Pages

Aug 26, 2013

Aidilfitri 2013: Hari Raya Kedua

Assalammualaikum. Hai.

Pagi-pagi tapi tak pagi sangat lah. Dah panas gak. Kami pergi ziarah adik, Awang Firdaus. Nur Arissa Batriesya of course pergi jugak. Saya kena kuat masa nak jumpa adik. Saya dah janji tak nak ngalirkan air mata kalau pergi jumpa dia.



Kak NAB kata ateh Arissa. 
Mak Arissa kata.
Macam mak jemah kau nak.
Hahaha.


Al Fatihah buat Awang Firdaus Awang Bakar.
Selamat berbahagia adik ku sayang.
Tunggu kami di sana.
InsyaAllah.
:')

************************************************************


Dah petang, kami pergi rumah sahabat baik saya - Amiruniza. Ganti baju dah. Orang tua kata tak baik pakaikan budak baju dah balik dari kubur. Balik rumah terus mandi. Oh ye, Alhamdulillah masa jumpa adik - Arissa behave. Cuma dia duduk berteleku kat simen tuh. :)


Haaa.. Arissa nih kan suka budak. Memang tak jadi masalah bawa jumpa budak. Cuma keje nya nak peluk nak cium. Heh! Rimas lah budak tuh kan. Hohoho. Kawan Arissa nih namanya Muwaddah Ameena. Sedapkan? Hehe.


Ini kami. Kawan dari kecik. InsyaAllah sehingga akhir hayat. Dan semoga juga anak-anak kami akan mewarisi persahabatan mak mereka sehingga akhir hayat jugak. InsyaAllah.

Malam raya kedua tak ada gambar. Huuuu. Jalan dengan mak bapak dan adik-adik. Tak sempat nak ambil gambar. Tak sempat nak pergi banyak rumah sebab dua orang kawan saya dah call bagitau ada depan rumah. Hahaha. Balik la jawab nya. HewHewHew. Lepak-lepak sampai 11.30 malam dan Arissa tak langsung berenggang dengan saya. Punya tahan biji mata anak dara tuh. Haih. 

Peliknya tahun ni rasa macam lupa nak ambil gambar dengan 3 orang sahabat saya tuh. Kali ni kitorang lepak-lepak pun dalam 2 jam gitu. Masing-masing dah ada komitmen uols. Yang seorang, tengah menghitung hari masa tu. Ni dah bersalin dah. Baby girl. Marissa kata nyer. Heeee.

satunotahati: raya jumpa macam-macam ragam.
ragam itu yang buat hidup tidak bosan.

XOXO,
Mak Arissa.

2 comments

Chekgu Azrine said...

comel sgt arissa pakai tudung

al fatihah utk adik sis..semoga tenang di sana

Fifi Nadhrah said...

comelnye arissa..

alfathihah buat adik mama arissa..

Blog design by Rainy Day