Pages

Jul 16, 2013

Amina : Kawan Baru NAB

Assalammualaikum. Hai.
 


Nur Arissa Batriesya dah ada kawan baru sebagai peneman. Hewhewhew. Bergaduh hati dan akal nih untuk membeli si Amina nih. Hati kata nak. Akal kata ala tak payah la. Hati kuat kata nak. Akal kata Arissa kecik lagi, dah besar sikit nanti baru beli. Makanya Mak Arissa pun survey, survey dan survey. Sumbat akal dengan ilmu peribadi si Amina. Hahaha.  And finally, pagi-pagi buta mesej dekat orang tuh nak beli. Nak pos hari yang sama. Hari Rabu uols. Haha. Saya jenis susah hati sikit. So, sebaiknya memang nak kena beli hari Isnin. Hahaha. At least, Jumaat balik Ipoh dah dapat tengok benda tu kan. HewHewHew. 

Sampai Ipoh, tengok Amina ada dekat seat belakang. Heh. Arissa tak berapa nak layan hokey. Eksaited sekejap-sekejap itu normal. Mak kena menahan perasaan lah kawal kesabaran. Hahaha. Borak-borak dengan Encik Suami tentang Amina. Saya pun bagitau lah nanti dah sekian -sekian masa kita boleh upgrade catridge dia. Nanti ada lah bahasa Arab dia ajar. (Kompiden je cakap kat laki walhal otak dok ligat fikir betul ke yang ini aku baca ada bahasa Arab tuh. Wahaha.) 

En Suami: Wahh. Siap ada catridge ye?
Cik Isteri: Ha la. Tengok rege la. (Memang tak bagitau husb yang sebab duit sendiri katanya. Hehe.)
En Suami: Ha berapa rege? Saya saja tak nak tanya. Nak tunggu awak bagitau.
Cik Isteri: 185 (dengan suara perlahan hokey! hihi.)
En Suami: Ha?
Cik Isteri: 185 sekali pos.
En Suami: Dengar tu Ca. Mak kamu. Kemain.
Cik Isteri: Hehe.
En Suami: Nasib baik mak tok tak tanya ca berapa. 185 tu ca. Kita main campak-campak aje ca patung ni.
Cik Isteri: (Dalam hati dok kata hampeh!) Sesuka je nak campak-campak.
En Suami: Mana nak tau. Dah pos nyer pun bukan dalam kotak.
Cik Isteri: Kalau dalam kotak nanti mahal sebab sekarangbdah pakai volume metrik kata org yang jual tuh. (Dah tanya dua tempat jawapan sama.)

Patung nih ringan je. Standard patung biasa. Cuma ada isi perut yang agak keras dan berat sikit. Haha. Ringan tapi berat. Apa-apa je lah. :p Saya beli Amina sebab Arissa kan gugurl. Takkan nak beli yusuf pulak. Boboboi beli Yusof ye. Rambut Amina nih macam rambut Negro. Haha. Tapi Amina bertudung la. Tapi tak labuh kat dada. Hahaha. (Teguran adik ipar yang tingkatan 3. Hampeh je.) Baju pink purple dengan kasut pun purple. Hihi. Arissa suka nak buka tudung kawannya tu ha berbanding nak picit butang-butang yang patut. Kalau picit pun dia akan picit laju-laju. Tak sempat si Amina nak habis nyembang. Haha.

Meh nak share sikit pasal Amina. Amina ada hidung bulat comey. Bila picit, Amina akan bersin Achumm dan cakap Alhamdulillah. Setiap tapak tangan dan tapak kaki ada button. So ada 4 section. Yang pertama, Amina introduce kan diri dia. My name is Amina! I am a Muslim. HewHewHew. Yang kedua, Amina ajar bila nak cakap Bismilahhirrahmanirahim and etc. Maaf tak hengat. Mak dah tua. Huhu. Yang ketiga, lagu2 macam Lailahaillallah Muhammaddur Rasulullah dan etc. Yang keeempat, surah Al Fatihah dan Al ikhkas. Semua sekali dengan maksud. Bahasa omputih ye. Huuu. 4 section tuh maaf jugak tak hengat yang mana tapak tangan yang mana tapak kaki.

Arissa memang jarang jugak fokus pada Amina. Kebiasaan Amina jadi pengubat hati lara. Hahaha. Kot tengah menangis ke, bagi la si Amina. Dengan air mata meleleh dia akan perluk cium si Amina. Dah habis nangis dia biar je Amina duduk setempat. Mak peluk coum Amina dia marah pulak. Hahaha. On the day saya beli Amina, ada baca satu quote 'your child doesn't need ur present but they need ur presence'. Sentap iolsss! Tapi, cepat-cepat kembali ke alam nyata. Tak akan ada seorang mak yang sengaja mahu jauh dengan anak nya. So, muhasabah diri aje la. Allah Maha Mengetahui. Well, macam saya masa cuma weekend. Husb pun yerlah. Mak tak sama dengan ayah walaupun ayah dah jadi mr. Mana. So, apa yang termampu kamk sediakan. Nak ajar straight buka kitab rasanya memang payah. Kita doakan yang terbaik untuk anak. Bukan nak memudaratkan anak. Yer dak? 

Nah. Belanja satu instavideo. Hahaha.



satunotahati: zaman sekarang macam-macam ada.
seiring dengan bertambahnya kesibukan parents. kan?
btw, thanks kepada yang cipta Islamic Dolls.

XOXO,
Mak Arissa.

9 comments

CikNaa said...

alahai kawan arissa siap pakai tudung lagi tuuu.. comel!

Mimy Hamid said...

kita minat yusof tu...minat ...harga berapa

hayati hashim said...

Comel. Mommy aisy pun x nyabor nak. Tpi kena berrtahan. Byk sh spwnt utk mainan bulan ni. Huhu

m@m@yAyA said...

Mak aih regenya leh wat mama yaya telan liuq sat..
Da lm gak teringin ni tp bla pk kn rege hold dlu tp yg plik mainan lain yg lg mhl cpt lak leh bli..aduhai

Edat_Uzair said...

berbaloi dgn function & rega..hehehe..yusuf cemana rupa lak? hihihi....

cha said...

bagusnya amina ni siap bertudung. hr tu mak mertua i pg mekah dia ada belikan anak patung untuk cucu dia. boleh jalan and nyanyi lagu arab lagi huhu

humble.yat said...

salam.
tulah sy pun minat juga amina ni..since aina, anak sy tu suka sgt peluk teddy bear uminya ms zaman bujang dulu huhu..tp harga la pricey huhu..

Fifi Nadhrah said...

fifi pon berkire2 nak belikan amina.. tapi ntah la.. masih berbelah bagi.. survey review pon tak lagi..

Nurul Aziz said...

mcm babyalive la ni.. tapi ni versi muslimah.. babyalive tu macam over lak siap boleh berak kencing semua.. hihi.. ayra takut patung camni.. dia main tedybear je sekarang ni.. tupun tedybear2 maknya dulu.. sobssobsss...

Blog design by Rainy Day