Pages

Aug 28, 2013

NAB: Check Up 1 tahun 6 bulan

Assalammualaikum. Hai.

Ini kisah 2 minggu lepas. Khamis. Cuti raya lagi. Konon nak habiskan kisah raya dulu tapi laptop tak bawak balik minggu ni. Entri hari Isnin; auto scheduled. Ok. Dah lama tak cerita tentang check up Arissa nih. Perkembangan pun tak ada. Tak reti nak kutip satu-satu. HewHewHew. 

Check up terakhir katanya. Check up akan datang umur 2 tahun. So maknanya, cucuk yang terakhir jugak. Oh ye! Cucuk Pneumococcal Vaccine yang terakhir tak buat lagi. Tempoh hari bertembung dengan cucuk kat KKIA. Then lepas gaji, Allah uji Arissa pulak dengan benda lain (akan cerita kemudian ye - daku malas nak upload gambo bagai nih). Huuuu. Tengok bila Arissa dah sembuh sepenuhnya baru bawa Dr. Jasmine.

Arissa berat badan tak sesuai dengan ketinggian. Nurse kata dia tinggi. So dalam carta tu, Arissa dah menghampiri garis kuning tapi tak lagi touch. Exact tinggi dan berat saya tak ingat. Buku pink Arissa ada dekat rumah Mak Tok. Nurse suruh Arissa diberi makan 2 jam sekali. Dulu masa ngandung mak nyer yg disuruh makan 6 kali sehari. Hihi. 

Tanya nurse nak bagi supplements macam gain weight ke, appeton ke, mealshake ke n etc yang buat tambah selera tu boleh ke. Nurse cakap better dah lepas umur 2 tahun nanti nak bagi supplements tingkatkan selera. Kalai bagi Scotts ke or Champ ke ok sebab benda tu untuk daya tahan badan. Dan oleh kerana itu Arissa kena makan 2 jam sekali. HukHukHuk! Tapi Arissa jeni selera makan. Bukan tak selera. Memang jenis slim melim kot. Iols dulu pun cekeding. Itu DULUUUUUU. Huuuuu.

Then, nurse interview hal budak-budak autisme. Alhamdulillah. Arissa dilindungi Allah. Antara ciri-ciri anak autisme; bila dengar bunyi dia tak ambil tahu langsung, suka melakukan aksi pelik seperti meletakkan jari telunjuk depan mata, bila bermain tak pedulikan kita, bila jumpa kawan jugak tak kisah dengan kita ada lagi ke tidak dan etc. Semoga anak-anak kita sihat sejahtera normal semuanya. Dan baru saya tahu rupanya ada sekolah khas untuk anak-anak autisme. 

Bila time cucuk. Isk. Isk. Isk. Sorry to say nurse tu tak ada skill mencucuk. Huuu. Kasar dan lambat. Arissa pulak belum apa-apa lagi dah cakap 'tit'. Haha. Bila dah kena cucuk lagi la dia beria nangis sambil cakap 'tatit tatit'. Tak boleh sentuh hokey tangan kanan tuh baik di jari sekalipun. Tatit kata nya. Hahaha. Manja bebeno!

Arissa kalau orang tanya dah pandai apa; tak reti jugak nak kata pandai apa. Tapi Alhamdulillah kiranya sekarang boleh kata Arissa boleh diharap. Hahahaha. Boleh la kalau suruh dia ambil baju n diaper sendiri. Kiranya cakap ambil baju ambil pampers ambil towel ambil tisu ambil kain ambil sudu ambil telefon ambil remote - tak perlu tunjuk dia tahu mana satu. Kalau telefon ayah nya bunyi bara bara bere bere dia ambil dan berlari-lari bagi kat ayah. HewHewHew. 

satunotahati: sepertimana anak-anak lain, Arissa juga membesar mengikut usia Alhamdulillah.
semoga Allah melindungi anak-anak kita semua. Aamiin. InsyaAllah.

1 comment

Chekgu Azrine said...

Alhamdulillah..

Sek akk ada ramai murid autism..kena byk sabar la..hehe

Blog design by Rainy Day