Pages

Aug 29, 2013

NAB : COXSACKIE????!!

Assalammualaikum. Hai.

Jumaat lepas Ibu Arissa call tapi tak sempat jawab. Then Ibu mesej bagitau yang Arissa nangis dari pagi sampai tengahari. Ibu dah susah hati sebab Arissa tak pernah macam tu sejak dari dia jaga. Arissa Ibu jaga sejak umur 2 bulan. Jadi, masing-masing gelabah. Kata ibunya dekat kaki macam ada benda gigit. Macam kesan gigit nyamuk tuh la. Al kisahnya awal pagi tu jugak encik suami ada bagitau yang Arissa meragam. Kebetulan encik suami cerry berry dan muntah-muntah. Heh. Kalau ibu gelabah, mak yang melahirkan super duper gelanah. Masa tu dalam pukul 12 tengahari. Terus jumpa bos nak minta excuse balik awal. Bayangkan, saya nak cakap dengan bos reason balik awal pun saya dah menggigil nak nangis. Baru ku tahu lembik nya daku. Isk. Isk. Isk.

Naik bas jam 1 petang. Sampai hampir pukul 4 petang. Encik suami jemput dengan Arissa sekali. Sedih tengok muka sembab tak bermaya. Mata pun layu dan agak bengkak. Ngantuk dan kerap menangis agak nya. Arissa duduk atas pangku dan terus elok melentokkan kepala kat badan ni ha. Suruh peluk dia peluk. Tapi, agak tak bermaya. Kami terus direct bawa Arissa ke KPJ Ipoh Specialist. Entah kenapa hati kami kuat nak terus bawa jumpa paed. Mungkin gelabah sebab Arissa tak pernah meragam macam tu kot.

Sampai, kami terus register. Request Dr Jasmine yang suntik Pneumococcal Vaccine kat Arissa tapi kebetulan dia on leave. So kami pilih Dr. Adeline Tan. Nasib baik tak pilih Dr. David. Kot apa-apa hal, kesian kat auntie GE Arissa. Tehehehe. First, check suhu dan timbang berat. Arissa demam. Suhu 38+. Nurse terus bagi Paracetamol 3ml. Semua kagum Arissa selamba sedut ubat macam makan gula-gula kata nya. Hahaha. Tapi dah beberapa hari ni kerja makan ubat je, dia pun agak menolak. Jemu gamak nya. Huuuuuuuu.

Masuk jumpa doc, tunjuk bintik dekat kaki, lutut, tangan dan doc check mulut sekali. Doc terus cakap virus Coxsackie. Deng!!! Rasa macam senyap sunyi sekeliling daku. Huuuuu. Sakit yang memang mak selalu ingatkan saya. Akhirnya menyerang cucu nya juga. Tak perlu rasanya nak explain banyak tentang sakit nih sebab daku tahu semua mak sedia maklum tentang nih. Lepas doc bagi advice itu ini - kami ambil ubat dan balik. Otak ligat berputar memikirkan hari-hari sebelum. Tanya ibu, tak ada siapa yang di bawah jagaan ibu yang kena. Kami pulak rasa tak terjumpa mana-mana baby yang ada kena. Eh Wallahualam.

Fikir banyak-banyak nak cari punca pun tak berguna. Yer dak? Bukan boleh pulihkan keadaan. So, kesimpulannya Allah menguji Arissa dan secara tidak langsung menguji kesabaran kami suami isteri. Ada lah tu angin yang membawa virus yang digeruni para mak kepada Arissa. Mak mentua memang sentiass bagi pandangan yang positif; ada akai ni, pandai apa la pasni, Allah bagi sebab je nak putuskan Arissa dengan puting - ini caranya. Sedap hati ni. Apa pun kami redha. Walaupun orang kata 'ala benda gini pun nak kecoh' dan saya kata 'yes I am sebab benda ni pernah bawa maut'. Ujian Allah. Rezeki Arissa. Kita bersangka baik dengan Allah. InsyaAllah semuanya mudah.

Arissa memang sangat cranky. Dia jarang tak sihat so memang bila tak sihat dia meragam. Tambahan pula benda alah tu timbul dekat tapak kaki. So uols pun boleh imagine kalau gatal dekat tapak kaki. Memang tapak kaki dia nak kena belai sentiasa. Nak garu setempat memang takkan berhasil. Kena garu lembut rata-rata. Kalau Arissa tak cukup tidur, mak nyer lagi tak cukup tidur. Nak garu tapak kaki anak oi. Tersengguk-sengguk pun garu jugak. Saya bawa Arissa balik rumah sendiri. Sebab senang nak buat apa. Bebas. Bukan kata rumah mentua tak bebas. Tapi kalau rumah sendiri lain. Malam Sabtu dapat tidur berapa jam je. Malam Ahad n Isnin ok sikit. Nasib baik tak jatub katil anaknya. Mak bangun-bangun tengok Arissa kat hujung kaki. Heh!

Malam Selasa, dugaan. Dugaan dengan nak pisahkan puting dari dia. Pagi Isnin tuh menangis emak nyer ni ha tengok anak nyer nak menyusu - haus tapi bila dah 2 3 kali teguk dah menangis. Maknanya sakit sangat lah dekat tekak dia. Tapak kaki tapak tangan dah tak mengganggu dia. Bawa pergi rawatan susulan, doc kata ada beberapa ulcer lagi dalam tekak. Puting yang Arissa pakai menyukarkan penyembuhan. Boleh bayang tak? Hisap puting, air liur rotate je dalam mulut. Dan ulcer dekat lelangit tak boleh baik sebab kena sental dengan puting bersifat plastik. Faham? Tak faham tanya. Hahaha.

Lebih kurang pukul 3 pagi, saya mandikan Arissa bila dia nangis aje sambil tunjuk dekat mana-mana yang dia rasa puting dia berada sambil kata 'nak ni nak ni'. Syahdu oi emak nyer ni. Mengalir air mata sekali. Isk. Isk. Isk. Dah la malam tu daku cuba kentalkan hati biar dia nangis sampai pukul 1030 malam tak bagi puting. Last daku menyerah kalah bagi puting dengan air mata - tak sampai seminit dia tidur. Uols bayangkan bertapa dia memerlukan candu nya. Huuuuu. Dah selesai mandi, sambil sapukan ubat Arissa layan raja lawak. Tak nak baring. Duduk tersengguk2. Last saya baringkan slow-slow, sapu ubat dan kami 2 beranak tido dekat ruang tamu sampai pagi.

Malam Rabu, kentalkan hati tak bagi langsung puting. Dia menangis buat tak layan tapi nak saya riba. Dia tak akan baring selagi saya tak bangun, ambil dan riba dia. Dah penat dia menangis sampai teresak-esak, dia maintain duduk tapi kepala tersengguk. Hati mak mana nak kental? Bangunlah mak ni angkat riba dan bagi lena. Baru baring balik sambung tidur. Huuu. Demi mu wahai anak. Mak tahu bukan Arissa nak sangat pun macam ni. dah Arissa tak sihat. Mak nak marah pun tak ada faedah. Mak tergelak lagi ada dengan gelagat kamu. Macam-macam.

Sepanjang beberapa hari ni, kami sekeluarga layan Upin Ipin sampai dah boleh hafal. Nasib baik internet mak capacity 10gb sayang oi. Kalau tak, menangis la mak dengan kamu lagi. Hahaha. Atas sebab dia tak boleh keluar pergi mana-mana waima nak berjalan sekitar taman naik moto sekalipun, kami beli car yang gerak pakai kaki tu. Tah apa nama tah. Hari tu dekat rumah abang Amsyar Arissa ada main. Then atas sebab Arissa sangat minat dengan Upin Ipin yang boleh buat dia lupa seketika tentang kesihatannya, kami beli dvd player dengan semua cd Upin Ipin tak tinggal satu episod pun. Haaaa. Demi mu juga anak. Kelakar nya, Arissa kalau tengok Upin Ipin atau apa2 yang menarik minat dia, kalau saya baring dia nangis suruh saya duduk sekali. Kalau time kami meniarap tapi saya tertidur, dia nangis jugak kejutkan saya nak suruh tengok sama-sama. Heh! Dia tak minum pakai botol susu. Tahu air apa yang dia nak minum? Air milo mamak dan air milo kotak. Air milo buatan mak ayah bo layan. Kemain terkejut mak ayah tengok sedut air milo sekali sampai habis. Ha... Demand kau nak. Tak apa demi mu wahai anak. Penuh air milo kotak dalam peti sejuk. Hahaha.

Semalam check up susulan lagi. Alhamdulillah. Dah beransur pulih. Cuma nak tunggu kering. Sebab Arissa nya benda alah tu jenis besau besau. Geram nak pecahkan air tu. Hahaha. Tapi belum lagi masanya nak hantar rumah ibu. So masa ni memang bersyukur sangat kami suami isteri sama-sama masih ada lagi lebih kurang 2 minggi cuti. Syukur. Kalau tak, memang runsing. Beberapa hari ni juga, housekeeping memang totally encik suami. Sebab Arissa memang tak boleh berjauh dengan daku. Ibarat macam iklan Digi. I follow you. Hahaha. Masa macam ni memang suami isteri kena tolerate. Sabar dan sama kuat. Kalau tak kuat, tak tolerate, tak sabar - boleh gaduh besar. Alhamdulillah. Masing-masing tahu. Tak ada isu nak terasa hati ke tak adil ke tak aci ke. Kaan? Terima Ayah Arissa!  :))

Ye ye entri ini memang sangat panjang. Kalau ada siapa yang baca satu-satu sampai habis. Saya ucapkan terima kasih tak terhingga. Heeeeeeee. Meh nak cerita tentang gambar lak. Hahaha.


The spots! Saya tak tahu nama benda alah ni hape. Ini gambar hari Sabtu kot. Benda ni jadi mengembang berair. Ala. Tak reti nak kata apa. Melepuh kot. Besar besar gak la. Tang tapak kaki banyak. Tu yang gatal.


Ubat-ubat Arissa dari kiri atas, ubat sapu untuk ulcer di sekitar bibir dalam atau luar. Kemudian yang bawah antibiotik. Tengah, ubat sapu antibiotik pada sekitar affected area. Kanan atas, spray dalam mulut untuk ulcer yang  kerongkong dan akhir sekali ubat titik untuk ulcer dalam mulut keseluruhannya. 


Consultant Paediatricians
KPJ Ipoh Specialist


Malam semalam. She's back to her normal activities!  Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Yang tak terhingga.


Siang semalam, kemain makan ice cream. Tak pernah oi nak makan ice cream macam ni. Doc dah pesan bagi ice cream vanilla 24 jam pun tak apa. Tapi nan hado la daku bagi 24 jam. Kang nak sembuhkan anak dapat benda lain lak. Tapi kasi chance la anak nak makan kali ni. Hehe. Dah kata demi mu wahai anak.

Nasihat doc, bagi anak mandi 5 kali sehari. Makan ubat dengan betul. Pastikan anak tak ter hydrate. Pantau anak sentiasa. Bagi makan ice cream. Makan yogurt. Minum yakult. Jangan bawa pergi mana-mana especially kawasan terbuka. Simple je. Sebab benda nih memang melibatkan hygiene jugak. Malas nak ulas panjang pasal punca semua ni. Tak tahu. Benda tak nampak. Kalau tahu boleh je kata. Kan?

Benda ni memang mengejutkan sebab it was suddenly happened on Thursday night. Tetiba ada benda alah pada tapak kaki. Huuu. Next Tuesday, buat susulan lagi sekali. Harap masa tu memang dah sepenuhnya sihat tak perlu nak buat susulan lagi. Doakan Arissa ye mommies. Dah pukul 2.21 pagi. Sat g nak bangun nak balik KL untuk buat ibadah yang satu. Turn ayah 2 hari ni. Minggu depan mak lak yer Arissa. Mak sentiasa mendoakan kamu sayang. 

Minggu ni banyak jemputan. Kenduri tahlil. Kenduri kahwin. Open house. Tapi semua kena cakap minta maaf dekat tuan rumah. Nak Arissa pulih sepenuhnya baru boleh bawa pergi ke majlis-majlis yang dah tentu ada ramai anak-anak kecil. Kesian ok! Seriously kesian dekat anak-anak yang kena benda nih. Sebelum daku tengok anak orang kena, kesian. Bila Arissa kena lagi kesian. Memang tak rasa apa anak-anak rasa. Tapi kalau dah sampai tahap makan minum tak berapa nak selera memang susah hati la. Allhamdulillah Arissa dah makan macam biasa. Makan banyak perut muncit tapi badan keding! Hewhewhew. 

satunotahati: seorang mak sanggup menjaga 10 anak-anak tapi nanti adakah 10 anak itu dapat menjaga sorang mak nya.
semoga anak kita semua tidak akan pernah tinggalkan kita hingga akhir hayat.
InsyaAllah. 

XOXO,
Mak Arissa. 


11 comments

Chekgu Azrine said...

Bertabah ye sis..semoga arissa fully recovered ASAP..take care..semoga dipermudahkan urusan

Edat_Uzair said...

alhamdulillah icha dah sembuh..mmg menakutkan bila jadi mcm ni...tambah anak kita sendiri kan...walau demam pun dh gelabah, ni kan sakit camni...

~Lieza~ said...

sian kt Arissa..alhamdulillah dh sembuh... Kita mak2 nie mmg susah ati kalu anak sakit kn...tido pn ntah ke mana...demi anak...

as ♥ Leenda said...

sama sama sebab daku bace entry ni sampai habis tanpa tinggal satu ayat pun..
alhamdulillah dak icha dah makin baik..syukur..kalau lah kena kat asyraf, tak tau lah bertabah macam yatie ke tak..nauzubillah mintak Allah jauhkan..aminnn..

♥ ROS ♥ said...

Alhamdulillah dah sembuh.. Kekadangyg kita tkut tu yg menyerang..haishh..moga allah sehatkan anak2 kita :)

yUmiE AzuRa said...

alhamdulillah arissa dh makin baik.

adyna said...

Alhamdulillah arissa dah sembuh

Nurul Aziz said...

Semoga cepat sembuh Arissa.. kalau anak sakit mak pun akan rasa 10x ganda sakit kan.. mak kena kuat tau :)


ada hikmah jugak tu, dah tak hisap puting dah kan?

Fifi Nadhrah said...

arissa kuat.. aunty tau.. tak lame lagi arissa sembuh sepenuhnye..

ufairah pernak kene ulser dalam mulut.. menangis saye malam2 sebab ufairah tak dapat nenen.. sakit nak menghisap.. kalau kene sakit ni.. tak tau la..

mama ila said...

semoga arissa cepat sembuh yer..masa anak ila kena ulser tu pun doc suh bagi ais krim or yougurt jugak..hehe..

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Virus ni memang tetiba jer...
Sehari tengok bintik kat tapak kaki..esoknya dah naik ke tapak tangan, peha, tengan...sekitar mulut...

Memang bahaya dan boleh membawa maut...

Alhamdulillah..Arissa dah sembuh dan sihat..makan jer ais krim..boleh kurangkn kesakitan ulser dalam mulut tuu...heheh


Anank saya dah kena...memang banyak sangat2..sampai malam takleh tido..mula2 si adik yang kena..next 3 days abang pulak...almost 2 week kuarantin dalam umah...sedih dan kesian kat anak2..pemakanan pun kena jaga sebab gatal2 tu kan...

Alhamdulillah...sihat dan sembuh jua akhirnya...

Blog design by Rainy Day