Pages

Aug 22, 2013

Aidilfitri 2013: Raya Pertama

Assalammualaikum. Hai.

Orang lain dah habis cerita raya, Mak Arissa baru nak mula hari pertama. HewHewHew. Masa kitorang sampai hari tu bukan terus balik rumah. Tapi pergi menyopping lagi. Mula nak cari kasut untuk mak pergi majlis APC dia - tak jumpa. Yang mak berkenan tak ada saiz pulak. Isk. Isk. Isk. Then kitorang ke Giant. Beli entah hape entah. Saya memang semangat bawak mak shopping sebab rasa seronok shopping untuk mak. Syukur dipermudah dan diizin Allah. Dah pukul 3 petang kot baru nak gerak balik dari Kuching. Bapak call cakap tak sempat nak masak untuk berbuka sebab tak habis lagi cat rumah. So beli sajo ayam kepci 15 ketol dan sampai rumah goreng sayur. Burrrrpppp! 

Tahun-tahun yang akan datang tak nak balik sehari sebelum. Stress nak prepare segala benda nak masak rendang kari kuah kacang semua. Sampai tak larat hokey. Bayangkan daku tidur pun tak cukup malam sebelumnya. Huuu. Selalu mak dah siap semua rendang kari segala juadah raya before berbuka hari terakhir tau. Memang rumah kitorang akan beraya dulu. Tapi, sebab dah lewat. Redha jer la. At least leh berbuka ramai-ramai ngan diorang. Hehe. Alhamdulillah. Semoga diberi kesempatan pada tahun-tahun akan datang. By the way, 2 perenggan nih tak mula lagi tau cerita raya pertama. Hahaha. Kalau update guna handphone, confirm daku buat short entry dengan tepek gambo jek. Hehe.

Pagi-pagi bertungkus-lumus buat kuah kacang. Dek kerana kalut, daku terlupa letak apa entah. Rasa something is not right with this kuah. Haha. Arissa lambat bangun. Semua pergi sembahyang sunat Aidilfitri kecuali Arissa, mak Arissa, nek wan Arissa dan mak ngah Arissa. Bila diorang dah sampai, makan-makan sikit dan bersiap sedia nak mohon ampun maaf peluk cium sedu sedan bagai. Isk. Isk. Isk. Part mintak hampun nanti daku cerita lain entri tau. Hahaha. Banyak plot nih. Saya dulu memang pernah berhajat nak jadi penulis novel. Tapi bila masuk kelas sains, otak terus jadi kaku straight to the point. Cakap pun main lepas jek. Eh?? Ada kaitan ke? Haha.

*layan gambar daku malas nak cantum*




 Saya syukur sebab Arissa bukan jenis kisah sangat ada benda dekat kepala. Macam masa dia kecik dulu, dia tak peduli dengan topi bunga kembang sekuntum. Dan tudung ini sebenarnya adalah atas permintaan dia. Masa tuh saya teman colleague asal dari Sabah untuk cari tudung. Boleh pulak dia menangis nak jugak. Ambil la sepasang tudung tuh. Nasib baik match jugak dengan peplum. HewHewHew.

Lepas bersalaman dengan keluarga kecik, kami pergi rumah nenek sebelah mak. Sebelah rumah je pun. Wahahaha. Tak semua yang berkumpul. Tapi Arissa jumpa dengan cousin dia yang lebih kurang 2 minggu tua dari Arissa. Azizi namanya. Sombong kemain tak nak dengan orang. Gedebab! Eeee. Memang buat gomol-gomol. Lagi dia sombong lagi la suka gomol sampai nangis. HakHakHak.




Kronologi gambar ni? Akhir sekali Arissa kecewa sebab dia seorang yang eksaited nak ambil gambar. Hahaha. Kemain ko nak. Arissa nih peramah. So bila jumpa dak sombong - kazen lak tuh memang dia jadi tak tau nak buat apa. Tak ada pun dia nak main-main ngan si Azizi tu. Hahaha.


Azizi. Nenek sebelah mak ada 5 orang cicit je. Buat masa ini Arissa yang bongsu. Azizi nih pulak cicit lelaki tunggal. Ada darah cina nih tau. Kalau tak silap nenek sebelah bapak dia cina.




Ini sebahagian je dari family sebelah mak Korang tengok lah cousin-cousin saya tu, kecik-kecik semuanya. Haha. Jadi geng anak sedara la main kejar-kejar kat luar rumah. Haha.



Masa nih hujan. Dah tak tau buat apa. Kalau gambar tak semengah tuh maknanya hasil dari tangan kayu saya. Hahahaha. Ha... Nak cerita pasal peplum nih. HewHewHew. Ini peplum tempah. Kos baju nih saya tak tahu berapa sebab total bayar upah baju 5 pasang hari tu dalam RM220. Peplum nih tukang jahit favourite saya yang buat sejak dari tahun 2009 lagi kat Ipoh nun ha. Hehe. Orang nya adalah India. India hokey. Kebiasaannya Cina kan? Tapi yes, dia India. Pekerja-pekerja pun semua India. Dan saya sangat puas hati dengan hasil kerja tangan dia. Cakap je nak fashion baju apa. Kalau dia tak boleh nak bayang, dia suruh kita print gambar. Baju peplum nih dia memang tahu. Baju Saloma kata nya. Cuma kita add on nak letak apa. Haaa gitu! Cuma baju ayah Arissa je hantar dekat tukang jahit Cina. Tip Top jugak.




Dah hujan plan nak pergi rumah nenek sebelah bapak terpaksa cancel. Tiba-tiba kawan Whatsapp bagitau nak datang. Teruja iols dalam terkejut raya pertama diorang dah nak datang. Thank you so much Cynthia & Daphanie. Hari tu upload gambar ni, Mama Fayel ngan Mami Asyraf tanya adik beradik ke? HewHewHew. Kawan-kawan kita ni lawa hot dan cun uols. Ada ke rupa macam iols ni ha. Hahaha. Tengok la Arissa yang tak reti diam tuh. Bila dah lepas, elok pulak dia sengih kemain tengok kamera. Heh! Kaki tu nak oi. Sopan sikit! Awak tu pompuan. Huuuuu.

Kat bawah nih gambar dari IG untuk ucap selamat hari raya secara berperingkat.
Haha.
Sengal! 


Pagi; gambar anak dengan ayah wish kat family nun di Ipoh.
HewHewHew.


Petang; ucapan selamat hari raya suami isteri.
HewHewHew.
Entah kenapa encik suami nak jugak amik gambar tengok muka orang.
Malu kot dia tenung beria.
Itu yang jadi sengih kemain manja.
HakHakHak.
Manja lah sangat!
=P


Last; ucapan raya dari ayah, arissa dan mak.

Alhamdulillah. Syukur kerana Allah permudahkan segala urusan kami. Allah memperkenankan doa kami. Semoga panjang umur, sihat sejahtera, berjumpa lagi Aidilfitri tahun depan memeriahkan kampung halaman. Terima kasih Ya Allah. Ketika mengecapi kebahagiaan begini aku sedar, ujian yang Engkau berikan pada kami itu hanya sedikit sahaja berbanding dengan nikmat kurniaMu. Alhamdulillah.

satunotahati: selamat hari raya semua.
maaf zahir dan batin.

XOXO, 
Mak Arissa.

10 comments

yUmiE AzuRa said...

alolo comelnye arissa pkai tudung.belikn iman tudung,tp kejap je die nk pkai.huhu.

as ♥ Leenda said...

alaa..best kan ade gigirl..boleh pakai baju sedondon..hihi..
dak icha ni mmg suke camera yer..sape lah yg ajor tu ekk..hahahah

UMIE SUE said...

comelnyeeeeeeee baju dia.pakai tudung tu soooo cuteeee.

meriah raya

D Yatie said...

Dia so far ok boleh la lama. Tp tak la stgh hari dgn tudung tu. Ikut mood zura.. huuu...

D Yatie said...

Hihihi. Suka! Suka! Nxt baby nanti girl yek mamik asrap. Hehehehe. InsyaAllah.

Sapa tah ajo? Hahaha. Mana ada ajar. Skill yang tiba2 ada. Kah3.

D Yatie said...

Alhamdulillah su.. meriah syukur.. heeee... tudung laye mengalahkan omak eh.. :p

Kesuma Angsana said...

amboi meriah sungguh raya tu !

LYAfrina said...

comeynyer si kecil tu berpeplum.. siap bertudung lg... cutenyer...

ok pe pic dgn husband tu... sempoi je..

Chot said...

Uhuh...panjang dia pye entry raya..hehe..semput..
Chot dtg bw&follow.. Happy blogging :)

Fifi Nadhrah said...

bestnye arissa tak kesah ade bende dekat kepale.. ufairah sepit kecik pon taknak.. apetah lagi tudung.. tak sampai seminit da cabut..

Blog design by Rainy Day