Pages

Jul 18, 2013

Suami Curang?

Assalammualaikum. Hai.

Semalam kecoh lah kami dekat group mommies gojez tentang hal si pelakon idaman malaya, Ashraf Muslim dah kahwin. Hehe. Nak gosip artis jap. KuiKuiKui. Moh kita tengok kronologi kisah si Ahsraf Muslim nih yang sumbernya dari BeautifulNara.



Sejujurnya, saya yang peminat si Ashraf Muslim nih pun kecewa dengan cara si Ashraf kahwin. Bayangkan kalau saya ada dalam 'kasut' si Dayana. Allahhuakbar! Tak tahu nak bayangkan apa kemungkinan yang bakal berlaku. Hewhewhew. Mak Arissa nih garang oh. Adik Mak Arissa selalu cakap Kak Long nya nih singa. Haaaa. Berani lah nak buat Mak Arissa gitu. Hohoho. (konon!)

Ya. Poligami tak salah. Poligami tak berdosa. Kalau suami mampu berlaku adil, suami mampu menyediakan nafkah zahir dan batin - dipersilakan.

Allah Ta'la telah berfirman dalam Surah An Nisa': ayat 3 yang bermaksud:
"Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."

Tapi, kalau kahwin senyap-senyap dan masa nak kahwin tipu isteri cakap ke Bangkok atas urusan perniagaan, itu sangat tidak baik. 

Kebenaran untuk berpoligami daripada isteri yang sedia ada bukan merupakan satu syarat yang utama dalam meluluskan permohonan seseorang lelaki untuk berpoligami. Walaubagaimanapun, berdasarkan peruntukan dalam Seksyen 23 (3) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4/1984 (pin.) 1988, pihak suami perlu menyatakan sama ada beliau telah mendapat keizinan daripada isteri yang sedia ada atau sebaliknya untuk berpoligami.

Apa pun alasan nak berkahwin, seorang suami kena hormat isteri yang sedia ada. Kalau saya ada pada posisi Dayana, saya akan kecewa. Kecewa yang teramat sangat. Apatah lagi dengan tindakan suami yang hanya menyembunyikan perkahwinannya. Bayangkan, awak jumpa itenary dalam beg suami dan ada nama orang lain. Heh! Tak ke sentap uols!!!! Lagi elok kot kalau suami berterus-terang daripada tahu dengan cari begitu. Mahu rebah kat situ jugak aku! (=_=')

Tak mahu cakap lebih sebab iols pun ada laki uols. Seminggu dua hari je jumpa. Haha. Eh, mohon dijauhkan dari perkara macam nih sehingga saya betul-betul menjadi seorang wanita yang redha. Darah muda kuat lagi nih. Huuu. Tapi andaikata alasannya disebabkan anak.. HEH!!! Baru 2 tahun kot usia perkahwinan uols. Orang lain 10 11 tahun boleh je menanti dengan sabar. Tapi, andai benar si isteri disahkan tidak boleh mengandung - ya, itu harus.

Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-
  • Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
  • Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
  • Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
  • Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.

Tapi, perlu ke nak kahwin sampai ke Thailand. Perlu ke nak sembunyikan dari isteri pertama. Why oh Why??!! Adeh!! Persoalan yang begini suka menghantui pemikiran para isteri. Haha. Eh entahlah. Dah tak mahu cakap panjang-panjang. Bulan puasa hoi. Eh. Bukan bulan puasa pun tak perlu ulas panjang-panjang apa yang kita fikir tentang mereka nih. Sebab kita tak tahu apa pun tentang hal rumahtangga orang. Depa yang tidur sebantal, setilam, seselimut dan hidup sebumbung. Kaaan?

Suka saya memetik petikan dari Abang Abil. Al Fatihah buat Kak Fauziah.

Dengar sini baik2, tak kira lelaki atau yg perempuan..Berkaitan curang ni, kalau nak cita pasal hukum semua tahu..Hanya kat sini saya cuba menyedarkan sahaja, terutama pada diri saya sendiri.. 

Apabila seseorang tu nak cari pasangan, dia ada ciri2 pilihan, dari segi tubuh badan, perangai, cantik, kemahiran luaran atau dalaman tak kira cmana cita rasa kita ni..Then bila dah dapat, kita tahu apa yg kita dapat tu bukannya 100% tetapi hanya dapat 80%. Tak perfect la kata org..Kita hanya tahu tapi kita tak sedar..So ada 20% lagi yg kurangnya pada pasangan kita tuuu..Setelah lama berpasangan, tiba2 Allah uji pasangan kita ni..bagaimana? Kita pun jumpa la seseorang tu yg mana dia mempunyai 20% ciri2 pilihan kita dahulu,,aaaaa ( Bukan aa,aa,aa, itu isteri saya, sekarang ok dah ) kita mula la tertarik hati kat dia dan bermula la proses curang tersebuttt... 

Dari saat tu bermulanya pergolakkan rumahtangga atau boyfren girlfren ni...Bergolak tu u all pandai2 la settle sendiri jangan panggil I, nak curang ngan I ok!! hahahahaha Kat sini I nak beritau n nak sedarkan pada pencurang2 ni..U all sedar tak, u all dah dapat 80% tapi u all nak kan 20% tadi dengan membuangkan 80%. Faham tak apa yg i taipkan ni.. ( ulang ayat tadi )..80% tu kurangnya 20% jea tapi 20% tu kurangnya 80%!! Jadi kenapa buat cm tu..kalau u pilih kedua2nya sekali ( kawin 2 la ) nescaya yg 20% tu akan terabai lama kelamaan dan u akan berbalik2 semula ke 80% u...Malu tak rasanya nanti bila u all dah terlambat sedar...?  

Ni cita pasal curang yea bukan kawin 2 ke 3, kawin lebih tiada larangan tapi ada syarat2nyaaa....So curang tadi, bodoh tak kita ni. Nampak sangat si pencurang ni mementingkan diri sendiri, jangan kata la diri tu baik..Walau bagaimana pun sekiranya pernah terjadi perkara di atas, maafkan pasangan kita, kita manusia yg bernafsu cepat buat silap dan sebagai hamba Allah, kita maafkan, jalin semula, perkukuh semula ikatan berpasangan kita. Mana yg masih curang curangan ni sekadar ulangkaji n nasihat sahaja jgn la marahkan saya...I sayang u all,,sungguhh..

Faham tak apa yang Abang Abil cuba sampaikan? Memang dia cerita pasal curang, bukan kahwin 2 3. Tapi tengok ayat selepas itu. Ada syarat2nyaaa. Haaa.. Dan saya sangat mengagumi Abang Abil yang begitu setia menemani, menjaga, mengasihi dan mencintai Kak Fauziah sehingga akhir hayat Kak Fauziah. Semoga suami kita akan terus setia menyayangi, mengasihi dan mencintai kita sehingga ke akhir hayat kita juga. Aaamiin.

Saya selalu juga sembang kosong dengan encik suami. Hoho. Pasal benda-benda gini lah. Haha. "Tak kisah kalau nak kahwin lagi satu. Tapi kena cakap. Kita sama-sama tandatangan borang. Tapi kalau sembunyi-sembunyi tetiba ada skandal, dan kahwin lain. Mintak maaf. Paham-paham aje la. Tapi... Mampu ker? Hahaha." Biasa lah. Hewhewhew. Sengal sikit! =P Biasalah nyembang kosong.

Apa pun, semoga Dayana tabah. Apa jua keputusan Dayana, saya sokong. Ehhh? Hahaha.

Sumber: 
JAIS
Warkah Buat Isteri.

satunotahati: kalau terniat hati nak curang, cuba luangkan masa untuk bertafakur.
kenangkan saat-saat indah bersama mengharungi musim bunga dan kemarau.
insyaAllah kita akan bersyukur dengan kehadiran insan yang dipinjamkan.

XOXO,
Mak Arissa

9 comments

penyisir rambut said...

waaaaaaaaaa.....serius saya pon macam sentap dengan ape yg Asyraf Muslim buat..tak terbayang kalau suami saya buat camtu jugak..sob3...semalam pon sembang2 dgn suami pasal ni...saya just cakap,,kalau tak berlaku adil,,aniaya isteri...bersedia lah jawab dengan Tuhan kat akhirat nanti....

S.n.Fariza said...

x sanggup.. mau nangis. hihi.
insyaAllah semuanya baik2.
agar dia lebih tabah dan sabar

CikNaa said...

isteri.. tabahkan hatimu walau apa jua dugaan & ujian yg dtg.. hoho. padahal ciknaa baca sekali imbas je cerita dorang ni. taknak amik risiko darah naik tetibe :P

Nursaila Norman said...

sama lah dyg..saila open bercakap hal ni dgn suami..remind dia kalau nk kawen 1 lagi bgtau jgn sembunyi2..yg sembunyi tu lah jd lain..silap2 masuk metro. haha! even borak kosong, tapi saila nk dia faham, saila x suka tipu2 ni.. suami kena sentiasa jujur dgn isteri, itu slh 1 kunci kebahagiaan..insyaallah :) tp rezeki kita x sama kan.. mungkin ini dugaan utk dayana.. semoga hati dia kuat, amin.

as ♥ Leenda said...

saya mmg tak boleh sembang topik madu, kawen lari, kawen nyorok2,skandal ni dengan asben..sbb CONFIRM akan berakhir dengan bergaduh..hahahha..
sbb kitorg memang kaki gaduh punya org..lagi2 topik nonsense macam ni..puiiiii..

Kesuma Angsana said...

moga dayana tabahlah.. sebaia wanita faham sangat perasaan seorang isteri even mulut kata redha kan..

adyna said...

Moga dayana tabah , memang tak setuju dengan ashraff cara yang tak wajar

Mimy Hamid said...

sy pernah di uji awal kahwin org ketiga..ex husben kacau hidup kami...mmg kitaorg gaduh gak la...huhuu apapun kena kuat dan tegas dalam hal ni...masa terjadi tu sy call ngan pompuan tu sendiri heheh..terus diam takut tak berani jawab

Pinkbubblegumprincess said...

ngutik,..tp mmg x dapat di jangka..sedihnya nya tauk dah kahwin huhu

Blog design by Rainy Day