Pages

Jun 23, 2013

Pneumococcal Vaccine

Assalammualaikum. Hai. 

Terlebih dahulu mari kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat adik Aqil Hamzah. Arissa, on her 1 year 4 months baru inject Pneumococcal Vaccine setelah membaca sampai pening lalat dan bertanya sampai orang menyampah. Haha. Ya ampun ibu'-ibu'. Ai is emak yang agak paranoid gitu. Hehehe. Dan thanks buat Umi Qi sebab share information berkenaan ini dengan terang dan jelas sekali. Antara Prevenar dan Synflorix. 

Arissa inject lebih kurang 10 hari yang lepas. Malas nak tengok kalendar. Lupa. Hahaha. Mak nya ni ha call KPJ untuk confirm kan ada tak Vaccine nih. Sebab mama Zahrah ada pergi Ar Ridzuan stok Vaccine dah habis. Alhamdulillah. Rezeki Arissa dapat suntikan Prevenar yang terakhir - maksudnya, itu satu-satunya stok yang tinggal. Synflorix ada 5 kalau silap. Syukur. 

Sudah tentu yang bawa pergi inject itu adalah ayah dan mak tok nya. Oh. Kami buat injection ini pun setelah bincang dengan mak tok nya jugak. Mak tok nya memang menyokong lah kan. Kita berikhtiar. Kan mencegah itu lebih baik dari merawat. Ha.. Selebihnya, tawakal. Semuanya ada hikmah dari Almah SWT. :) 

Arissa terdemam jugak lah lepas inject. Dedar kata orang Perak. Tapi demam itu bukan sebab itu aje, kalau dah terliur-liur, nangis-nangis gosok gusi. Paham-paham aje lah budak yang nak tumbuh gigi nih. Arissa tinggal lagi gigi geraham. Yang lain dah semua. Jenuh bergaduh nak gosok gigi nya sebab dia nak gosok sendiri. Bukan nya ketap gigi tapi tutup mulut dengan rapat. Huhu. 

Dan selain dari demam lepas inject, Arissa mungkin jugak kena 'keteguran'. Mungkin. Tak dapat dikenalpasti seratus peratus. Alhamdulillah. Sekarang dah ok. Ayah nya pun dah boleh tidur dengan lena. Huhu. Emaknya yang berada di kejauhan dok susah hati tapi tido tu boleh kata lena jugak la. KuiKuiKui. :p 

By the way, thank you so much buat semua mommies yang willing to share about this vaccine. Of course la mommies gojez kan? ^_^ Obses kot dah dengan group gojez nih. Haha. Walaupun Arissa lambat sikit tapi yelah, better late than never. Yer dak? Apa pun, sama-sama kita doakan supaya anak-anak sihat walafiat hendaknya.

satunotahati : sentap mak Arissa tengok mommies gathering ramai2 tau. 
semoga panjang umur murah rezeki nanti kita jumpa juga.
InsyaAllah. 

XOXO,
Mak Arissa. 

No comments

Blog design by Rainy Day