Pages

Aug 7, 2013

Sampul Raya 2013 ;)

Assalammualaikum. Hai. 


Inilah dia sampul raya GBSB. Sweet kan? Macam mommies gojez jugak sweet nya. HewHewHew. Saya tempah 50 keping aje. 


Hujung minggu ajak Arissa sama-sama masuk duit dalam sampul. Phew! Bahaya betul dekat budak nih. Tengok muka dia tuh. Teruja tengok duit berkeping dia ambil dan dia sepah-sepahkan. Bila kena tegur dia ambil, dia renyuk-renyukkan. Fuhh. Dalam sepah-sepah hilang dua keping. Mesti jatuh bawah katil. =_='


Hari tu tukar duit dengan Tok Arissa. Nasib baik tok jenis tukar duit berkeping-keping. Phew! Mak Arissa lupa hoi nak pergi tukar sendiri. Huhu. Then hari Isnin, staff nak pergi tukar. Tumpang sekaki tukar untuk yang terakhir kali. Wahh gittew. Haha. 


Semalam, time rehat isi la sampul. Final stage kata ny. Haha. Tapi sedih, sampul GBSB tak cukup. Jumpa sampul Tesco. Hoho. Tak cukup jugak. Mintak kat staffs. Dapat sampul MTIB yang lama dulu. Dah jadi warna-warni uols. Huuuuu. 

Ibu Amsyar tegur. Banyaknya sampai berfasa-fasa. Haha. Idak ler banyak. N fasa tu pun maksudnya bagi saya dari segi isi sampul. HewHewHew. Yang mana untuk parents sendiri dan parents in law, nenek-nenek, adik-adik, cousins, anak saudara dan kanak-kanak comel semuanya kena asing-asing. Ha gittew. Kalau beza singgit pun beza jugak. Yer dak? Haha.

Sarawak tak ada sangat tradisi bagi duit raya. Kalau ada rezeki lebih kami hulur. Kiranya dulu zaman kami kecik-kecik, dalam 10 buah rumah mungkin ada sebuah rumah yang bagi. Ha gittew. Alhamdulillah mak bapak saya pulak walaupun setakat 50 sen, kami memang bagi. Saja bagi budak-budak suka. Hehe.

satunotahati: alhamdulillah hari ni dapat emel dari kewangan.
syukur Alhamdulillah dengan rezeki raya.

XOXO,
Mak Arissa. 

2 comments

Nursaila Norman said...

eh,cantiknya sampul GBSB tu.. saya pun x cukup sampul jugak ni..huhu..mmg kena g carik jap lagi..utk bdk2 prefer bg yg kecik2, tp yg dpt byk saiz besar n pjg..huhuhu

selamat hari raya dayang sekeluarga :)

Fifi Nadhrah said...

wah.. raye jauh kan.. jadi duit pon kene berfasa2 la kan..

Blog design by Rainy Day