil. Allah Maha Penyayang.



XOXO,
Mak Arissa.

Sep 12, 2013

Rambling #1

Assalammualaikum. Hai.


Dulu encik suami pernah cakap yang lebih kurang begini; "kita sering terliur dengan apa yang orang lain miliki, tanpa kita sedar sebenarnya orang mahukan apa yang kita miliki". 

Yakinlah setiap seorang kita ada bahagian dia. Rezeki Allah bagi juga dalam bentuk yang pelbagai. Jangan biarkan diri kita diselubungi satu perasaan yang 'wahh.. dia begini begini. aku begitu begitu aje.' No. No. No. Dan please NO. Perasaan itu nanti (Nauzubillahhiminzalik) tak mustahil akan mendorong kita ke arah nak berdengki-dengki. Syaitan suka datang menyelit bila perasaan kita tak menentu.

Manusia. Tipulah kalau tak ada perasaan nak itu nak ini macam Siti Nurhaliza. Haha. Tapi kita ukur baju pada badan kita sendiri. 

Tak ada tv plasma, tv 3D (pinjam perkataan Mummy Airiel) pusaka tok encik suami pun dah ok. Tak ada Astro full channel, Astro bagi Njoi free pun dah ok. Tak ada peti sejuk besar, peti sejuk ihsan orang satu pintu pun dah ok. Tak ada kabinet dapur, rak besi pun dah ok. Tak ada mesin basuh super canggih, mesin auto lama dulu pun dah ok. Tak ada penghawa dingin, kipas angin pun dah ok.

Ada orang kata kedekut. Hoho. Kisah pulak aku dengan orang kata aku kedekut? Hahaha. 

Saya jenis yang berkira. Berkira nak beli barang. Saya akan fikir banyak kali nak beli. Pro. Cons. Bagus. Tak bagus. Guna. Tak guna. Ok. Tak ok. Dan paling penting. Keperluan. Kehendak. Alhamdulillah kami dapat fulfill keperluan yang mana saya rasa bersyukur sangat sebab ada orang yang tak dapat nak penuhi diorang nyer basic needs. Get me?

So, apa pun yang kita nampak. Be positive. Jadikan apa yang kita lihat sebagai inspirasi to be better. To improve your life. Jangan negatif. Nanti timbul hasad dengki. 


satunotahati: dalam tak berharta nih pun ada jugak orang dengki. huuuuu! sobs!

XOXO,
Mak Arissa.

Sep 11, 2013

Wordless Wednesday: Excellent Quotes!

Assalammualaikum. Hai.


Let's together auditing ourselves.

Do our best.
Let Allah to do the rest.

XOXO, 
Mak Arissa. 

Wordless Wednesday; Busy!

Assalammualaikum. Hai.

busy kata nyer
hihihihi


tutup bekas nih dulu
kang lemau


eh citer apa tu
macam best je


erm siapa call ni
tak dapat tengok orang senang


ok meh simpan
jangan bagi orang makan


susun tinggi tinggi
senang sikit


dah tak nampak muka pulak
hewhewhew

sebenarnya ini kisah raya Arissa jugak
sebelum Arissa dan mak nak pergi lepak dengan sahabat2 mak
hehehehehehe

XOXO,
Mak Arissa.

Sep 10, 2013

Cerekarama: Walau Airmata Darah

Assalammualaikum. Hai.

Siapa ada tengok Cerekarama Sabtu lepas, sila angkat tangan! HewHewHew. 

Drama minggu lepas memang mengingatkan kita supaya beringat, berhati-hati dan berwaspada. Dengan siapa? Dengan mulut yang berkata-kata ni ha. Pernah dengar kan pepatah ni, "kerana mulut badan binasa". Ha.. Siapa yang ada tengok fahamlah maksud saya nih. Huuu.

By the way, kisahnya pasangan yang baru berkahwin; Irfan dan Su. Irfan nih jaga mak dia yang nyanyuk. Dah nama pun nyanyuk, kencing berak bersepah makan berterabur orang kata. Jadi, si Su ni macam tak tahan. Su dan Irfan pun gaduh. Gaduh besar. Si Su nih memang tak nak mengalah terjerit-jerit walaupun si Irfan macam nak cool. Tapi Su asyik je terjerit-jerit kata mak mentua dia macam-macam sampai si Irfan tampar si Su. So si Su ni pun cakap dia nak balik rumah ayah dia.

Dan si Irfan pun cakap, "kalau Su keluar dari sini, abang ceraikan Su". Su cakap, "abang sanggup ceraikan Su demi mak abang yang nyanyuk tu?" Si Irfan pun cakap lagi sekali dengan jelas dan terang "kalau su keluar, abang ceraikan su dengan talak tiga. Talak tiga Su!" Then tiba-tiba entah macam mana saya pun tak perasan - si Su terkeluar. Makanya, masing-masing tergamam tengok muka masing-masing. Maknanya, talak dah jatuh. Sebab tu saya cakap, "KELANCANGAN MULUT ISTERI. KETERLANJURAN MULUT SUAMI." Nauzubillahiminzalik.

Tak perlu nak ulas sampai habis cerita nih. Hahaha. Cuma nak cerita bagaimana ketika amarah menguasai diri. Bila si isteri dengan lancangnya bersuara mengikut kata hati. Dan suami tidak mampu mengawal rasionalnya pemikiran sebelum berkata-kata. Akhirnya semua benda tak boleh tarik balik. Walau airmata darah sekalipun, Irfan dengan Su tak akan boleh bersatu. Irfan dan Su merancang nak guna cina buta. Tapi akhirnya Su kahwin dengan kawan diorang dengan tujuan asal ialah untuk mempergunakan. Akhirnya cinta berputik tak jadi bercerai. (Cerita jugak ending. Hahaha.)

Apa pun. Kita suami isteri kalau ada yang tak puas hati, jangan sama-sama bawa bara api. Pastikan salah seorang bawa ais. Kalau tak puas hati, cakap elok-elok. Bincang dari hati ke hati. Hidup suami isteri kena ada toleransi. Tolak ansur. Bertuahnya kita kalau suami kita nak pikul tanggungjawab jaga mak. Bak kata kawan saya, seorang lelaki yang sanggup menjaga mak nya insyaAllah dialah lelaki yang akan melayan isteri sebaik-baiknya sepertimana dia layan mak dia. Ha.. Bertuah kan? Walaupun mak mentua kita tu nyanyuk dah tua tapi itulah salah satu tiket atau saham syurga. InsyaAllah.

Talak tiga nih memang tak boleh buat main. 

"Jika dia mentalak isterinya (talak tiga) maka tidak halal baginya setelah itu, sampai dia menikah dengan lelaki yang lain.." (Al Baqarah; 230)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kamu tidak boleh kembali kepada suamimu yang pertama hingga suamimu yang kedua merasakan “madu”-mu dan engkau merasakan “madu”-nya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)*

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “(Sang wanita) tidak halal bagi suami yang pertama hingga suami yang kedua mencampurinya.” (HR. An-Nasa’i)


satunotahati: semoga kita terhindar dari mengeluarkan perkataan yang Allah benci itu.
ingat, tiga kali lafaz maka jatuh talak 3 juga. 
wallahhualam.

XOXO, 
Mak Arissa.

Sep 9, 2013

Do'a #2

Ya Allah
Berikan kesihatan yang baik buat Nur Arissa Batriesya
Sihatkan Nur Arissa Batriesya
Sembuhkan Nur Arissa Batriesya
Sembuhkan Nur Arissa Batriesya dengan penyembuhan Mu 
Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit

Ya Allah
Aku memohon perlindungan Mu ke atas Nur Arissa Batriesya
Lindungi Nur Arissa Batriesya dari sebarang musibah
Lindungi Nur Arissa Batriesya dari sebarang perbuatan yang tidak baik
Lindungi Nur Arissa Batriesya dari gangguan jin dan syaitan
Aku memohon kerahmatan Mu ke atas Nur Arissa Batriesya

Ya Allah
Jadikanlah kejauhan ini sebagai penguat jiwa mak dan ayah Nur Arissa Batriesya
Jadikanlah kejauhan ini sebagai pendekat mak dan ayah Nur Arissa Batriesya pada Mu
Jadikanlah kejauhan ini sebagai penetap kesabaran mak dan ayah Nur Arissa Batriesya
Jadikanlah kejauhan ini sebagai pelantar mematangkan mak dan ayah Nur Arissa Batriesya
Jadikanlah kejauhan ini sebagai penguat kefahaman sebuah perngorbanan dalam diri mak dan ayah Nur Arissa Batriesya

Ya Allah 
Ampuni dosa kami dan kedua ibu bapa kami
Dan kasihanilah mereka keduanya
Sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami semasa kecil

Amin Ya Rabb

Blog design by Rainy Day