Pages

Aug 20, 2013

Duit Raya & Tabung Dana - NAB

Assalammualaikum. Hai. 

Nak story pasal hari raya, tapi malas nak buka laptop nak tepek segala gambar hari raya dak ucuk acem. Lemau aw aw lepas makan ketupat pulut, rendang, kari, lemang, kuah kacang, kek lapis dan air gas sepanjang 7 hari beraya kat kampung halaman. Nak pergi kat colleague bilik sebelah pun iols malas. Intercom saja. Sayang nak buang lemak katanya. Heh!

Balik dari Sarawak, Rabu. So, Khamis memang cuti lagi. Bawak Arissa pergi KKIA. Nanti story pasal Arissa 1 tahun 6 bulan nyer check up ye. Lepas pergi KKIA, singgah 2 3 bank nak tukar duit syiling dari Tabung Dana Arissa (TDA). Since dah alang-alang nak pergi Tabung Haji, sekali nak masukkan duit TDA. 

TDA nih tabung kami suami isteri yang akan diperuntukkan untuk Arissa. Tapi, TD kali ni just dari ayah nya. TD dari mak nya ada kat KL dan tak penuh-penuh lagi. Haha. Ayah Arissa dah penuhkan tabung haji, tabung mickey dan beg dslr. Beg pun leh jadi tabung uols. Kuat tak kuat iman suami ku itu. HewHewHew. 



Uols tau. Iols kecewa masa kol TH tanya boleh tukar syiling tak dan kira manual ke mesin. Dia kata boleh tapi manual dan cadangkan saya pergi minggu depan. Ramai uols kat TH. Parents bawa anak-anak masuk duit raya. Berkeping-keping duit singgit macam Arissa jugak. HewHewHew. Masa kami sampai, kami dengar bunyi duit syiling kring kring tengah dikira dengan mesin. Geram tak Mak Arissa? Heh!

Encik Suami pergi ambil duit syiling dalam kereta. Alang-alang kan? Tanggungjawab depa pun. Kalau kira manual dengan orang tak ramai, tak lah daku kejam nak jugak suruh depa kira. Kaaan? Bila sampai turn, masuk kan duit raya dulu sementara depa nak kira duit syiling tuh. Sup Sap updated dah buku TH Arissa. Ka-ching! Mak tecik-tecik dulu duit raya tak dapat nak wat masuk bank anak oi. Hahaha.

Bila dalam 15 minit tunggu, baru duit syiling siap kira dan updated buku lagi. Ka-Ching! Hahaha. Mak ayah yang eksaited tengok buku anak. Anak dok sibuk nak main je la. HewHewHew. Oh ye. Kalau tukar duit syiling nilainya lebih RM500, TH akan charge RM2 dari nilai tersebut. Yerla, berdiri kot nak tunggu mesin kira duit. Bukan duduk. Huuuuu.

Mama Naila ada cerita pasal link ke Maybank kan. Tanya husband since dia yang buka buku TH Arissa. Tanya kenapa tak link kan. Ayah Arissa cakap dia tak nak sebab takut sebab bila link kan nanti leh senang je nak bawa keluar guna kad maybank dia. Pilih je nak akaun saving ke akaun TH. Hihi. Ok lah jugak. So, saya pun cakap tak payah buat. Bulan-bulan tolak dari M2U je masuk TH. Nak tengok total, biar ayah nya yang beratur kat kaunter. Haha.

satunotahati: semalam dapat duit raya dari roommate untuk Arissa.
Alhamdulillah. Habis Syawal nanti kita update buku TH lagi ye. HewHewHew. 

p/s: ramai jugak yang join contest family potret raya. masih ada banyak hari lagi uols. 7 sept last. :))

XOXO,
Mak Arissa. 

No comments

Blog design by Rainy Day