Pages

Jun 9, 2013

Aquaria KLCC

Assalammualaikum. Hai. 

Semalam kami buat a day trip to KL bersama adik2 ipar dua orang. Sebenarnya, tujuan utama nak hantar Cik Puan Ava ke Klang. Selesai sudah semua urusan, tiba masa nya Cik Puan Ava ke Sarawak. Semoga dipermudahkan segalanya oleh Allah SWT sehingga Cik Puan Ava sampai ke tangan mak bapak. (Dalam hati banyak senyum).

jumpa raya nanti cik puan ava

We ols kan selalu menyelam sambil minum air. So, ambil kesempatan jalan2 pergi Aquaria. Sambil bawa Arissa sambil bawa adik ipar cuti sekolah dan beli barang. Tak ada lah banyak beli barang nye. Trip singkat begitu lah. Semuanya terhad. Tehehe. Dapatlah dia grab backpack Camel satu. Hahaha.


Gambar di Aquaria tak berapa banyak dan tak semengah sebab Cik Anak adalah sangat takut dengan ikan-ikan yang lebih besar dari beliau. Hahaha. Mak Ayah Arissa dok wa..wow.. Arissa pulak dok menjerit, dok merengek, dok nangis apatah lagi bila ikan2 tersebut seakan-akan mahu ke arah beliau. Mak Arissa suka betul gelak kan anak nya. Hahaha. 


Dah sudah ke Aquaria, ke Sogo konon nak cari juga baju Arissa. Tapi tak ada yang berkenan. Acu Arissa nak cari sandal katanya. Tak jumpa. Sandal orang tua je ada. Hahaha. Mak Ayah Arissa dah tak cari apa dah. Hew Hew Hew. Kali ni fokus kat SEG pula. Al maklum, gaji 'besar' sangat. Kena bahagi betul2. Sebut pasal gaji pejam celik dah 10 bulan dah jadi orang gomen. Haha. (Apa kaitan tah?)


Stress bila odw nak ke LRT Masjid Jamek. Phew! Konon mcm nak ronda2 kat Pasar Malam belek apa yang berkenan. Tetapi, tak boleh tahan dengan crowded plus susah hati muka banyak muka foreigner. Dok macam2 baca ayat kat Arissa. #Ehh. Hehe. (Bila tah nak buat Pneumococcal Vaccine nih.) Huhu. Then, cepat2 terus cross crowded. Lega bila dah masuk dalam perut LRT nak ke KL Sentral. 


Arissa? Me myself kagum dengan anak sendiri. Huhu. Sepanjang hari tak tidur. Aktifnya dari pagi sampai ke malam. Mak nyer kemain confident masuk ETS sekejap kompom tidur. Sangkaan meleset. Arissa  main lagi sampai pukul 1130. Train kami pukul 1005 gerak. Kami semua dah surrender tapi tak dia. Huhu. Anak. Anak. Tapi syukur. Dia tak ada nak meragam bagai. Bak kata mak, dia dah biasa berjalan. Hohoho.

Sekarang? Arissa tengah tidur. Kalau tak tidur, xd mak nak tengok hp ni ha. Dia conquer. Tak layan dah tab tok. Yerla mak tau hp mak laju layan youtube. Hahaha. (Ini kenyataan bukan berlagak.) Petang ni baru nak jalan2 dalam Ipoh lak. Hew Hew Hew. Nak ikut tok n mak tok nyer shopping mopping barang ateh n pokde nak masuk belajar. Hehehe. 

satunotahati: bulan puasa dah dekat.
arissa pun kena puasa jalan2.
sebab raya nak jalan2 kat tanah air.
hehehehe.

XOXO, 
Mak Arissa. 

2 comments

Zana Adieyza said...

seronoknya.. zana x pernah sampai aquaria tu lagi.. nanti ada masa, nak bawak anak2 buah ke sana lah..

salam kenal dear.. nice blog! keep blogging..

adyna said...

Pergi dkt Langkawi je ritu yg cni tak g lagi .. :)

Blog design by Rainy Day