Pages

Aug 23, 2013

Aidilfitri 2013: Bunga Api

Assalammualaikum. Hai.

Malam raya pertama, kami pergi rumah Umi Arissa - Sulia dan mak sedara Sulia. Selang sebuah rumah je pun. Beria naik kereta sebab bajet konon nak pergi 2 3 buah rumah. Arissa pun dah macam tak senang duduk aka nak tidur, kami terus balik. Pergi sekali dengan mak dan adik-adik. Bapak jumpa kawan baik dia. Hohoho. Cuaca tak berapa baik hari raya pertama. Nak berkunjung pun tak boleh. Orang nak berkunjung pun kurang. Sebelum kami jalan raya, ajak Arissa main bunga api. Pes time oi! Itu pun bising ayah nyer dek asap bunga api beracun kata nya. >_<


Kemain menyengih budak diberi kebebasan main dekat luar malam-malam. Haha. Serius! Happy tengok dia happy bergerak bebas ramai-ramai dengan Nek Aki dan Mak Mak Sedara dia.


Tunjuk hape tah tapi mesti something yang buat dia eksaited. Hohoho.


Berani hokey pegang. Siap goyang-goyang tangan sesuka hati buat mak kalut. Dia bukan tahu benda tuh bahaya. Tengok la tangan mak nyer dok pegang tangan dia. Eksaited kemain dia. Hehe.


Tak lama pun main sebab Nek Usu Arissa datang rumah dengan Nek Atok sebelah bapak. Bila di ajak masuk rumah kemain dia tak nak. Ha. Gitu la daku di rumah. Dengan track suit dan t-shirt nya. Hoho. Tapi itu plus dengan cardigan sebab kalau pakai t shirt je, gambar tak boleh upload. Huuuu.

Sepanjang beberapa hari kat sana, sekali itu je Arissa pegang sendiri. Iols tak confident nak bagi dia main sendiri plus sekarang kan macam-macam. Takut. >_<. Orang yang melayan dia main bunga api (dok pusing-pusing bunga api) ialah Mak Udak - si Bongsu ganti. HewHewHew.

satunotahati: tak sabar rasanya untuk bertemu dengan Ramadhan tahun akan datang.
semoga dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik buat kita semua.
buat mama naila dan saila, takziah dan yakinlah akan perancanganNya.

XOXO,
Mak Arissa.

4 comments

Chot said...

Rasanya mesti mak arissa yg main terlebih bga api ni

Fifi Nadhrah said...

ufairah siap nak pegang api tu.. geram je.. bukan ape.. panas kot..

comel betul arissa..

Nurul Aziz said...

Ayra pun berani pegang nak main bunga api, tapi maknya ni kejam sikit bagi main sesaat je, sentuh sikit, pastu terus bawak masuk rumah arh peduli la melalak.. melalak kita umpan dengan upinipin hahahaha! kang putus jari siapa yang nak tanggung? asap semua tu.. hihi paranoid camnila.. tapi main mercun pop-pop takpe.. tu boleh... cuma kadang kalau leka dia boleh masuk dalam mulut.. grr!

Chekgu Azrine said...

nampak mcm mak arisa yang excited terlebih..hehhe
'
selamat hari raya sis!!

Blog design by Rainy Day