Pages

Jun 21, 2013

Balik Raya!! ^__^

Assalammualaikum. Hai.

Selamat Hari Raya!!

Hehe. Puasa ganti beberapa hari lagi nak habis. Ramadhan dah dekat. Mood raya dah switch on. Melampau hokeyh!!! (=_=') Ini semua sebab SURPRISE atas meja semalam. Saya dah terima tiket raya kami tiga beranak. Hoyeaaahhh! Alhamdulillah. Jimat banyak. Syukur. Terima kasih Ya Allah. ^___^

Cuti raya saya dah lama dah approved by bos besar. Hehe. Weols akan balik Sarawak 7 Ogos, balik Perak 14 Ogos dan masuk kerja 19 Ogos. Ehem3! Ada 5 hari extra hokeyh. Otak rasa macam nak plan macam-macam. Haha. Konon nya! Tapi duduk rumah santai-santai pun best. Kaaannn?? ;D

Ya Allah, pertemukan kami semula dengan Ramadhan. Kurniakan kami kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menjalankan ibadah Mu. Jadikan kami hamba Mu yang redha dengan setiap ketentuan Mu. Dan hanya pada Mu jua kami memohon petunjuk hidayah. Ramadhan.. Kami merindui mu...

satunotahati: berjumpanya dengan Ramadhan kali ini bermakna setahun sudah kami LDR.
terima kasih Ya Allah kerana menganugerahkan kami kekuatan ini.
dan terima kasih atas didikan Mu yang tiada tolok bandingnya.

XOXO,
Mak Arissa.

1 comment

Qyla Aqilah said...

Seronok.dapat mcm ni..macam hadiah yg di pos...husband sll dpt dlm.email jaaaaaa..hahahah hv fun dayang..mmg banyak jimaaat!!!

Blog design by Rainy Day