Pages

Aug 17, 2013

Jawapan Untuk Setahun

Assalammualaikum. Hai.

Semalam, kami diajukan soalan 'dengar nak pindah KL?' Of course, soalan ditujukan kepada encik suami. Manusia ni, bila jawab jujur atau sebaliknya;  tidak akan memuaskan hati. So, kami memang prefer jawab jujur.

Jawapan encik suami; belum lagi dan tak minta lagi. Ya. Memang tak mohon lgi pertukaran. Ada yang sangat concern kesian dekat anak tak cukup kasih sayang bila LDR. Dan bla bla bla.

Setahun dah. Ingat kami suka? Ingat kami sengaja tak bertindak apa-apa? Manusia. Bila part rupa lain sikit dari orang lain - kecoh bagai benda LDR nih tak pernah terjadi. Walaweh! Ramai je. Bezanya kami anak dok dengan ayah bukan dengan mak. 

Dah setahun dah. InsyaAllah sedikit masa je lagi. Semoga dipermudahkan oleh Allah. Induksi Khusus dah pergi dengan jaya nya. Exam JPA n exam MTIB juga dah lulus. Alhamdulillah. Sekarang, tunggu nak induksi umum lak. Bila dah sah jawatan, kami akan mengorak langkah satu persatu.

Kalau ikut hati, nak aje pindah sekarang. Tapi kami tak nak terburu-buru lagi. Duit boleh cari. Penjagaan anak memang saya ambil peduli. Sekarang ada macam-macam kisah kan. So takper. Beralah dulu. Kang menyesal tak sudah anak tak terjaga. Lagipun mentua tak bagi juga. Pelan-pelan katanya. 

Saya jawab simple je pada mereka yang ambil berat terhadap anak saya. 'Semua ini adalah dari Dia. Perancangan Dia. InsyaAllah akan sampai masanya.' Kalau orang kata pasal anak tak cukup kasih sayang. Itu subjektif. Bersangka baik dengan Allah SWT. Arissa walaupun jumpa saya weekend, cara Arissa tak pernah berbeza. Malah lebih utuh. 

satunotahati: jawablah macam mana sekali pun, manusia tak akan puas.
buatlah macam mana sekalipun, manusia penuh hasad tidak akan pernah duduk diam.

XOXO,
Mak Arissa. 

3 comments

LYAfrina said...

betul tu.. Dia aturkan pperkara y lebih baik buat kita


salam aiidlfitri
maaf zahir n batin

diaryhidupku said...

org yg berckp xrasa apa yg kita rasa...nl puaskan hati semua org mmg xdpt la..jnj kita bahagia ngn keluarga kita.Perancangan Allah adalah yg terbaik..

diaryhidupku said...

nak puaskan hati semua manusia mmg xdpt la...jnj kita bahagia bersama keluarga.Perancangan Allah adalah yg terbaik..

Blog design by Rainy Day