Pages

Aug 1, 2013

Juadah Ramadhan

Assalammualaikum. Hai.

Sepatutnya, wordless wednesday. Tapi tak berkesempatan pulak. So, kita tukar tajuk jadi Spontaneous Thursday. Haha. Kenapa spontaneous jugak? Sebab ini juadah yang saya sediakan secara sepontan dari kepala hotak dan nafsu tekak sepanjang berkesempatan tempoh hari. Hihi. Seronok dapat masak untuk suami dan anak. Alhamdulillah, diberi kesempatan dan peluang oleh Nya. Meh ler layan gambar lauk-pauk daku yang ala kadar nih. Huhuhu.

Ikan Kembung Goreng + Sayur Kobis Telur + Sambal Petai Belalang (yeke belalang?)

Sambal Goreng Mama Fayel

Puding Roti 

Sahur: Nasi Goreng + Ayam Goreng Kunyit

Pucuk Ubi Masak Lemak, Ayam Panggang Blackpepper, Sambal Belacan Ikan Bilis, Ulam Pucuk Ubi + Petai & Sup Ayam Arissa.

Thai Style: Tomyam Campur, Udang Tepung, Sup Sayur Arissa- Encik Suami & Kangkung Belacan, Telur Dadar - Cik Isteri

Ikan Tongkol Bakar, Udang + Sotong Goreng Tepung, Sambal Ikan Bilis + Petai - Homemade, Sambal Udang, Suhun Masak Lemak - kuasa hujung jari telunjuk.

Eh ini tak masak. Makan kat luar. Kenny Rogers tempat wajib berbuka tiap tahun. Haha.

Ayam Goreng Kunyit, Sardine Kicap

Ayam Panggang Halia, Daging Blackpepper, Sayur Kacang Buncis Masak Lemak

Tahu tak kenapa bersemangat masak semua sampai encik suami pun rasa pelik tapi melayan jugak isterinya ni ha - join sekaki. Sebab mommies gojez yang rajin semuanya. Phew! Tabik spring kat uols. Iols kalau bukan sebab survey dan balik awal sikit, idak ler jugak nak kelentang kelentung di dapur. Daku tidak cekap sangat di dapur hoi. Kalau Masterchef 45 minit kena siap masak siap hidang, saya 45 minit untuk fikir dan sedia bahan. Itu belum campur masa untuk tengok resepi. Hahahaha.

Alhamdulillah. Ramadhan ini, Allah bagi peluang 2 minggu bersama suami dan anak. Alhamdulillah saya diberi kesempatan mengurus rumah, suami dan anak setelah semua tu setahun saya tak buat. Yes! Saya kekok banyakkk dan hampir setiap hari tersasar paling lewat 15 minit dari masa yang dijanjikan. Tambah pulak Arissa dah besar. Banyak ragamnya. Yang buat lagi tersasar bila mak nya tak sampai hati nak kejutkan anak nya. Pukul 8 pun tak bangun-bangun hoi. Kena paksa bangun. Huuuu.

Ok. Tengah layan hindustan. Haha. Lama tak layan tiba-tiba melayan. Letih ooo cari kasut Arissa tak jumpa. Dah berkenan tak ada saiz pula. Huuuuuuuuu. Esok nak teruskan misi mencari.

satunotahati: saya suka untuk ulang ayat ini hari ni, 'DOING GOOD AND YOU'LL GET GOOD THINGS'. Alhamdulillah.

XOXO,
Mak Arissa.

3 comments

Hana Soffelia said...

argh... pagi2 baca entry ni. sedap sumenya. btw, petai belalang tu mana dpt? hana suka sgt. tambah2 kalo makan taruk dalam nasi kerabu.. lama gila tak jumpa petai belalang tu.

CikNaa said...

kemain dia yer.. penuh gambor makanan.. btw, mkn masak sndiri sgt puas ati kan?

Mimy Hamid said...

sambal mama fayel..eheheheh tetiba kembang idong

Blog design by Rainy Day