Pages

Jun 27, 2013

This Coming July~~

Assalammualaikum. Hai.

proses motivation tanda cinta kepada kerjaya. tehehehehe. love gitu bijik mata ha. :p

Phew! This will be the busiest month ever.

Me: Bos, nanti kita pergi sama negeri kan? Nasib baik.
Bos: Aah. Tapi, kita sampai sana berpecah. Group lain.
Me: Alah.. Baru je nak happy sekali ngan bos.
Bos: Takpo la. Nanti I nak bagi U ke Gua Musang. I KB.
Me: Ha? Dah kenapa?
Bos: I nak expose U to industry.
Me: Ohh. Ok.
(Me belek-belek jadual.) 
Me: Eh. Sambut puasa kat tempat orang lah kita bos.
Bos: Yer lah. (gelak2)
Me: Alah. Bos takper. Seronok negeri sendiri.
Bos: Bakpo lak. Negeri ja. Anak bini sini.
Me: Yelah. Sama2 lah kita di negeri orang.
(Me tengok-tengok lagi jadual.)
Me: Nanti bagitau awal-awal tau nak pergi pukul berapa semua. Saya kan dari Ipoh.
Bos: Ha. Yelah memang nak kena set awal.
(Nak keluar dari bilik bos tapi mata tengok jadual lagi.)
Me: Bos. Survey start Isnin. Maknanya kita kena gerak hari Ahad lah kan?
Bos: Aah la. Ahad.
Me: Ala bos…. Birthday saya tuh.
Bos: Haha. Sambut dalam keto je la.
Me: Sampainya hati. Kecewa saya ni bos. Hahaha.

Huhuhu. Sentap tau uols. Udah la puasa kat tempat orang. Ya, memang kalau tak pergi buat survey pun puasa pertama kat tempat orang tapi KL dah kira tempat bermastautin. So, dah bukan tempat orang dah. Huhu. Birthday pun tak dapat nak bersama suami dan anak. Ya, walaupun encik suami bukan jenis nak celebrate nak suruh tiup lilin bagai tapi at least boleh request nak pergi makan kat mana nak makan apa. Ha.. Weols kan suka menternak lemak. Orang lain ternak kambing kami ternak lemak. Huhuhu.

Puasa nih maknanya saya kena banyak-banyak bersabar. Kena pandai kawal emosi. HewHewHew. Ujian bulan puasa buat saya. Puasa itu ibadah wajib. Tuntutan kerja juga ibadah – amanah. Semoga kami yang bertugas dalam survey nih dipermudahkan segala urusan dan mendapat keberkatanNya. Semoga juga saya tidak merungut-rungut sepanjang tempoh itu. Kang sipi tak pasal kang puasa. Rugi hoi. Huhu. Please be nice to me wahai warga kilang semuanya. KuiKuiKui. 

Tapi kan, kalau uols tengok tuh. Seminggu saya di negeri orang dan maybe will be back on Sabtu. Otak saya dok terfikir. Sempat ke tidak nak balik Ipoh. Seminggu tempat orang, seminggu office dan seminggu lagi tempat orang lagi. Maksudnya, cuti cuma Ahad. Huhuhu. Nak proses mendobi lagi. Heh! Awal-awal dah stress. Macam mana? Huhu.(nanti nak story apa saya buat kalau saya stress. hahaha.) Bak kata saya awal tadi, kena banyak-banyak sabar. Kena setiap hari remind diri sendiri, ikhlaskan hati kerana Allah SWT. InsyaAllah.

satunotahati: shall I request makan-makan in advance? hewhewhew.
makan jer lah tahu. huhuhu.

XOXO,
Mak Arissa.

No comments

Blog design by Rainy Day