Pages

Jun 28, 2013

Pengubat Stress ;D

Assalammualaikum. Hai.

HewHewHew. Nampak sangat Mak Arissa semalam stress kan? Huhu. Ok. Actually, bukanlah stress mana pun. Kerja tak begitu banyak. Tapi..tengah PMS katanya. Hormon haru biru. Jangan berani nak buat pasal, kang ada yang kena siku. Huhuhu. Dah time bendera jepun naik, memang haram lah bagi kita kaum wanita nih nak solat. Istighfar je lah banyak-banyak. Atas sebab Mak Arissa nih lone ranger, idak lah balik ke rumah terus. Al-maklum, Aeon tak sampai 10 minit dah boleh sampai katanya kan. 

Bila dah jiwa kacau. Mak Arissa nih suka pergi tempat yang boleh menenangkan fikiran, tempat yang boleh memotivasikan, tempat yang boleh mengamankan, tempat yang boleh menerujakan dan tempat yang sunyi. Lepas merayau-rayau tengok benda yang sama di Aeon, Mak Arissa masuk MPH. Ha.. Itulah tempatnya. Hahaha. Rasa macam teruja gila tengok buku-buku yang ada. Tak kurang tak lebih dari keterujaan merembat pakaian Arissa time sales. Hahaha. Tapi, Mak Arissa nak masuk MPH kena fikir ada tak budget untuk ke situ. Kalau nan-hado? Buat tambah stress, baik tak payah masuk. =P (nasib baik semalam dah gaji. hahahaha. dah terlari budget. =_=')

approx: RM200
(less 10% for each book - discount next entry)
Meh nak ajak tengok satu-satu buku. Hahaha. Nak tunjuk cover depan je. Hihi. Kalau diizinkan Allah, saya harap sangat saya boleh kongsikan juga apa yang saya dah baca. InsyaAllah. ^_^

Kita bicara tentang pancaroba, kita berkata tentang malapetaka, tapi hati masih terleka. Kita tewas dalam gembira, kita tersungkur ketika derita. Namun, andai ujian itu membawa kita ke pintu kesedaran, maka ujian itu sebenarnya manis. ALLAH tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Sesungguhnya, dunia adalah tempat ujian, akhirat jua tempat kebahagiaan abadi.
Masuk-masuk MPH, terus nampak yang ini. Best Seller katanya. Haruslah lokasi yang strategik. Yer dak? Tertarik of course lah sebab kita manusia hari-hari di uji. Cuma yang membezakannya ialah kecil atau besarnya ujian yang Allah beri. Ketika PMS, Allah juga sedang menguji tahap kesabaran kita. Kan? Hehe.

.... Szzzzap! Kepala terpelanting ke sebelah kiri hadapan dengan darah memancut keluar. Allahu Akbar, kesannya menusuk nun jauh di hati. 
Okay. Ini MKI. Saya peminat MKI dan isterinya Roza. Buku-buku mereka bercerita tentang apa yang mereka lalui. Penceritaan yang begitu santai, mudah dan jelas yang mana setiap kisah itu pasti akan dikongsikan segala apa yang tersirat. Alhamdulillah. Lengkap travelog Roza dan buku MKI dalam simpanan. Semoga bermanfaat untuk semua orang yang membacanya. Aamiin. ^_^

Cerita Kak Wan lahir daripada suara seorang wanita yang dikentalkan oleh dugaan. Meskipun beliau pernah berada di puncak - Kak Wan tetap menjadi seorang Kak Wan, sikit pun tak berubah. Dan apabila puncak tersebut diruntuhkan - beliau masih lagi seorang Kak Wan. Kak Wan bercerita tentang kenangan, idealisme, malah suka dan duka yang beliau lalui. Citra Pesona Seorang Wanita diluncurkan untuk ditelusuri bersama.
Mungkin ada yang cakap, apa hal pulak nak baca kisah tentang dia ni? Ok. Ketepikan soal politik. PRU dah berlalu. Kita doakan yang terbaik buat negara dan rakyat kita. Ok? Hehe. Kenapa? Saya ingin tahu tentang wanita ini. Wanita yang saya rasa dia punya kekuatan, kesabaran, kecekalan, dan ketabahan yang luar biasa. Huhuhu. Erm. Entah. Saya sekadar mahu tahu. Alah. Sama seperti kita baca Dr.M In The House. Ha gittew kan. Kita nak tahu. Dah kebetulan ada buku nya. Tak ada, tak lah nak baca. Hihihi.

Many of us live our lives entrapped by the same repeated patterns of heartbreak & disappointment. Often, we have no idea why this happens. Reclaim Your Heart is about freeing the heart from this slavery. It is about the journey in & out of life's most deceptive traps. This book was written to awaken the heart and provide a new perspective on love, loss, happiness & pain. A manual of sorts, Reclaim Your Heart will teach readers how to live in this life without allowing life to own you. It is a manual of how to protect your most prized possession - the heart.
Haha. Buku ini honestly, saya memang tertarik sejak tengok di Instagram Dena Bahrin & Lisa Surihani. Ok. Attitude ini tak baik. Tengok orang glamor baca, kau pun nak baca. Hahaha. Eh. Tak lah melulu nak beli terus tanpa tengok apa yang patut kan. Hehehe. Well, tajuk of course menarik tertarik. Reclaim Your Heart. Dan bila baca sinopsis - ok, this is mine! Hehe. Tapi, buku nih mesti lambat nak habis sebab bahasa orang putih. Hahaha. 

dan setelah hampir 27 tahun usia ini, pada 26 Jun 2013 hati tergerak untuk jadi Member MPH. hahaha.
I'm officially MPH Member~! Yeay! =P
satunotahati: semoga dapat menguruskan masa dengan baik.
satu lagi buku is on the way. tak sabar. ;D

XOXO,
Mak Arissa.

1 comment

as ♥ Leenda said...

mak arissa bnyak masa, oklah ni boleh bace buku..hukhukhuk..mami asyraf bukak buku muka surat pertama menguap, muka surat kedua dah lelap..macam mana..
hihihi..

Blog design by Rainy Day